Thursday, March 31, 2011

Marah?



Marah? Haha. Aku marahkan kau? Haha.

Mana mungkin aku marah kepada insan yang telah mencuri hatiku ?
Mana mungkin aku menyimpan dendam terhadap manusia yang begitu bermakna dalam hidupku?

Merajuk? Mungkin.

Tetapi merajuk itu wujud angkara perbuatan dirimu juga. Mengandaikan bahawa kau juga ingin berbual denganku sebanyak mana yang aku ingin berbual denganmu, sudah tentu perkara ini tidak akan dipersoalkan.

Sudah. Sudah.

Tidak berguna bercakap tentang ini lagi. Aku perlukan waktu untuk memikirkan tentang ini semua. Aku perlu masa jauh dari kau. Setidaknya untuk menenangkan emosi.

Maaf tampaknya menjadi kata-kata paling sukar untukku ucapkan pada waktu ini. Ah. Bunyi seperti lagu bukan? Lagu Inggeris pujaan ramai. Lantaklah. Aku sudah letih mengambil peduli tentang hal ini. Sekarang adalah waktuku, masaku, dan saatku.

Aku ingin rebut peluang ini untuk membaiki diri. Adakah kau tahu akan perasaan apabila kita beria-ia melayan setiap butir bicara kau dan apabila datangnya masa aku ingin melakukan itu kau berpaling dariku?

Mustahil kau tahu. Kerana jika kau tahu, mana mungkin kau melayan aku sebegini. Mulai sekarang, abaikan kewujudanku. Aku bayangkan perkara ini tidak sukar bagi kau. Sedangkan itulah yang dilakukan selama ini.


Wednesday, March 30, 2011

DECO DECO BENG BENG BOONG

Aku benar-benar tidak mengerti apakah maksud tajuk yang telah diutarakan itu. Namun, atas keinginan diriku untuk menambah kenalan di alam maya ini. Ia bertindak sebagai medium yang terbaik kerana ianya segmen yang membantu blogger-blogger yang baru untuk lebih menonjol di alam blog ini. Link kepada segmen ini adalah di sini . Kepada pengunjung yang dihormati sekalian. Harap saya dapat menimba ilmu jikalau ada yang sudi membaca dan memberi komen terhadap isi blog ini.

Tuesday, March 29, 2011

Erti Menjadi Pelajar IPT.

Perasaan gentar mula menyelebungi diri. Apakah ini semua? UPU? Matrikulasi? Asasi? Diploma? Persoalan itu akan kerap bermain di kepala lepasan SPM setiap tahun. Namun persoalan itu perlu dijawab oleh diri mereka sendiri. Mereka perlu menyelami hati mereka. Mereka perlu meneliti kesemua kelemahan serta kelebihan yang dimiliki diri mereka sendiri. Jadi untuk aku mempengaruhi mereka adalah sesuatu perbuatan yang mungkin menyebabkan mereka menyesal kelak. Oleh itu aku ingin berpesan bukan itu, tetapi aku ingin menceritakan apakah erti sebenar menjadi seorang pelajar IPT.



Kebebasan.

Adakah anda tahu erti kebebasan yang sebenar? Adakah anda memahaminya? Adakah anda pernah merasainya?

Selagi anda belum masuk mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau berpindah dari rumah ibubapa anda. Aku rasa tidak. Kerana ketika orang tua anda masih hidup dengan anda. Anda belum merasakan kebebasan. Saat anda memerlukan ibubapa anda untuk membeli semua keperluanmu lagi, anda belum merasai apakah itu sebenarnya erti kebebasan.


"Tetapi saya dari Sekolah Berasrama (SBP/MRSM/Agama). Saya pernah merasai hidup tanpa ibubapa. Saya tahu jaga diri sendiri", diprotes oleh sebilangan orang.


Benar kata-katamu itu. Anda pernah merasai 'kebebasan'. Tetapi belum lagi yang sebenar!


Di sekolah berasrama, anda diberi bekalan makanan bukan? Guru-guru anda sering mengadakan diskusi, kelas tambahan, dan program-program demi kecemerlangan anda bukan? Inilah yang aku ingin ketekankan.


Saat kau menjejakkan kaki ke alam Universiti. Anda memperoleh kebebasan dari semua ini. Makanlah apa kamu suka! Tiada siapa yang menghalang. Beribadatlah mengikut diri sendiri! Tiada siapapun akan memaksa. Belajarlah bila kamu mahu! Tiada orang peduli jika anda belajar atau tidak.


 Sesungguhnya, tiada lagi sesiapa yang akan memberimu layanan istimewa seperti sebelum ini. Tidak faham akan sesuatu? Jika anda tidak bertanya atau mencari jawapannya sendiri. Percayalah. Tidak ada sesiapapun yang akan bertanya kepadamu secara terus tentang tahap kefahaman anda dalam pelajaran itu. Itulah kebebasan.


Risau? Gelisah? Gelabah? Tidak senang hati? Biasalah itu! Tetapi segalanya memerlukan masa untuk membiasakan diri. Cuma ingat ini. Walaupun kamu beroleh kebebasan. Janganlah salah gunakan kebebasan itu. Kerana bila disalahgunakan, pasti membawa padah. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan hari esok. Tetapi suatu hari kelak. Tentu kau akan menyesal. Percayalah kata-kataku ini.

Sunday, March 27, 2011

Ada Masanya Kita Perlu Meneruskan Hidup



Aku mengaku.. Aku tak berdalih dalam hal ini.. Aku suka padanya..

Sumpah..

Tetapi...

Tidak bermaksud setiap hari aku berfikir tentangnya..
Tidak bermaksud hidupku berpaksi padanya..
Tidak bermaksud setiap gerak gerinya aku perhatikan..
Tidak bermaksud aku mengharapkan belas kasihannya..

Walaupun aku suka, namun bunga-bunga cinta itu belum berputik.
Alahai..

Malang sungguh nasib aku. Dilabel bahan buangan orang angkara tidak berjaya menawan hatinya. Bagiku, belum terlambat bagi mengundur perahu cinta di lautan kasih.

Sungguh!

Aku pandai merancang hidup, namun bukan aku yang memutuskan jikalau sesuatu itu berhasil atau tidak.. Itu ketentuan yang Illahi! Aku anggap musibah yang melanda diri ini sebagai ujian dariNYA. Lagipun, aku tidak rugi apa-apa. Setitis darah pun tidak. Segelen oksigen pun tidak.

Manusia di luar sana diberikan ujian yang lebih mencabar dari aku. Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, letusan gunung berapi, kematian yang tersayang, dan macam-macam lagi. Apakah nilai sebuah episod cinta di sebuah negara yang aman damai? Aku tulis post ini pun untuk menyedari diriku dan yang lain bahawa cinta manusia bukan segala-galanya.

Aku paham, ianya kemahuan. Tidak salah menginginkannya. Tetapi jangan obses sehingga melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri. Baru-baru ini aku dengar kisah seorang lelaki yang membunuh diri akibat putus cinta. Tampan lelaki itu. Aku cemburu akan kurniaan Allah kepadanya. Namun dia tetap bunuh diri. Sedih. Sedih. Itu saja yang mampuku katakan. Renungkanlah peristiwa ini. jadikan pedoman.



Friday, March 25, 2011

Soalan (Question) Facebook?



Hah.. Apakah ini semua? Tiba-tiba sahaja termuncul di Facebook.

Jika anda memerlukan jawapan dari Facebook sendiri. Anda boleh melayari page ini dan ini. Saya pasti banyak lagi blog yang menceritakan tentang feature Facebook yang baru ini. :D.

Jika anda malas dan ingin saya bantu mengulas tentang perkara ini, anda boleh terus membaca sehingga ke bawah.

Apakah "Question" Facebook?

"Question" Facebook membolehkan anda mengajukan soalan dan mendapatkan jawapan segera dari teman-teman anda dan orang lain di Facebook. Soalan direka sehingga siapa pun di Facebook dapat membantu anda mencari jawapannya. Jadi apabila anda mengajukan soalan, soalan itu dibawa ke News Feed. Jika teman-teman anda menjawab atau mengikuti (follow) soalan itu, ia akan keluar di News Feed rakan-rakan mereka dan begitulah seterusnya.

Bagaimana saya mengajukan soalan melalui "Question" Facebook?

Untuk mengajukan pertanyaan, klik "Question" di bahagian atas halaman rumah anda atau profil, atau melalui link "Question" di sisi kiri halaman rumah (Home) anda atau profil. Anda mempunyai pilihan untuk menambah jawapan untuk rakan anda memilih atau membiarkan mereka mengisi jawapan mereka sendiri.

Bagaimana saya menjawab pertanyaan melalui "Question" Facebook?

Anda boleh menjawab soalan terus dari News Feed. Vote di sebuah jawapan dengan mengklik butang kotak di sebelah pilihan yang anda ingin memilih. Jika anda ingin meninggalkan respon lagi, klik pada judul pertanyaan dan menulis jawapan anda dalam kotak teks di dalam bahagian "Post".


Sekian dari saya. :)

Thursday, March 24, 2011

Teguran

Di tengah-tengah kesesakan para pelajar di dalam Universiti, sedang anda berjalan, tidak menghiraukan orang lain yang lalu lalang, tiba-tiba kedengaran seseorang jerit memangil nama anda. Anda menoleh dan melihat rakan anda tercungap-cungap seperti baru sahaja selesai berlari acara 100 meter. Mukanya merah padam, dan sebelum anda dapat berkata apa apa dia berkata, "Kenapa kau sial sangat? Kau tahu kan kita perlu menghantar tugasan dalam kumpulan hari ini?". Sedang dia mengambil nafas seketika, anda baru sahaja ingin membalas kata-katanya, dia terus membatalkan niatmu itu dengan menambah, "Kau diam! Aku dah panas! Senang-senang saja kau berehat! Aku juga yang bertungkus lumus menyiapkan kerja ini. Boleh tak kau lebih bertanggungjawab?". Pada waktu ini, awak tersedar bahawa disekeliling anda terdapat para pelajar yang hanya berdiri tegak melihat apa yang sedang terjadi seperti ianya satu babak dalam siri drama di kaca televisyen. Mereka menumpukan perhatian terhadap setiap satu pergerakan anda dan rakan anda itu.

Pada ketika ini, mesti anda berfikir, adakah semua ini perlu? Ingin menegur. Memang benar apa yang dikatakan rakan anda. Tetapi mengapa harus dia melakukan sebegini? Maruah siapa yang ternoda? Pada waktu itu juga mesti anda sedang berasa marah. Tetapi, bagaimana anda hendak mengelakkan satu pertelingkahan dalam suatu keadaan sebegini?

Keputusan apa?

Keputusan apa?

Yang harus kau lakukan untuk meredai keadaan ini?

Masa berlalu. Tik tok. Tik tok. Rakan anda sedang panas baran. Orang lain sedang melihat. Dalam keadaan ini, seharusnya kita lihat dari sudut pemikiran yang lain. Anda terus memeluk rakanmu itu dan meminta maaf.

Agak-agaknya, apa reaksi rakan anda?


Wednesday, March 23, 2011

Bila Gadis Diracun

Bila mulut mula bertutur.


"Cinta adalah perasaan yang menyatakan, bahawa anda memerlukan seseorang, bukan hanya kerana dia membuat kita merasa istimewa, tetapi juga kerana dia perlu anda sebanyak mana yang anda perlukan dia. Dan aku yakin kaulah cintaku. Yang melengkapkan diriku yang serba kekurangan."

"Cinta tak mampu dihuraikan oleh kata-kata. Kerana cinta itu bukannya sesuatu yang boleh difahami dengan akal fikiran. Ianya perlu dirasai oleh hati dan jiwa."


Setiap butir bicara dirancang dengan berhati-hati agar ianya menjadi racun yang meresap dalam hati.
Inilah lelaki. Bijak menawan sang gadis jelita. Namun sedarkah wahai kaum hawa? Kata-kata tetaplah kata-kata. Tiada maksud jika tiada perbuatan disertainya.

Pepatah Inggeris berbunyi, "Action speaks louder than words".

Kita kutuk perbuatan mereka. Namun kata-kata hikmah inilah yang perlu dijadikan pedoman hidup.
Dalam ingin berbuah hati, kita seringkali tersungkur tatkala perkataan-perkataan yang indah muncul.

Lemah ucapnya.

Tertawan katanya.

Cair bisiknya.

Kemudian segalanya diserahkan kepada si jejaka yang pandai mengumpan. Apa terjadi kepada si puteri? Maruah tergadai, mahkota diri musnah. Kaum Adam tidak akan nampak kepadanya satu kecacatan. Akan tetapi si gadis akan kehilangan sesuatu yang cukup istimewa.

Kasihan. Kasihan.

Tetapi, apakan daya? Sudah terjerat. Sudah terlambat. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.


Posting ini bukan bertujuan untuk mengutuk gadis di luar sana. Tapi ianya bertujuan memberi nasihat bahawa lelaki ini bijak dalam mempesonakan hati wanita. Dan mereka juga melakukannya untuk mengambil kesempatan. Bukan semua lelaki begitu. Tidak, tidak, aku tidak berfikir begitu. Namun disebabkan segelintir mereka begitu, aku rasa bersimpati kepada mangsa mereka.



Panda diatas tiada kaitan langsung dengan post ini. Harap Maklum.

Sunday, March 20, 2011

Chatbox Facebook ada ulat (worm)!


Pernah nampak mesej ini di chatbox Facebook anda?

Jika anda menjawab ya. Saya berharap anda tidak tekan link yang tertera. Kerana ianya akan membawa anda ke arah masa depan yang gelap untuk laptop/pc anda.

Mengapa? Apa salah menekan link itu? Meletupkah laptop saya nanti?

Tidak. Laptop anda tidak akan meletup. Namun, akan terdapat satu jenis worm yang dinamakan koobface yang akan menulari laptop/pc anda.

Bahayakah koobface itu?

Sangat! Ianya mampu mencuri cookies (username serta password pada website seperti facebook) anda dan menggunakannya untuk mencuri maklumat peribadi! Selain itu, ianya mampu melambatkan processor anda! Sesetengah pengguna juga berkata laptop mereka tertutup dengan sendiri akibat koobface. Koobface ini juga boleh memanipulasi penggunaan search site anda mengakibatkan kepada virus yang lebih merbahaya!

Bagaimana cara untuk membuang koobface ini?

Caranya dengan menggunakan anti virus yang ada pada perisian anda. Dengan melakukan full scan, anda mampu menghapuskan worm ini. Namun begitu, saya mencadangkan anda menggunakan sejenis malware remover untuk membuang worm ini. Perisian itu dinamakan Malwarebytes. Link kepada laman yang anda boleh memuat turun perisian itu adalah di SINI. Untuk pengetahuan anda, saya tidak membuka link itu, tetapi inilah hasil scan menggunakan Malwarebytes.


256 jangkitan!

Bagaimana saya ingin tahu jikalau koobface ini masih ada pada laptop/pc saya?

  • Prestasi komputer yang perlahan: Ini hanya memerlukan satu parasit seperti Koobface.B Worm untuk melambatkan komputer anda secara dramatik. Jika laptop/pc anda mengambil waktu lebih lama untuk reboot, atau jika sambungan Internet anda lambat, anda mungkin dijangkiti Koobface.B Worm.
  • Shortcut desktop baru atau homepage bertukar-tukar:  Koobface boleh menukar setting Internet anda untuk redirect laman web yang anda ingin lawati ke laman web lain. Koobface juga mampu menambah shortcut desktop ke laptop/pc anda.
  •  Mengganggu pop-up: Koobface boleh mengawal komputer anda dengan mengadakan iklan popup, walaupun  anda tidak online. Melalui pop-up ini,anda mungkin akan tertipu untuk men-download spyware yang lain.
Fakta tentang koobface

Koobface merupakan anagram daripada Facebook. Ianya mula muncul pada tahun 2008 lagi. Tujuan asalnya adalah untuk mengumpul maklumat sensitif daripada sistem komputer mangsa, seperti nombor kad kredit, maklumat identiti peribadi, dll.

Oleh itu.. Bertindak pantas dengan membuang worm ini dari sistem komputer anda sebelum anda menyesal dan menjadi seperti monyet di bawah.


Kenapa ingin membebel?

Mudah jawapannya.

Kerana ianya hak aku. Hak kamu. Hak sesiapa.

Tapi manusia sering tidak sedar.

Bebel itu ada baiknya dan juga buruknya. Bebel ada berbentuk nasihat. Bebel juga ada berbentuk pesanan. Tapi yang ingin aku sampaikan, hanyalah yang baik-baik. Yang memberi manfaat kepada rakan-rakan. Kepada diriku.

Pada entri ini aku hanya ingin menjelaskan sebabnya aku wujudkan blog ini. Bukan kerana ingin nama. Bukan kerana sesiapa. Bukan kerana aku ingin membuktikan apa-apa. Aku hanya ingin luahkan apa yang yang terpendam dalam hati. Perasaan pelik yang hadir terhadap perkara yang berlaku disekelilingku. Aku ingin tunjuk kepada anda semua. Apa yang bermain di benak fikiranku di tika saat itu. 

Oh lupa. Tolong 'follow' blog ini?


Terima Kasih.