Sunday, March 27, 2011

Ada Masanya Kita Perlu Meneruskan Hidup



Aku mengaku.. Aku tak berdalih dalam hal ini.. Aku suka padanya..

Sumpah..

Tetapi...

Tidak bermaksud setiap hari aku berfikir tentangnya..
Tidak bermaksud hidupku berpaksi padanya..
Tidak bermaksud setiap gerak gerinya aku perhatikan..
Tidak bermaksud aku mengharapkan belas kasihannya..

Walaupun aku suka, namun bunga-bunga cinta itu belum berputik.
Alahai..

Malang sungguh nasib aku. Dilabel bahan buangan orang angkara tidak berjaya menawan hatinya. Bagiku, belum terlambat bagi mengundur perahu cinta di lautan kasih.

Sungguh!

Aku pandai merancang hidup, namun bukan aku yang memutuskan jikalau sesuatu itu berhasil atau tidak.. Itu ketentuan yang Illahi! Aku anggap musibah yang melanda diri ini sebagai ujian dariNYA. Lagipun, aku tidak rugi apa-apa. Setitis darah pun tidak. Segelen oksigen pun tidak.

Manusia di luar sana diberikan ujian yang lebih mencabar dari aku. Tsunami, gempa bumi, tanah runtuh, letusan gunung berapi, kematian yang tersayang, dan macam-macam lagi. Apakah nilai sebuah episod cinta di sebuah negara yang aman damai? Aku tulis post ini pun untuk menyedari diriku dan yang lain bahawa cinta manusia bukan segala-galanya.

Aku paham, ianya kemahuan. Tidak salah menginginkannya. Tetapi jangan obses sehingga melakukan perkara yang memudaratkan diri sendiri. Baru-baru ini aku dengar kisah seorang lelaki yang membunuh diri akibat putus cinta. Tampan lelaki itu. Aku cemburu akan kurniaan Allah kepadanya. Namun dia tetap bunuh diri. Sedih. Sedih. Itu saja yang mampuku katakan. Renungkanlah peristiwa ini. jadikan pedoman.



No comments: