Tuesday, March 29, 2011

Erti Menjadi Pelajar IPT.

Perasaan gentar mula menyelebungi diri. Apakah ini semua? UPU? Matrikulasi? Asasi? Diploma? Persoalan itu akan kerap bermain di kepala lepasan SPM setiap tahun. Namun persoalan itu perlu dijawab oleh diri mereka sendiri. Mereka perlu menyelami hati mereka. Mereka perlu meneliti kesemua kelemahan serta kelebihan yang dimiliki diri mereka sendiri. Jadi untuk aku mempengaruhi mereka adalah sesuatu perbuatan yang mungkin menyebabkan mereka menyesal kelak. Oleh itu aku ingin berpesan bukan itu, tetapi aku ingin menceritakan apakah erti sebenar menjadi seorang pelajar IPT.



Kebebasan.

Adakah anda tahu erti kebebasan yang sebenar? Adakah anda memahaminya? Adakah anda pernah merasainya?

Selagi anda belum masuk mana-mana Institusi Pengajian Tinggi atau berpindah dari rumah ibubapa anda. Aku rasa tidak. Kerana ketika orang tua anda masih hidup dengan anda. Anda belum merasakan kebebasan. Saat anda memerlukan ibubapa anda untuk membeli semua keperluanmu lagi, anda belum merasai apakah itu sebenarnya erti kebebasan.


"Tetapi saya dari Sekolah Berasrama (SBP/MRSM/Agama). Saya pernah merasai hidup tanpa ibubapa. Saya tahu jaga diri sendiri", diprotes oleh sebilangan orang.


Benar kata-katamu itu. Anda pernah merasai 'kebebasan'. Tetapi belum lagi yang sebenar!


Di sekolah berasrama, anda diberi bekalan makanan bukan? Guru-guru anda sering mengadakan diskusi, kelas tambahan, dan program-program demi kecemerlangan anda bukan? Inilah yang aku ingin ketekankan.


Saat kau menjejakkan kaki ke alam Universiti. Anda memperoleh kebebasan dari semua ini. Makanlah apa kamu suka! Tiada siapa yang menghalang. Beribadatlah mengikut diri sendiri! Tiada siapapun akan memaksa. Belajarlah bila kamu mahu! Tiada orang peduli jika anda belajar atau tidak.


 Sesungguhnya, tiada lagi sesiapa yang akan memberimu layanan istimewa seperti sebelum ini. Tidak faham akan sesuatu? Jika anda tidak bertanya atau mencari jawapannya sendiri. Percayalah. Tidak ada sesiapapun yang akan bertanya kepadamu secara terus tentang tahap kefahaman anda dalam pelajaran itu. Itulah kebebasan.


Risau? Gelisah? Gelabah? Tidak senang hati? Biasalah itu! Tetapi segalanya memerlukan masa untuk membiasakan diri. Cuma ingat ini. Walaupun kamu beroleh kebebasan. Janganlah salah gunakan kebebasan itu. Kerana bila disalahgunakan, pasti membawa padah. Mungkin bukan hari ini, mungkin bukan hari esok. Tetapi suatu hari kelak. Tentu kau akan menyesal. Percayalah kata-kataku ini.

4 comments:

feyus said...

Menjadi pelajar IPT bknlah prkr yg mudah. byk duit dilaburkan dan byk ms diperlukan utk study.Smoga succes slalu.
Satu permulaan blogger yg baik.Teruskan berblog, anda akn lebh byk dpt ilmu dan maklumat melalui berblog.Blog anda sudah tersenarai di link exchange blog.

Arif Azmi said...

Betul tu.. Banyak wang dihabiskan.. -.-".. Terima kasih. :D..

Cik T-pah said...

thanks menjadi followers..
bagus la entry-entry yang ade kat sini..
ayat nampak matang ^_^

Arif Azmi said...

Tak menjadi masalah.. :).. Terima kasih..