Thursday, March 24, 2011

Teguran

Di tengah-tengah kesesakan para pelajar di dalam Universiti, sedang anda berjalan, tidak menghiraukan orang lain yang lalu lalang, tiba-tiba kedengaran seseorang jerit memangil nama anda. Anda menoleh dan melihat rakan anda tercungap-cungap seperti baru sahaja selesai berlari acara 100 meter. Mukanya merah padam, dan sebelum anda dapat berkata apa apa dia berkata, "Kenapa kau sial sangat? Kau tahu kan kita perlu menghantar tugasan dalam kumpulan hari ini?". Sedang dia mengambil nafas seketika, anda baru sahaja ingin membalas kata-katanya, dia terus membatalkan niatmu itu dengan menambah, "Kau diam! Aku dah panas! Senang-senang saja kau berehat! Aku juga yang bertungkus lumus menyiapkan kerja ini. Boleh tak kau lebih bertanggungjawab?". Pada waktu ini, awak tersedar bahawa disekeliling anda terdapat para pelajar yang hanya berdiri tegak melihat apa yang sedang terjadi seperti ianya satu babak dalam siri drama di kaca televisyen. Mereka menumpukan perhatian terhadap setiap satu pergerakan anda dan rakan anda itu.

Pada ketika ini, mesti anda berfikir, adakah semua ini perlu? Ingin menegur. Memang benar apa yang dikatakan rakan anda. Tetapi mengapa harus dia melakukan sebegini? Maruah siapa yang ternoda? Pada waktu itu juga mesti anda sedang berasa marah. Tetapi, bagaimana anda hendak mengelakkan satu pertelingkahan dalam suatu keadaan sebegini?

Keputusan apa?

Keputusan apa?

Yang harus kau lakukan untuk meredai keadaan ini?

Masa berlalu. Tik tok. Tik tok. Rakan anda sedang panas baran. Orang lain sedang melihat. Dalam keadaan ini, seharusnya kita lihat dari sudut pemikiran yang lain. Anda terus memeluk rakanmu itu dan meminta maaf.

Agak-agaknya, apa reaksi rakan anda?


2 comments:

Sarah Sarwina said...

rasa bersalah...........hahahahahhahahahahahahahhaha!

Arif Azmi said...

HAHA.. pulak.. :P.. cte ni actually terpesong dari idea yg sbenarnya..