Saturday, April 30, 2011

Bila Agama Dibangkitkan

Ada sesetengah orang menegurku, kata mereka, blog aku mula menjadi blog menghentam orang. Baik, aku terima pandangan mereka, kerana ternyata benar dakwaan yang disabitkan itu. XD.

Bukan apa, cuma, aku tidak beberapa gemar berbincang tentang hal-hal peribadiku di blog ini. Ada juga aku bercerita tentang hidupku di blog Bahasa Inggerisku tetapi itupun sekadar di atas angin. Tidak pernah aku mengupas tentang hidupku dengan mendalam.

Baik. Kita teruskan dengan tajuk post ini.


Pedih bukan? Tetapi apa dia katakan itu benar. Mungkin niatnya lain dari apa yang dia ingin katakan, tetapi seharusnya kita mengambil nasihatnya. Mereka mungkin telah dikenali dengan mempunyai sifat yang mereka kononnya 'cuba' untuk membanteras tetapi tidak bermaksud apa yang dikatakannya bukan benar. Sememangnya aku faham apa yang dirasakan oleh seseorang yang diberikan nasihat oleh individu yang sememangnya berperangai sebegitu, dan mungkin ini hanya ujian dariNYA. Jadi bersabarlah apabila berhadapan dengan mereka.

Masih kurang faham?


Yang ini selalu juga aku lihat. Selalunya mereka ini menegur kaum hawa. Bagaimana para wanita ini akan termakan sekiranya mereka yang menegur tidak mampu melaksanakan kewajipan itu padahal ianya lebih mudah dilakukan oleh kaum lelaki? *agak panjang ayat ini Walaupun kata-katanya seperti menusuk hati tambah-tambah kerana dia tidak melaksanakannya. seharusnya kita mengambil iktibar juga.

Benar, susah mengambil nasihat dari mereka yang tidak mengamalkan nasihat mereka sendiri. Tetapi, kita perlu ingat, pesanannya mempunyai isi yang benar juga.

Amar makruf nahi mungkar.

Kewajipan Muslim melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar sebagai tugas dakwah juga disebut dalam hadis yang bermaksud:

"Siapa saja di antara kalian yang melihat kemungkaran, hendaklah ia mengubahnya dengan tangannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan lisannya; jika tidak mampu, hendaklah dengan hatinya. Akan tetapi, yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman."
(HR Muslim)

Friday, April 29, 2011

Kebebasan bersuara?

Oleh kerana malam ini aku sangat letih. Aku tidak larat menulis dengan panjang. Jadi, aku ingin berkongsi satu gambar yang cukup membuat diriku berfikir tentang apakah yang aku lakukan untuk menegakkan agamaku.

Thursday, April 28, 2011

Tak kisah! Tapi menyampah!


Aku yakin korang pun ada kawan macamni. Baru 19 tahun! Berlagak tak pepasal tentang dirinya kaya. Aku yakin dan pasti kekayaannya berasal dari ibubapanya. Bukan mustahil usahanya yang membuahkan hasil sehinggakan menjadi kaya, tetapi kebiasaannya ibubapalah menyebabkan anak-anak mereka 'kaya'. Lagipun entri ini hanya berkaitan dengan mereka yang 'kaya' kerana ibubapa.

"Eleh! Suka-suka je nak hentam diorang! Biarlah anak orang kaya! Rezeki! Kau jeles?"

"Wah, kemain hebat kau kan? Kau tu habes sempurna ke nak kutuk orang?"

Hah. Tengok tu. Aku pasti ada orang yang terasa sekarang. Jangan menggelabah. Bukan semua orang 'kaya' sebegini. Cuma sesetengah pihak sahaja yang memburukkan nama anak-anak bangsawan ni.

Macam aku cakap, aku tak kisah, tapi menyampah. Bukan apa, nak berlagak, berlagaklah. Tapi aku menyampah sebab bukan sebab usaha kau dapatkan duit tu nak berlagak. Aku rasa kau tumpang ibubapa kau je kan? Nak bangga-bangga apa? HAHA. Biarlah kat korang.

Itu kutuk. Ada juga kawan aku kaya tapi tak berlagak. Diorang ni aku respect. Selalunya results diorang ni la mantap. SPM straight A. Pointer 4 Flat.

Kalau ikut logik akal, orang 'kaya' ni patutnya dapat results termantaplah kan? Aku anggap semua buku teks kat Universiti diorang boleh beli. Ye la. Felali boleh beli, takkan buku teks tak lepas. Aku pun masa semester dua tak beli semua buku teks sebab aku tak banyak duit. Korang boleh ada kereta lagi nak belajar. Apa-apa yang diperlukan untuk korang 'belajar' korang dapat. Semestinya results 'mantap' kan?

Tapi kadang-kadang terbalik kan? Takpelah. Kalau kaya tapi tak berlagak aku pasti takkan persoalkan ini. Sebab mereka ini telah mendapat respect dariku. Kalau berlagak, kau perlu buktikan kau ada style and substance. Tunjuk kat semua orang, kau berlagak tu ada maknanya. Buat apa cakap, aku ada segalanya yang aku mahu tetapi kau gagal membuktikan apa-apa?


Wednesday, April 27, 2011

Aku bercakap dengan Barack Obama dan Mark Zuckerberg!

Tak percaya? Kami rakan di Facebook tau! Sekali dengan Mark Zuckerberg, Mahathir Mohamad dan Bill Gates!


Terkejut? :P

Biasalah aku. HAHA. Korang ada?

Sebenarnya malam ini aku nak bercerita tentang teknologi. Kau lihat diatas. Itulah teknologi. Dapat mendekatkan lagi manusia. Pada masa yang sama ianya dapat menjurangkan persahabatan juga. Bergantung kepada cara anda menggunanya.

Blog. Facebook. Twitter. Macam-macam bentuk rangkaian sosial yang wujud di dunia. Kebanyakannya percuma sahaja. Cuma perlu ada connection sahaja.

Ada perkara kita boleh berkongsi, ada juga yang tidak perlu. Tetapi kadang-kala kita tercampur adukkan kedua-duanya.

Bijaklah dalam memberi infomasi kepada internet. Kerana anda tidak akan tahu bila informasi anda akan dimanipulasikan.

Lihat itu. Selang seminggu. Lihat dibawah.

Beritahu aku. Perlu ke tunjukkan segalanya di internet?

P/S: Siti tu bukan orang betul. Aku reka je.

Tuesday, April 26, 2011

Puak Universiti!

HAH. Puak apa? Biar aku menceritakan sedikit tentang hal ini. Aku rasa semua orang tahu bukan? Semasa di sekolah menengah semestinya ada puak-puak yang wujud. Geng-geng cun, geng-geng poyo, geng-geng pandai, geng-geng sukan, dan pelbagai lagilah. Itu bukan sesuatu yang baru. Pernah tonton siri "Glee"? Hah. Lebih kurang begitulah. Tetapi, semasa aku masuk asasi, aku fikirkan selepas ini, tiada lagi puak-puak. Kesemua orang akan bersatu padu. Mentaliti aku ketika itu berpegang teguh kepada di Universiti, tiada masa untuk berpuak.

Aku rasakan aku tersilap. Kerana masih lagi wujud puak-puak ini. Pada awalnya aku tidak sedar. Kerana aku bukan jenis yang suka sangat bersosial. Mungkin dengan mereka yang dekat denganku, tetapi sampai situ sahaja. Itu di semester 1. Semester 2, aku mula mengenali mereka di sekelilingku. Baru aku tahu siapa mereka sebenarnya. Geng ini, geng itu. Rupanya wujud puak-puak lagi. Jika aku silap, mohon maaf, tetapi ini berdasarkan pemerhatian aku.

Geng "Cun"


Geng ini terdiri daripada gadis-gadis yang 'jelita' sahaja. Mereka ini ada yang jenis senyap dan tidak membuat kacau. Itu aku tidak kisah. Yang aku kisah apabila mereka mula menggedik semacam. Bising sini, bising sana. Hu ha, hu ha! Sedarlah sedikit dah masuk selangkah ke Universiti, cuba jadi seperti pelajar Universiti sedikit. Tentang pilihan mereka dalam memilih kawan, aku tidak beberapa hairan, selagi tidak menganggu orang lain, selagi itulah aku anggap dia di dunia sendiri. Ini berdasarkan apa aku dengar dari orang lain. Satu geng "Cun" ini hanya melayan sesetengah orang sahaja. Yang lain mereka abaikan seperti mereka tidak wujud. Aneh sungguh. Di sini pun mahu berkira rakan? Biarlah mereka. Yang rugi bukan aku. Cuma aku ingin menegur sahaja, aku bukannya sempurna pun, tetapi jika untuk menegur orang kita perlu sempurna, sampai akhiratlah tiada yang layak menegur. Hidup ini, kita perlu rakan, jadi mengapa harus memilih sehingga tahap itu?

Geng "Poyo"



Post aku sebelum ini, aku pernah menceritakan tentang inividu jenis macam berlagak hebat, seperti terbaik konon. Di sini aku ingin menyatakan, satu geng tidak seharusnya selalu bersama, cukuplah dengan ciri-ciri yang sama diantara mereka. Geng ini, adalah jenis yang mulut seperti mereka hebat, walhal apa bukti kehebatan mereka pun Allahualam. Sebelum berbuat sesuatu, mulut pandai berbicara ini, itu. Apabila masa beraksi, tiada apapun yang dapat dilihat. Alasan pula diberi. Ada juga di kalangan ini yang "Gila Pangkat". Jika "Gila Pangkat" tetapi kerja berjalan aku tidak kisah. Tetapi masalahnya timbul apabila mereka gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka! Amanah seperti perkara remeh. Ada diantara mereka ini hanya pandai bergosip, berbicara tentang perkara yang bukan-bukan. Semuanya agar kelihatan dirinya seperti yang "hebat" dalam hal-hal sosial terkini. Merekalah yang mempunyai aura yang tersendiri. Apabila kelihatan sahaja mereka, kita berasa lain, seperti ada yang tidak kena.

Aku rasa setakat dua sahaja yang aku ingin ketengahkan hari ini. Ada lagi, tetapi nanti panjang cerita pula. Mungkin anda dapat memikirkan jenis-jenis puak lain yang anda kenal? Sila beri pendapat (jika ada), di ruangan komen.

"Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri."

Masa Review Blog!

Baik. Kita mulakan. :). Aku ditempatkan didalam kumpulan 7. Ini adalah susulan segmen review dalam review bersama Pembawa Wacana. Aku dikehendaki mereview blog lain didalam kumpulan aku.

KUMPULAN 7



Kali pertama ku jejakkan mataku ke blognya. Aku berasa sangat selesa. Mengapa?
Satu, kerana warnanya cerah dan mudah dibaca.
Dua, kerana tiada lagu yang bermain.
Tiga, kerana senyumannya yang manis. :P. HAHA.
Okay, selain tu aku rasa masalahnya sebab dia hanya mempunyai satu post di blognya. Maksudku, susah untukku membaca post-post sebelum ini. Dinasihatkan archive diletakkan di atas agar memudahkan pembaca browse post yang lama-lama.



Bila aku membuka blognya, aku tertarik dengan headernya yang bersinar-sinar. Aku tidak pandai membuat gambar dalam bentuk gif. Cuma aku sedikit hairan mengapa tuan blog tidak centrekan headernya. Warna blog ini gelap sedikit tetapi tidak mengapa kerana warna tulisannya dipilih dengan berhati-hati agar mudah dibaca. Aku mencari butang follownya dan menjumpainya di bawah. Dinasihatkan diletakkan diatas agar senang blogger lain untuk menjadi follower. Selain itu aku rasa blognya mempunyai cerita-cerita yang menarik perhatian. :)



Blog ini berbentuk jenaka. Kelakar juga aku membacanya. Tuan blog ini juga menyelitkan cerita sensasi atau berita yang mempunyai isi penting di dalamnya. Header blognya simple. Warna yang dipilihnya amatlah sesuai untuk dibaca kerana tidak menyukarkan. Gambar pemilik blog ini menunjukkan dirinya tegap. Agaknya dia bijak mengurut orang. Kerana menggunakan nama tukang urut traditional. :). Siapa mahu diurut pergilah bertanya dengannya.


Aku rasa itu saja. Terima kasih.


Monday, April 25, 2011

Alam Blog

Aku pernah membawa usul yang betajuk "5 Blogs" di blog Bahasa Inggeris aku. Dalam post itu, aku ketengahkan keinginan aku berblog dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah. Aku mampu mengerjakan apa yang aku hajati itu.

Sesungguhnya pelbagai perkara telah aku pelajari dari menulis blog dalam Bahasa Melayu ini. Aku rasa sangat bertuah kerana ramai yang memberi dorongan kepadaku. Namun, aku perhatikan pelbagai perubahan dalam diriku terutamanya dalam hal-hal blog selepas blog ini menjadi tumpuan aku. Mengapa aku katakan tumpuan aku? Kerana aku rasa blog aku yang lain aku anak tirikan. Sedih juga bila aku fikirkan. Tapi? Mustahil aku punyai ilham untuk kedua-dua blog pada hari yang sama untuk selama-lamanya. Sesungguhnya aku bukan seperti Abang Ben Ashaari yang tidak pernah ketandusan idea sepertiku.

Walaubagaimanapun, aku tetap cuba untuk menulis satu entri pada setiap hari. Itulah satu tips yang dapat aku timba dari blogger-blogger yang jauh lebih berpengalaman dari aku. Bagi meningkatkan followers, entri itu perlu sentiasa di-update. Sekurang-kurangnya satu untuk setiap hari. Bukan perkara mudah bagiku. Kerana sebelum ini aku menulis post hanya pada waktu lapang.

Ah. Membebel lagi. HAHA. Nama blog pun membebel saja. Jadi apa masalahnya? :P

Aku kadangkala teringin juga menjadi terkenal. Seperti Ben Ashaari tu mungkin bertahun aku rasa. Tetapi keinginan itu masih wujud. Tetapi apakah kayu ukur bagi seseorang blogger yang 'terkenal' sebenarnya? 1000? 10,000? Jika seribu, mereka berkata mereka blogger baru lagi. Aku tak terkejut jika ini mereka katakan. Aku punyai seorang rakan, Rifah Izzati namanya. Pada awalnya, aku lihat pengikut blognya tidak sampai beratus-ratus lagi. Seratus lebih adalah. Tetapi dalam sebulan ini pengikutnya melambung ke 754. Menarik bukan? Aku tahu taktiknya. Tetapi aku bukanlah rajin sepertinya. Lagipun aku sememangnya mengikuti perkembangannya kerana apa yang disampaikan olehnya menarik bagiku.

Tetapi ada juga blog yang tak ramai pengikut, namun aku rasakan dia sewajarnya menjadi blog yang terkenal. Contohnya blog rakanku Ariff Nizam. Pelbagai perkara dibincang olehnya. Sangat menarik bagiku. :)

Selain itu juga aku juga lihat blog yang juga bagiku seharusnya menjadi terkenal seperti rakanku Hafizzul Anas yang memaparkan pengalaman hidupnya. Dari makan satay ke cerita zaman hostelnya.

Itu blog yang aku rasakan patut menjadi terkenal. Kita bergerak ke blog yang padaku terkenal. Pertama, Izyan Masri. Gaya penulisannya bagiku mencuit hati. :). Aku suka membacanya. Yang kedua, rakanku di UiTM, Aqilah Ashari. Blog ini entrinya panjang-panjang, tetapi, aku pun tidak faham. Mengapa aku selalu membacanya sehingga ke ayat terakhir. Menarik bukan? Followernya dalam blogspot mungkin 344 sekarang. Tetapi fan blognya dalam Facebook mencecah 1,476. Tak ramai lagi? Aku tak tahulah. Lagi seorang rakanku di UiTM, namanya Aqila Safuan. Tetapi blognya aku cuba buka pada hari ini dia privatekan. T.T. Blog rakanku ini suka menyihatkan perutku akibat getaran yang dihasilkan oleh penulisannya.

Selepas membebel ini semua. Aku rasakan. Aku. Ingin berusaha dengan lebih keras! Agar dapat memperoleh gelaran blogger terkenal. HAHA. *Bila agaknya itu?


Segmen Review Dalam Review Bersama Pembawa Wacana

Ingin mengambil bahagian? Tekan sini.

Kenapa aku ingin di-review?

  1. Agar dapat menambah kenalan.
  2. Agar dapat diberi maklum balas tentang blog saya.
  3. Untuk diberi kritikan serta nasihat agar dapat menambah baik blog saya.


Sunday, April 24, 2011

Eleh! Aku pun boleh!

Pernah dengar ayat diatas? Sudah tentu pernah bukan? Kali ini, aku ingin menceritakan tentang satu lagi gelagat manusia yang sangat menjengkelkan. Jenis manusia ini adalah yang jenis mulut cakap banyak tapi kerja tak jalan.

Sebelum tu, aku nak cerita tentang orang jenis ini dahulu. Eh? Tadi aku cakap satu? Tukar kepada dua. :P. Yang pertama! Jenis mana? Sila lihat gambar di bawah.


Mesti kenal sekurang-kurangnya seorang kawan korang yang perangai sebegini bukan? Yang jenis mengarah orang, tetapi dia sendiri tidak berbuat apa. Lebih teruk, kadang-kadang siap memberi komen kepada kerja yang kita lakukan. Bila keputusan teruk, dia akan menyalahkan orang lain. Kononnya dia yang sempurna. Piiiraaahhh.

"Eh, kau buat yangni, kau buat yangtu."

"Kenapa kau buat macamni? Tak menariklah! Buat macamni, baru cun!"

Itu sangat menyakitkan hati bukan? Mulutnya bergerak, namun kerja tidak jalan. Mengharapkan orang lain untuk menyiapkan kerjanya. Ada sekali aku terlihat rakanku dimarahi kerana markah kumpulan yang diperolehi agak rendah, padahal yang memarahi itu tidak melakukan apa-apa yang mampu membantu meningkatkan prestasi mereka. Ingin sahaja telapak tanganku singgah di pipinya. Sabar. Sabar. Kalau aku, aku cuba mengelakkan diri dari berkumpulan dengan mereka. HAHA

Baik, kita teruskan dengan, "Eleh! Aku pun boleh!". Golongan ini aku rasa penuh dengan perasaan hasad dengki dan hanya ingin orang melihatnya seperti dia masih jaguh tidak kira apa jua yang terjadi. Golongan ini wujud selalunya apabila seorang rakan mereka memperolehi kejayaan dalam seseuatu perkara. Mereka akan berkata, "Ala, takat macamtu! Aku pon boleh! Tak heranla!", apabila terserempak dengan seseorang yang berjaya memperolehi sesuatu. Kelakar bukan? Jika mereka mampu melakukan sesuatu, mengapa tidak lakukan sahaja? Buat apa berlagak dengan cakap kosong? Malu sahaja yang anda dapat. Jika boleh, buktikan!

Ini tidak, jalan dihadapan mereka, inilah yang mereka ucapkan.


Menyampah bukan? Statement meminta penyepak! HAHA. Kumpulan ini selalunya terdiri daripada kaki gossip kerana mulut laju seperti kereta lumba F1 apabila berbicara tentang hal-hal orang lain. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan diri daripada bergaul terlalu lama dengan mereka. Dikhuatiri perasaan menyampah menjelma. XD

Itu sahaja malam ini. LOL. Kekeringan idea nanti. Bak kata seorang pensyarahku di Kuantan, "What say you?".

Saturday, April 23, 2011

Perempuan kini lebih suka menipu

Saja nak bagi panas kaum hawa ni. ^^,. Aku pernah dengar kawan-kawan aku cerita. Tapi selama ni aku gelak je.

Cerita dia macamni. Berdasarkan kajian yang telah dibuat oleh sebuah University terkemuka, lelaki telah didapati lebih gemar menipu berbanding wanita. Ini kerana dalam kajian itu, mereka ditanya jika mereka selalu menipu. Didapati lebih banyak lelaki mengaku. HAHA. Jadi? Kenapa perempuan aku cakap suka tipu lagi? Sebab diorang tipu masa ditanya. :P

Dah. Dah. Itu lawak tak menjadi hari ni. Tetapi nak tau cerita betul. Baca bawah ni.



LONDON: Satu kaji selidik mendedahkan bahawa perempuan kini lebih suka berbohong daripada lelaki.
Seorang daripada lima peserta kaji selidik berkata, dia pasti akan menjalin hubungan dengan lelaki lain jika jatuh cinta dengannya.


Secara perbandingan hanya sembilan peratus yakin mereka akan berlaku curang terhadap pasangan masing-masing.


Kaji selidik yang dilakukan ke atas 3,000 orang itu buat kali pertama mendedahkan perempuan bukan kekasih yang setia. Kaji selidik itu juga mendapati perempuan berusia 35 hingga 40 yang lebih banyak menipu. Kebanyakan mereka tidak mempunyai anak dan akan berlaku curang semata-mata untuk hamil.


Bagaimanapun, hanya 15 peratus lelaki akan memaafkan isteri ataupun teman wanita yang menipu berbanding dengan 12 peratus saja wanita yang akan menerima kembali pasangan yang curang. Hampir suku daripada perempuan bujang berkata, mereka akan menimbangkan untuk menjalin hubungan dengan lelaki yang berkahwin atau sudah mempunyai hubungan istimewa. - Agensi

Source: MyMetro

Friday, April 22, 2011

Saya Bodoh! Saya Hodoh!

Hah.. Entri kali ini mendapat perhatian anda bukan? Semestinya aku tidak merujuk kepada diriku.

Aku merujuk kepada golongan di luar sana yang suka sangat berkata sedemikian tetapi hakikatnya, mereka tidak bodoh atau hodoh langsung.

Perlukan contoh? Nah!


Ini salah satu. Aku cukup geram bila berdepan dengan golongan ini. Memang. Aku pasti mereka cuba merendah diri. Tetapi tak perlulah mengelarkan diri bodoh atau tak pandai. Andai kata anda diberi pujian. Ucaplah terima kasih. Bukan, "Janganlah macamtu, aku ni tak pandai la", atau, "Kau perli aku eh? Tau la aku tak pandai". Paling tidak, katalah, "Rezeki aku, Alhamdulillah, tapi jangan la puji sangat ye, ini ujian dariNYA". Eh, paling tidak pulak, seboleh-bolehnya. :P. Bukan sebab apa, kau bayangkan bila kau cakap macam tu, mesti orang lain yang results teruk dari kau rasa terhina. Jadi cuba elakkan merendah diri sampai menghina diri sendiri, sebab nanti orang lain rasa terhina secara tak sengaja.

Lagi? Nah!


HAHA. Harap-harap Megan Fox tak marah la. :P. Tak pasal-pasal aku kena saman nanti. Okay, golongan ni aku tak berapa minta jugak. Bukan apa, cakap tak cantik, gambar kat Facebook beralbum-album, semua ada lelaki puji, pastu cakap, "Ala, jangan puji, kiteww tak cantik lewrrr". Hello? Fine. Nak cakap macamtu? Kat Facebook okay lagi. Tapi bila in real life. Mulalah. Kadang-kadang aku tengok mesti ada yang terasa sebab orang tu ramai peminat tapi still gelarkan diri tak cantik. Masa ni ada la orang nak bantah. "Kau biar la dia nak cakap apapun!", atau, "Hak dia la nak gelarkan diri dia apa!". Baik. Aku terima. Tapi, just kau bayangkan. Kalau dia selalu cakap diri dia tak cantik, tak ke jadi doa? Syukurlah Allah dah bagi kita rupa macamtu. Ni bukan takat tak bersyukur, menghina kurniaannya ada la. Lagipun, aku rasa yang kurang menonjol kat luar sana pun tak bising kalau tak cun pun. Kau tu saja nak dapatkan perhatian kan? *Sorry, terkasar

Ni baru dua jenis. Banyak lagi! Maybe aku akan cerita lagi pada post yang akan datang. InsyaAllah. Korang yang baca ada apa-apa comment? Silalah share. Segala salah silap saya mohon maaf.

Thursday, April 21, 2011

Makan Banyak Makin Kurus!

Hah!? Apa? Tak percaya? HAHA
Ingat ini lawak jenaka macam Maharaja lawak tu? :P..

Meh gua cherite sikit sama lu.

Pernah ada rakan yang makan ngap ngap ngap tapi badannya tetap slim gitu! Macam model siap! HAHA. Pernah tak? Pernah tak? *Tolong angguk kepala nanti aku malu sorang-sorang sini :P

Nak dijadikan cerita. Tak cemburu ke kat diorang? Yalah. Makan banyak dari kita, tapi kenapa diorang kurus je? Tak aci kan? Nak tau kenapa camtu?

Jawapannya kat atas. Ala. Yang tajuk tu, "Makan Banyak Makin Kurus". Kelakar pulak bila aku tulis. HAHA. Tapi ini hakikat ya? Ada kajian yang membuktikannya. 

Tubuh kita akan berjimat apabila makanan menjadi sedikit. Badan kita akan secara automatiknya cuba menyimpan lebih banyak lemak untuk mengelakkan kita dari menjadi lapar. Itulah terjadi apabila kita tidak makan di antara waktu makan. Mustahil tubuh kita tahu pada bila waktu makan yang seterusnya, jadi ia takut untuk mengurangkan lemak berlebihan itu. Hal ini menjadi lebih teruk kerana oleh sebab kita berasa sangat lapar. Kita akan makan lebih banyak pada waktu makan nanti.

Jadi sebenarnya memakan snek di antara waktu makan mampu mengurangkan lemak berlebihan. Tapi snek itu perlulah yang sihat. Seperti yogurt, kacang almond, bijirin dan air minuman coklat (lemak rendah).



Lepas membaca ini semua aku terfikir. Patutlah badanku gempal semacam. HAHA. XD

Wednesday, April 20, 2011

SEGMEN DIALOG BLOGGER BERSAMA PEMBAWA WACANA


Nak join? Tekan SINI.


Harap-harap yang berada dalam gambar ini tak marah. Bergurau je. :). Sorry ek kalau terkasar?


Meng-edit gambar

Aku sememangnya tidak pandai mengedit gambar. -.-". Lihat headerku. HAHA.

Hodoh bukan? Tapi tak mengapa. Ini blog aku, jadi aku berikan ini kepadamu.

:P

Aku tahu. Aku sememangnya noob dalam hal-hal sebegini. Tetapi aku selalu tertanya-tanya. Takkanlah kesemua anda meng-edit gambar menggunakan Photoshop?

Kalau ya. Original ke?

Okay. Pusing kepada apa aku ingin sampaikan. :). Aku sememangnya berminat dalam bidang bergambar. Tetapi kemalasan itu penyakitku. XD. Lagipun, aku lebih gemar meng-edit gambarku.

Mesti ada diantara kamu yang berkata, "Jadi? Editlah! Ada aku kesah?".

Wo. Wo. Wo. Chill bro. Chill. Aku memang ingin tetapi, aku jarang mempunyai gambar diriku sendiri. LOL. Yalah. Kalau aku kacak takpe jugak kan? HAHA. Tapi aku tetap bersyukur dengan kurniaan yang Maha Esa. ^^,. Just aku selalu dapat gambar aku je. Mesti aku reject. Jarang aku letak gambar aku kat Facebook. Aku letak pun kalau aku berkenan kat gambar tu. Hakikatnya, aku sememangnya pemilih. :P

Jadi, aku ingin tanya ini. Adakah aku sahaja yang mempunyai masalah ini? Atau korang pon sama?

P/S: Ni gambar aku edit tadi. HAHA. Oke tak?



Tuesday, April 19, 2011

Lagu Dihatiku 19/4/11

Post ini aku saja nak ceritakan lagu-lagu yang aku sering mainkan dalam iPodku. Walaupun berpuluh gigabyte lagu yang aku miliki, namun pasti ada yang menjadi kegemaran pada satu-satu masa bukan? ^^,

Lagipun, ramai bertanyakan aku, apakah lagu yang terbaru? Lagu apa yang "best"? Aku rasa post ini mampu membantu anda. :). Aku memilih lagu tak semestinya mengikut carta. Aku mengikut hati. (Dah bermula sesi jiwang-jiwang) Aku mendengar lagu yang mempunyai maksud. Dalam senarai lagu ini, anda akan lihat apa yang aku cuba maksudkan. Aku juga perlu tegaskan, mungkin ada yang anda sudah tahu, mungkin tidak. Mungkin baru, mungkin sudah lapuk. Manalah aku tahu, Kebanyakan lagu yang rakan-rakanku dengar adalah lagu-lagu yang sudah lama aku miliki. Tetapi sudahlah dengan kata-kataku. Inilah senarainya. :)

5. Katy Perry - E.T. (feat. Kanye West)


4. Rihanna - Who's That Chick


3. Sam Tsui - Jar of Hearts (Cover)


2. Glee - Get It Right

1. Chipmunk - Champion (feat. Chris Brown)

Monday, April 18, 2011

Blog Anda Akan Ditutup Pada 25 Jun!

Terkejut? Sepatutnya anda terkejut. Tetapi jika anda sememangnya mengikuti perkembangan dunia blog. Mesti anda pernah baca tentang benda alah ini.



Berita ini menyatakan bahawa mereka yang tidak menggunakan Gmail sebagai cara login masuk kedalam blogger, blog anda akan dihapuskan pada tarikh di atas. HAHA

Jadi mengapa aku ketawa?

Kerana ramai orang salah menginterpretasi notis blogger. Cuba anda lihat di dashboard. Tekan Blogger Buzz. Baca elok-elok. Jangan lompat mana-mana bahagian ya? Linknya disini.

Awal-awal telahpun dinyatakan

" (This message only applies to a tiny fraction of users who haven’t logged in to Blogger since 2007. If you’ve logged in to Blogger at least one time since 2007, you won’t be affected and can disregard this message.) "

Inilah mesej yang 'menggerunkan' kepada sesetengah blogger.

" For a number of technical and operational reasons, we’ve decided to finally end our support for migrating legacy accounts and blogs after June 25th, 2011. So if you have a Blogger account and haven’t logged in since 2007, you will lose access to the account and associated content permanently unless you update to the Google Account system before June 25th. "

Aku sebenarnya sudah membaca notis ini pagi tadi, tetapi hanya terpanggil untuk menulis tentangnya malam ini kerana ramai yang takut akan hal ini. Aku pasti ada diantara kalian yang sudahpun mewujudkan akaun gmail kerana notis ini. Tetapi jangan risau. Jika google mahu men'delete'kan blog andapun, sudah tentu akan ada mesej dihantar kepada anda. Sekiranya tafsiran saya salah. Maaf ya? Tetapi inilah yang dapatku fahami dari petikan yang ditunjuk itu.

P/S: Maaf kerana memberi sesetengah anda strok. :P

Sunday, April 17, 2011

Aku Tak Pandai Benda Ni

-.-"

Kalau korang memang rajin baca blog aku, korang akan perasan yang aku tak update semalam. Kenapa? Kenapa? Tengoklah blog ini yang semakin hodoh. -.-". Aku dah fed-up pikir bagaimana cara untuk mencantikkan lagi blog ini. Semalam ada la sekali tu aku cakap, "Wah, cantik jugak blog aku" (sesi perasan sekejap bermula) tapi lepas ada kawan aku cakap, "Macam perempuanlah, ewww, ewww", aku pun tukar jadi macamni.

Urgghh.

Danla header aku macam **** (censored di situ ya? :P). Aku tak reti la bab-bab design cun-cun melecun tu. Cemburu cheq tengok blog depa hat cun-cun gila babss. Blog kita gak yang hodohtahapcipan. *Maaf, bila fed-up memang bahasa menjadi kasar, kena guna sandpaper lepasni, HAHA

Well, siapa yang baca ni, tolong la komen-komen bagi feedback tetang layout blog ni. Bagi cadangan boleh? Kalau sudi, terima kasihlah. Kalau tak, kedekutnyeeewww. *Sesi menggedik bermula

Habaq la, camna hampa nak bagi blog cek ni cun melecun. Mai mai mai. Habaq mai kat cheq. Cheq janji tak gigit. Awww. XD

*Cheq berkenan la kat gambaq ni

Like la. Like la. :P

Friday, April 15, 2011

Tu lah, sekolah dulu tanak amik english education

Arghhh.. Aku sudah gila! HAHA. Bukan gila sakit jiwa. Tetapi gila 'tag' page di laman sosial Facebook. Tidak faham? Baiklah, lihat dibawah.


Nak tahu berapa banyak page sebenarnya di'like' oleh aku?


Saya mengaku. Saya gedik ya? :P. Ini di Facebook. Di blog lain.

Baik, seronokkah melakukan ini? Cubalah. Mungkin anda akan terikut. HAHA. Aku pun baru sahaja mula  mengaplikasikan cara menulis komen dengan gaya ini sejak dari semalam. Itupun kerana ada rakan-rakanku yang rajin bebenor meng'like' beratusan pages semata-mata untuk melakukan perkara ini. Tetapi kepuasannya tak terhingga. Percayalah. XD.

Sebenarnya aku tiada idea malam ini. Cuma aku rasa ingin menulis juga. HAHA. Maaf ye? Tiada pengajaran yang bermanfaat dalam post ini.

Thursday, April 14, 2011

BEN ASHAARI GEGAR LAGI



Kadang kala aku malas. Kadang kala aku rajin. Kali ini aku rajin. Mari gegar! XD

Wednesday, April 13, 2011

Mari bergosip!



Pantas betul membuka blog ini. Anda mesti kaki gosip. HAHA. Melawak saja. Nanti menangis tak tentu pasal susah juga.

Ya. Gossip. Mana mungkin hidup kita sempurna tanpa adanya perkara ini.

"Kau tahu, si Z tu sukakan si S!".
"Tapi bukan dia berpacaran dengan F?".
"Sedangkan pantai berubah, ini pula manusia".
"Tadi aku lihat dia semacam sahaja dengan S".

Bijak betul bibir menyusun kata-kata. Aku rasa dialog sebegitu takkan ada penghujungnya. Unsur tokok tambah, fitnah, semua ada. Jika dialog ini berlaku diantara dua orang sahaja tidak menjadi masalah. Dosanya tidaklah sebesar mana. Tetapi aku rasa tidak dinamakan gossip sekiranya tidak merebak ke seluruh pelusuk alam. Bayangkan dosa yang ditanggung oleh orang yang memulakan gosip yang tidak berasas itu.

Namun begitu, aku rasa gossip sebenarnya ada baiknya, sekiranya perkara yang dikatakan itu sememangnya benar dan ianya salah dari segi agama. Secara tidak langsung gosip itu menjadi teguran. Tetapi, masalahnya apabila ada unsur tokok tambah.

Bayangkan, permulaan gossip sebegini,

"A sukakan B, aku lihat dia merenung ke arahnya tadi", kata Ali kepada Abu
"A ada hati kepada B, matanya tidak terpisah dari melihat B", kata Abu kepada Bakar
Selang beberapa orang.
"A dan B berpacaran sekarang", kata Jamil kepada Hassan.

Apa? Mustahil? HAHA. Mungkin, aku suka merapu sekali sekala, tetapi mesejnya ada. Benar bukan? Aku bukannya sempurna, namun aku cuba untuk mengelakkan diri dari bergossip. Ada orang kata, jika anda tidak bergosip, andalah bahan gosip. HAHA. Kelakar. Aku bahan gosip? Gosip apa agaknya.

Tapi benar juga apa orang kata, "Tak kira kau lakukan baik atau buruk, orang tetap akan bercakap tentang kita". Jadi fikirlah sendiri. Mulut manusia mana mungkin dapat disenyapkan. Ada sahaja yang tidak betul. Ingat, semua perbuatan kita sedang dilihat dan dinilai oleh orang disekeliling. Silap hari, kitalah bahan gosip mereka.

"What you give, you get back", jadi sebelum mulut itu mula bertutur tentang hal-hal yang tidak mempunyai bukti akan kesahihannya, lebih baik senyap.


Gila Follower Blog?

Aku berfikir semula tentang taktik yang diajar kepadaku tentang cara mendapatkan follower yang ramai. Aku akui, siapa yang rajin, aku pasti ramai akan menyusuli. Yalah, sudah pergi ke blog sini, blog situ, mempromosikan blog sendiri, mustahil dari sepuluh blog yang kita kunjung dan follow tidak ada satupun yang tidak mengunjung blog kita dan menekan butang "follow'" itu. Aku sudah mencuba cara ini, dan aku lihat mereka yang melakukan perkara sama. Sungguh! Dalam seminggu seratus follower mampu digapai. Tetapi aku lihat dashboard aku di laman utama blogger dan meneliti kesemua blog yang aku telah follow. Mustahil aku dapat membacanya semua. Kemudian aku berfikir, mereka yang menjadi follower blog aku bagaimana pula? Adakah mereka akan menjenguk blog tak seberapa ini?

Masa itu, aku merenung jauh dan mendapat satu petunjuk. Aku bukan gila pembaca, tetapi gila follower. Siapa sahaja yang mahu membaca blog aku sekiranya niat mereka mengikut blog aku hanya untuk membalas follow aku di blog mereka? Kau bayangkan 100 followers, tetapi yang membaca akhirnya? Beberapa kerat sahaja. Mungkin aku perlu memikirkan cara baru menulis. Mungkin aku perlu ubah taktik, "You follow me, I follow you". Kerana tiada guna followers beribu, tetapi pembaca setia hanya seorang dua.

Aku harus meneliti, apakah tujuan kita menulis di alam blog ini sebenarnya? Untuk suara kita didengari? Mendapatkan pendapatan sampingan? Mendapat kenalan baru? Atau hanya ingin mengumpul followers? Mungkin jawapan kita berbeza. Namun aku yakin dengan jawapanku. Aku ingin suaraku didengari. Ideaku didebatkan. Aku ingin orang membaca blog aku dan menyatakan, "Ini sesuatu yang harus kita fikirkan secara kritis". Seperti Izyan Masri pernah katakan dalam blognya dahulu, terdapat pelbagai jenis bloggers. Yang benar-benar menghayati mesej yang disampaikan oleh sesebuah blog, yang datang sekadar follow dan memberi link blog mereka dengan harapan kita membalas kunjungan itu, dan terakhir yang hanya meninggalkan link dan pergi begitu sahaja. Aku cuba membaca kesemua blog yang aku follow. Kau pula yang mana?

P/S: Jangan hiraukan ninja turtle ini. ^^,


Tuesday, April 12, 2011

UiTM Kuantan Bloggers


Berkat kesungguhan Iman Talib, kami sebagai blogger UiTM Kuantan bergabung bersama melalui kumpulan Facebook ini yang diberikan nama UiTM Kuantan Bloggers.

Dalam merapatkan lagi silaraturrahim kami sebagai bloggers di bawah payung UiTM Kuantan, langkah yang diambil oleh pengasasnya adalah sesuatu yang aku kira sebagai sangat berpatutan. Menjadi harapan aku bahawa selepas ini, ahli group ini menjadi seperti aur dan tebing. Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.

Menjadi sesuatu yang sukar, untuk mengumpul kesemua bloggers di Universiti itu. Walaupun kecil, namun pelajarnya sibuk-sibuk belaka. Dengan adanya group ini, mampu kita bergabung mewujudkan satu komuniti yang dapat menyokong satu sama lain. InsyaAllah.

Kepada Iman Talib, saya ucapkan syabas!

Monday, April 11, 2011

Keputusan Semester 2

Aku tak dapat berkata-kata. Aku gagal mencapai sasaran. Aku akan berusaha lebih untuk semester depan. Tetapi aku masih bersyukur. Alhamdulillah. Tidak aku perlu mengulangi mana-mana subjek pada semester depan.

Kalau ingin lihat dengan paparan lebih besar sila klik.

GPA 3.87
CGPA 3.77

Aku rasa bolehlah. Taklah teruk sangat bukan?

Sunday, April 10, 2011

Ketahuilah Hak Anda Dengan Polis

Apabila anda berjalan sekitar tidak melakukan apa-apa yang salah anda tidak merasakan apa-apa bukan? Tetapi jika anda melihat seorang anggota polis berjalan ke arah anda, anda akan merasa takut semacam. Kenapa begitu? Aku pasti ini selalu terjadi kepada anda. Selalunya di jalan raya. Asal kelihatan saja kereta peronda polis, kelam kabutlah satu kereta memeriksa jika semua piawaian yang ditetapkan agar anda tidak disaman dipatuhi. HAHA. Yang kelakarnya, polis itu bukan polis trafik yang menyaman. Ya. Ketakutan melanda diri tika saat sebegitu hadir. Tiada siapa yang mahu ditangkap atau disaman.



Mereka kata, "Berani kerana benar". Jika begitu, mengapa kita takut apabila polis datang? Mesti ada yang anda cuba sembunyikan. :P. Melawak saja. Ada satu kondisi yang dipanggil Astynomiaphobia atau lebih dikenali sebagai Policophobia yang menyatakan kita takut akan polis. Sebenarnya perkara ini normal, cuma kadang-kala kita terlebih takut sehinggakan kita tidak menyedari hak kita dicabul.

Bahaya juga kadang-kadang polis ini, jadi mari kita menjadi bijak dan ketahui hak kita apabila berdepan dengan polis. Pasti anda teringat rancangan di peti televisyen seperti CSI, kerana apabila mereka ingin menahan seseorang mereka akan membacakan hak individu yang ditahan. Tetapi di Malaysia? Hah. Aku tidak tahu pula. Tak pernah aku ditahan. HAHA.


Baik, untuk mengetahui hak anda, aku syorkan anda memuat turun buku merah. Buku merah ini sebenarnya ditulis didalam Bahasa Inggeris dengan tajuk RED BOOK - KNOW YOUR RIGHTS. Dalam Bahasa Melayunya, BUKU MERAH - POLIS DAN HAK-HAK ASAS ANDA. Saiznya bukannya besar pun. 110KB sahaja. Kemungkinan header blog anda boleh menjadi lebih besar dari itu. Moga-moga hak kita tidak dicabuli, InsyaAllah. :)


Buku Merah - Polis Dan Hak-Hak Asas Anda Download Link

P/S: Sebab aku tak listkan semua hak tu adalah kerana ini dikira aku ambil dari Buku Merah yang diedarkan melalui website Malaysian Bar. Diorang ni Lawyer semua. Taknaklah aku ambil risiko kena apa-apa. Sorry ye?


Saturday, April 9, 2011

Dunia Blog Terasa Panas

Aku bukannya apa. Cuma risau akan keadaan yang kelihatan agak huru hara selepas membaca sebilangan blog yang menyatakan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain. Mengapakah ini semua berlaku? Persoalan siapa gila trafik? Siapa gila follower? Siapa gila apa-apa sajalah. Tidak aku nampak apa keuntungan apabila mengutuk blog orang lain. Orang ini buat segmen. Biarlah! Bukan mengacau hidupmu. Satu sen pun tak mengganggu. Jadi persoalannya, adakah mereka ini sahaja mahu menimbulkan kontroversi? Mungkin. Aku pun tidak tahu.

Yang aku tahu, perbuatan mereka ini bak kata pepatah menconteng arang ke muka sendiri. Sudah-sudahlah mengutuk orang. Kita bukannya sempurna. Jika blog yang kalian mengata itu mempunyai agenda tersembunyi pun. Biarlah, bukan mereka paksa sesiapapun untuk melakukan apa-apa. Selagi pengikut blog mereka itu tidak dipaksa secara fizikal atau mental. Tiada apa yang perlu dipersoalkan. Adakah kalian cemburu? Ha. Ha. Ha. Cemburu apa? Mereka juga manusia. Akan dihisab segala perbuatan di muka bumi ini seperti kamu jua.

Jadi hiduplah aman di alam maya ini. Tidak perlu menimbulkan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain. Jika benar-benar tidak berpuas hati atas sesuatu sebab. Berdialoglah dengan tuan punya blog. Tidak perlu membuat sesuatu itu awam. Biarlah anda dan pemilik blog tersebut sahaja menyelesaikan ketidakpuashatian anda. Anda sudah matang bukan? Sudah sampai masanya untuk bertindak secara rasional dan bertanggungjawab.

Lelaki di dalam cermin

Pagi tadi aku ke kedai makan. Sambil mengambil gambar adik aku yang masih lagi bayi menggunakan DSLR adikku yang lagi satu. Aku terperasan bahawa pesanan minuman aku tidak lagi sampai meskipun pelanggannya yang lewat dari aku sudahpun dapat menghirup kopinya yang masih lagi kelihatan panas. Pada ketika itu aku berasa sangat sakit hati kerana mereka gagal mengurus pesanan mereka dengan cara yang lebih efisyen. Ketika itu, mulalah aku berfikir tentang masalah servis di negara kita yang sangat tidak memuaskan. Aku pasti jika di negara jiran semestinya perkara ini tidak berlaku. Namun ini semua hanyalah berada di dalam fikiranku. Tidak aku melakukan apa-apapun.

Kemudian aku terfikir, jika aku ingin menyatakan bahawa ini salah pelayan itu, mana mungkin, pesananku bukan kepadanya. Jika aku ingin salahkan pembancuh air itu, mungkin pesanan itu sampai lambat. Jadi kesemuanya berputar kepada pengambil pesanan. Tetapi, jika begitu, sepatutnya ini salah pengusaha kerana tidak mencari pekerja yang lebih produktif. Aku kemudian menyalahkan pelbagai pihak sehinggakan aku teringat kepada lagu Michael Jackson, Man In The Mirror.

Jika kita ingin mengubah dunia, seharusnya kita ubah diri sendiri dahulu. Tiada sesiapapun yang sempurna. Pasti berlaku khilaf di sini dan sana. Jadi siapakah aku memarahi mereka? Ya. Mungkin salah mereka kerana pesanan itu datang lambat. Tetapi ini kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini, tiada masalah. Aku terfikir pula, kali ini aku datang pada hujung minggu. Kebiasaannya pada hari minggu sahaja aku singgah di situ. Selepas aku terfikirkan itu, aku terperasan bahawa pelanggannya juga ramai pada hari itu. Sesampainya monolog dalaman aku kesitu.

"Minta maaf lewat", kata seorang pelayan sambil meletakkan minumanku ke atas meja.

Jangan pula lihat ke cermin dan melihat ini. :P

PENCARIAN BLOGGER LAMA DAN BARU


Teringin jugak dipromote. Harap-harap dapatlah follower baru dari segmen ini. IsyaAllah. ^^,
Ingin ikuti segmen ini? Tekan sini.
Syarat-syaratnya dari Yuyue:

"Terasa nk wat segman pulak..kali nieyh nk wat segman "PENCARIAN BLOGGER LAMA DAN BARU"..senang jer nk join segman nieyh

1-Follow blog yuyue yg simple mimple nieyh..xmo pown xper..xder sebarang paksaan..bukan per..t senang korang nk tgok ape yg yuyue update kan??..ehehe :)

2-Letak header blog yuyue kat entry korang and linkkan ke blog yuyue/entry yuyue nieyh

3-Tulis ler entry sal segman nieyh..simple jer..nk copy syarat2 nieyh pown xper..okeyh??xpayah nk susah payah..aik??..ehehe

4-Korang HARUS letak "saya blogger BARU/LAMA" selepas entry..supaya yuyue leyh asing2kan korang..nak letak lam bloglist yuyue..AND lau leyh letak ler sekali da bape ramai FOLLOWER korang..ehehe

5-Tag beberapa orang untuk join segman nieyh..lau leyh biar dyeorang tau lar yer..

6-Haaa..yg nieyh HARUS buat bila dah siap wat entry tuh,tinggalkan link url korang kat entry nieyh oke :)..lau korang xkomen and xtinggalkan url..cmner yuyue nk tahu kan2??bukan kat chatbox yerp..p kat enry nieyh :)

tu ajer haa...tarikh luput???ngaaaa...2 hari jer...xlame pown..ehehe..sape2 yg join yuyue akan promote blog2 korang kat blogger terkenal..contohnyer??..
 ***BEN ASHAARI,ANIS ZULAIKHA,JEJARI RUNCING,and yg sewaktu dengannye :)--> yuyue akan cuba tinggalkan link2 korang kat entry dyeorang..kat sane ramai blogger2 hebat suke komen2 kat ctu..so yuyue akan paste url korang kat ctu..lau dyeorang der mase,dyeorang akan follow korang..wokyh??...and yuyue akan salu promote blog korang kat FB..kat blogger fans page..kat group blogger2..insyaALLAHfollower korang akan bertambah dari mase ke semasa,coz yuyue akan salu promote blog korang time der mase terluang :)

p/s : yuyue akan promote sape2 yg join sahaja..tanda terima kasih coz join segman yuyue..xramai pown xper..walaupown hanya SEORANG yg join,yuyue akan promote blog dye SAHAJA.. :D"

Tag:


Saya blogger baru yang mempunyai 123 followers.. :)

Friday, April 8, 2011

Politik? Maaf Aku Masih Lagi Belajar

Buka peti televisyen, terpampang berita sensasi seluruh Malaysia. Apa lagi jika bukan politik. Aku ingin tonton berita, tetapi mengapa mereka hanya menyuapkan politik? Aku terus padamkan.

Aku pergi ke surat khabar. Terpampang lagi cerita tentang politik negara. Ah, sudah. Malas aku membacanya.

Aku bukan tidak suka akan politik. Tetapi kadang kala media masa ini suka memutar belit cerita. Aku ikut perkembangan. Namun sekadar mengetahui secara atas dasar sahaja. Aku tidak mahu mendalami politik sehinggakan aku menjadi fanatik. Itu, aku tunggu ketika aku boleh mengundi. Sekarang tugas aku sebagai pelajar hanyalah untuk menuntut ilmu. Aku tidak mahu terpesong dari tujuan asalku.

Aku tahu, sesetengah dari anda akan memangilku pengecut. Aku ini tidak menegakkan keadilan. Tidak mahu berjuang demi negara. Tidak! Jangan salah faham. Jika melibatkan diri dalam politik secara aktif itu benar-benar diiktiraf sebagai sesuatu yang digalakkan, aku pun mahu. Aku pelajar undang-undang. (Walaupun hanyalah asasi) Aku rasa politik itu sesuatu yang seharusnya diketahui perkembangannya. Tetapi dari apa yang aku lihat, aku masih lagi muda untuk membezakan parti mana yang betul dan salah.

Mungkin satu hari nanti akanku lebih aktif dalam membicarakan tentang hal-hal politik. Sekarang, aku ingin mengetahui akan agenda politik, tetapi aku tidak mahu mengambil bahagian dalam menamakan pihak mana yang betul atau salah.

Aku tahu, sesetengah dari anda sudah tak sabar menjadi penyelamat kepada kegoyahan politik negara. Ingin menjadi sumber ilmu politik. Ingin berkecimpung dalam bahagian ini dan itu. Aku tak menghalang. Pergilah! Cuma aku ingin katakan, aku tetap pendirian. Kau inginku masuk perbalahan bertopikkan politik? Aku akan menjawab. "Politik? Maaf, aku masih lagi belajar".


BLOG SAYA NAK POPULAR MACAM IZYAN MASRI

Ingin menyertai? Tekan sini.

Syarat-syaratnya:

sila letak header saya ni. Tick!
tajuk: BLOG SAYA NAK POPULAR MACAM BLOG ................... ( sila isi tempat kosong ni dengan blog pilihan korang ) Tick! Blog Izyan Masri!
jawab soalan2 yang sangat mudah ni.. Okay.

a) Bilangan follower korang sekarang?
118

b) kenapa korang pilih blog tu? apa yang best tentang blog dia? dia dah follow blog korang?
Sebab blog itu mempunyai gaya penulisan yang membuat saya amat tertarik untuk membacanya. (Saya tidak pasti jika ayat ini ditulis dengan betul) Yang best tentang blog dia adalah cara dia menulis kerana beliau mampu menarik perhatian pembacanya. (At least saya la) Oh, sudah! :). Thanks Izyan Masri.

c) bagi korang mana yang penting, follower atau pembaca setia?
Semestinya pembaca setia. Kerana dengan adanya pembaca setia, mereka mampu memberikan pendapat dalam apa yang telah saya tulis.

d) apa yang best tentang blog korang? time ni la nak promote..huhuhu
Blog saya merupakan satu medium yang membantu saya menunjukkan segala yang saya rasa patut disuarakan. Ada kalanya saya mengarang perjalanan hidup. Tetapi yang pasti, saya suka bercerita tentang pelbagai perkara dan di dalamnya, dan terselit pedoman untuk semua.


e) impian korang dalam dunia blog ni?
Semestinya menjadi seorang yang dapat menyentuh hidup insan-insan yang berjalan di atas bumi. Saya ingin menjadi seseorang lelaki yang mampu mempengaruhi mereka ke arah yang lebih baik. Saya ingin menjadi seorang blogger yang mampu mengubah hidup orang lain dengan membuat mereka sedar akan segala khilaf yang dilakukan oleh manusia pada zaman ini.

Thursday, April 7, 2011

Sehari di Kuantan

Hari itu aku keluar rumah dengan satu niat. Untuk mengambil sesuatu yang aku tertinggal di Kuantan. Aku sedar perjalanan ini akan menjadi sesuatu yang meletihkan, namun aku harus pergi ambil hartaku itu.

Tepat jam 10 pagi, bas bertolak dari Jalan Pekeliling. Sepanjang aku berada didalam bas itu, otak aku sentiasa memikirkan tentang hartaku itu. Tak lama lagi aku akan memperolehnya kembali. Sudah berbulan aku tidak melihatnya. Agak-agaknya adakah ianya akan sama? Adakah aku tidak kekok bersamanya nanti? Kerana aku sudah biasa hidup tanpa kehadirannya. Dalam kesibukan aku memikirkan tentang itu, aku terlelap.

Sesampainya aku di Kuantan, aku terus menghantar sebuah SMS. Tak lama kemudian, aku mendapat balasan. "Berjumpa di East Coast Mall". Sudah lama aku tak ke situ. Tak mengapa. Mustahil aku lupa jalan ke sana dari terminal bas. Selepas mendapat mesej itu, aku pergi mengambil barangku dahulu.

Aku ke East Coast Mall lebih awal dari yang dijanjikan. Itu sudah menjadi kebiasaan bagiku. Datang awal. Kerana aku tahu perasaan orang bila menunggu. Sakit hati bukan? Bila menunggu seseorang yang datang lewat? Ah sudah. Kembali kepada cerita.

*Mesej Diterima

"Kita berjumpa di Pizza Hut"

Jadi aku terus bangun dari tempat aku berehat dan pergi ke Pizza Hut.

Sesampainya aku disana, aku terlihatnya. Sungguh anggun dan menawan. Pakaiannya sungguh sopan. Kelihatan seperti baru sahaja tamat menghadiri majlis perkahwinan. Dalam hati aku berfikir, "Ini jika di majlis di majlis perkahwinan, sudah tentu menjadi pengantin". Aku tergelak dalam hati seketika. Hari itu aku lihat seperti terdapat aura padanya. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang terlihatnya. Di waktu itu, dia sedang termenung jauh. Matanya yang bersinar itu memberikannya satu tanggapan bahawa dia sedang memikirkan tentang sesuatu. Tetapi aku gagal mengesan apakah yang bermain di benak fikirannya.

Aku memberanikan diri untuk pergi ke arahnya. "Hai Farah!", sambil melontarkan senyuman. "Hai Arif", balasnya. Kemudian kami mula bercakap seperti sudah tidak berjumpa untuk berpuluh tahun lamanya. Butir bicaranya sungguh rapi dan tersusun. Tampaknya seperti gadis melayu terakhir dengan kesopanan yang sangat mempesonakan. Macam-macam kami berbincang. Tentang Universiti barunya. Tentang keadaanku di UiTM. Aku rasa seperti ada kelainan padanya sejak kali terakhir berjumpa. Ada hikmah rupanya disebalik penghijarahannya ke UIA. Perubahannya sangat ketara. Wajahnya kelihatan seperti bercahaya. Aku gembira akan kemajuannya di tempat barunya. Aku juga sangat bersyukur kerana dia tidak melupakanku. Alhamdulillah. Moga-moga persahabatan kami kekal sehingga ke akhir hayat.



Ingin berkenalan? Jangan gatal. :P

Gaya Penulisan Blog

Aku sebenarnya sedang buntu. Kamu tahu mengapa? Kerana aku tidak tahu jika gaya penulisan sebegini adalah sesuai untuk menyebarkan idealogi yang kerap bermain di benak fikiranku. Kadang kala aku merasakan dengan mengubahnya sedikit aku mampu menarik perhatian lebih ramai orang. Apa guna menulis sesuatu jika tiada sesiapapun yang ingin membacanya? Sesetengah orang berpendapat blog yang pandai mencuit hati pembacanya adalah yang paling efektif dalam menyebarkan segala luahan isi hati penulis itu.

Sekiranya begitu, haruskah aku mengubah gaya penulisan aku? Adalah ianya lebih disukai sekiranya butir bicaraku disini lebih riang dan kurang formal? Dan jika aku mengubahnya, adakah ianya bermaksud aku boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris? Sesungguhnya tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untukku memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita. Sebenarnya aku lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kata-kataku ini bukan bertujuan menunjukkan belang, namun ianya apa yang sebenarnya sedang bergelora di hatiku. Aku gagal memperoleh A dalam Bahasa Malaysia. Tetapi Bahasa Inggerisku A+. Di saat itu aku mempersoalkan diriku. Siapakah sebenarnya aku? Melayukah? Jika melayu, mengapa penguasaan Bahasa aku teramatlah lemah sehinggakan gagal memperoleh A?

Sekarang aku berada didalam dilemma. Sudikah anda membantuku dalam hal ini?


Wednesday, April 6, 2011

Keberanian

Apakah itu keberanian? Pasti kau sedang memikirkan tentang seorang hero tampan yang berjuang demi menuntut keadilan bukan? Ah. Keberanian boleh ditafsir begitu. Silakan. Banyak lagi cara untuk memanipulasi perkataan bagi memberi definasi kepada perkataan itu. Namun aku percaya kalian dapat memahami apakah itu keberanian sebenarnya.

Tetapi kadang kala, kita tercampur aduk keberanian dengan kebodohan. Maaf jika kata-kataku ini agak kesat. Tetapi apa aku katakan ini bukanlah cerita dongeng. Ianya realiti yang aku pasti pernah terlintas di dalam kepala setiap insan bernama manusia.

Mereka kata berani kerana benar. Aku setuju. Tetapi apakah ianya wajib kita suarakan pendapat itu? Kadang-kadang dengan berdiam diri kita mampu membuktikan kebenaran. Tidak masuk akal? Izinkan aku memberikan situasi yang menggambarkan apa yang aku sedang maksudkan.

Rakan anda berkata kuliah telah dibatalkan. Tetapi pensyarah baru sahaja memberitahu anda bahawa kuliah itu akan berjalan seperti biasa. Anda memberitahu rakan anda dan dia tidak mahu mendengar. Keberanian berlaku apabila kita tegas dengan pendirian kita. Kebodohan muncul jika kita masih ingin berselisihan faham dan terus berbalah tentang hal itu. Benda remeh pun mahu dijadikan bahan mentah untuk dibakar dalam pertelingkahan. Bila dia tidak mahu percaya, kita berdiam dan terus tegas dengan pendirian kita. Apabila dia sedar bahawa kuliah itu ada, sudah tentu dia akan terduduk diam tanda malu. Pada ketika ini mesti anda bertanya, apakah ini menunjukkan keberanian? Aku tidak berkata ini menunjukkan keberanian.

Keberanian adalah disini. Contoh yang dapat aku lihat. Tentang hal-hal politik. Berani? Ya. Mereka yang suka berbicara tentang hal-hal ini. Aku hormat. Bukan kerana apa. Tetapi mereka berjuang demi hak mereka.  Aku? Bukan aku pengecut. Aku cuma tahu serba sedikit tentang undang-undang dan aku tidak mahu ditahan oleh mana-mana pihak. HAHA. Aku rasa ini kali pertama aku ketawa dalam blog ini.

Jadi? Mana kebodohan? Bila politik itu diagung-agungkan. Benar. Jika kita menyokong satu parti umpamanya, Aku rasa perlulah kita tahu had-hadnya. Mengapa mahu mengambil risiko ditahan? Pelajar di Universiti tidak dibenarkan mengikuti perjumpaan politik. Aku tak kata yang pergi itu bodoh. Aku kata yang sengaja mahu dirinya dilihat itu bodoh. Sudah tahu salah, janganlah menyerlah. Pasti ada yang tidak bersetuju denganku. Maaf jika kata-kataku menyinggung perasaan anda. Tetapi ini hanyalah bebelan saja.