Monday, April 25, 2011

Alam Blog

Aku pernah membawa usul yang betajuk "5 Blogs" di blog Bahasa Inggeris aku. Dalam post itu, aku ketengahkan keinginan aku berblog dalam Bahasa Melayu. Alhamdulillah. Aku mampu mengerjakan apa yang aku hajati itu.

Sesungguhnya pelbagai perkara telah aku pelajari dari menulis blog dalam Bahasa Melayu ini. Aku rasa sangat bertuah kerana ramai yang memberi dorongan kepadaku. Namun, aku perhatikan pelbagai perubahan dalam diriku terutamanya dalam hal-hal blog selepas blog ini menjadi tumpuan aku. Mengapa aku katakan tumpuan aku? Kerana aku rasa blog aku yang lain aku anak tirikan. Sedih juga bila aku fikirkan. Tapi? Mustahil aku punyai ilham untuk kedua-dua blog pada hari yang sama untuk selama-lamanya. Sesungguhnya aku bukan seperti Abang Ben Ashaari yang tidak pernah ketandusan idea sepertiku.

Walaubagaimanapun, aku tetap cuba untuk menulis satu entri pada setiap hari. Itulah satu tips yang dapat aku timba dari blogger-blogger yang jauh lebih berpengalaman dari aku. Bagi meningkatkan followers, entri itu perlu sentiasa di-update. Sekurang-kurangnya satu untuk setiap hari. Bukan perkara mudah bagiku. Kerana sebelum ini aku menulis post hanya pada waktu lapang.

Ah. Membebel lagi. HAHA. Nama blog pun membebel saja. Jadi apa masalahnya? :P

Aku kadangkala teringin juga menjadi terkenal. Seperti Ben Ashaari tu mungkin bertahun aku rasa. Tetapi keinginan itu masih wujud. Tetapi apakah kayu ukur bagi seseorang blogger yang 'terkenal' sebenarnya? 1000? 10,000? Jika seribu, mereka berkata mereka blogger baru lagi. Aku tak terkejut jika ini mereka katakan. Aku punyai seorang rakan, Rifah Izzati namanya. Pada awalnya, aku lihat pengikut blognya tidak sampai beratus-ratus lagi. Seratus lebih adalah. Tetapi dalam sebulan ini pengikutnya melambung ke 754. Menarik bukan? Aku tahu taktiknya. Tetapi aku bukanlah rajin sepertinya. Lagipun aku sememangnya mengikuti perkembangannya kerana apa yang disampaikan olehnya menarik bagiku.

Tetapi ada juga blog yang tak ramai pengikut, namun aku rasakan dia sewajarnya menjadi blog yang terkenal. Contohnya blog rakanku Ariff Nizam. Pelbagai perkara dibincang olehnya. Sangat menarik bagiku. :)

Selain itu juga aku juga lihat blog yang juga bagiku seharusnya menjadi terkenal seperti rakanku Hafizzul Anas yang memaparkan pengalaman hidupnya. Dari makan satay ke cerita zaman hostelnya.

Itu blog yang aku rasakan patut menjadi terkenal. Kita bergerak ke blog yang padaku terkenal. Pertama, Izyan Masri. Gaya penulisannya bagiku mencuit hati. :). Aku suka membacanya. Yang kedua, rakanku di UiTM, Aqilah Ashari. Blog ini entrinya panjang-panjang, tetapi, aku pun tidak faham. Mengapa aku selalu membacanya sehingga ke ayat terakhir. Menarik bukan? Followernya dalam blogspot mungkin 344 sekarang. Tetapi fan blognya dalam Facebook mencecah 1,476. Tak ramai lagi? Aku tak tahulah. Lagi seorang rakanku di UiTM, namanya Aqila Safuan. Tetapi blognya aku cuba buka pada hari ini dia privatekan. T.T. Blog rakanku ini suka menyihatkan perutku akibat getaran yang dihasilkan oleh penulisannya.

Selepas membebel ini semua. Aku rasakan. Aku. Ingin berusaha dengan lebih keras! Agar dapat memperoleh gelaran blogger terkenal. HAHA. *Bila agaknya itu?


9 comments:

Izyan Masri said...

SAMELAH.YAN PON TAK BERAPA ADA MASA NAK TULIS ENTRY BANYAK2.TAPI WAJIB SATU ENTRY SETIAP HARI.YEAY.ADA NAMA YAN LAGI.T E R I M A K A S I H :D

Arif Azmi said...

HAHA.. tula.. -.-".. hebad ah sape boleh tulis banyak-banyak dalam sehari.. takdehal la.. ^^,

fazRina said...

Jom tgk review...


http://fazrinafazri.blogspot.com/2011/04/review-kumpulan-7-wacanaku-segmen.html

mcm ni lah said...

follow you dan tinggalkan jejak utk dijejaki

riffzam said...

terima kasih arif atas kata-kata kau tu.hehe.terima kasih! :) yup!aku setuju.kena juga lah kekalkan momentum sehari satu entri.jgn biarkan blog kita berlapuk.

Arif Azmi said...

mcm ni lah: Okay.. Thanks!! ^^,

Arif Azmi said...

ariff: takdehal bro.. ^^,.. Tula.. bukan senang nak buat tiap2 hari kan? HAHA

Fizz Zoule said...

wah, thanks thanks.. kita mesti kreatif dalam penyampaian, baru ramai y tertarik, ye tak Ariff?macam blog kau y kerap kali membebel ni..hehehe..

Arif Azmi said...

hafizul: Haah.. ^^,.. Baru ramai pembaca.. :D..