Saturday, April 9, 2011

Dunia Blog Terasa Panas

Aku bukannya apa. Cuma risau akan keadaan yang kelihatan agak huru hara selepas membaca sebilangan blog yang menyatakan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain. Mengapakah ini semua berlaku? Persoalan siapa gila trafik? Siapa gila follower? Siapa gila apa-apa sajalah. Tidak aku nampak apa keuntungan apabila mengutuk blog orang lain. Orang ini buat segmen. Biarlah! Bukan mengacau hidupmu. Satu sen pun tak mengganggu. Jadi persoalannya, adakah mereka ini sahaja mahu menimbulkan kontroversi? Mungkin. Aku pun tidak tahu.

Yang aku tahu, perbuatan mereka ini bak kata pepatah menconteng arang ke muka sendiri. Sudah-sudahlah mengutuk orang. Kita bukannya sempurna. Jika blog yang kalian mengata itu mempunyai agenda tersembunyi pun. Biarlah, bukan mereka paksa sesiapapun untuk melakukan apa-apa. Selagi pengikut blog mereka itu tidak dipaksa secara fizikal atau mental. Tiada apa yang perlu dipersoalkan. Adakah kalian cemburu? Ha. Ha. Ha. Cemburu apa? Mereka juga manusia. Akan dihisab segala perbuatan di muka bumi ini seperti kamu jua.

Jadi hiduplah aman di alam maya ini. Tidak perlu menimbulkan rasa tidak puas hati di antara satu sama lain. Jika benar-benar tidak berpuas hati atas sesuatu sebab. Berdialoglah dengan tuan punya blog. Tidak perlu membuat sesuatu itu awam. Biarlah anda dan pemilik blog tersebut sahaja menyelesaikan ketidakpuashatian anda. Anda sudah matang bukan? Sudah sampai masanya untuk bertindak secara rasional dan bertanggungjawab.

12 comments:

amirahzakaria said...

yup, btol3...
ta mau gaduh2 ni...

Arif Azmi said...

@amirahzakaria: :).. hidup aman lagi best.. ^^,

aNiss :):) said...

kenape kena jeles?? kan sesama blogger.. patut kena sesama memajukan diri.. peace =)

Arif Azmi said...

@aNiss :):) : Betul2.. :D.. tak perlu jeles2 nih.. ^^,.. yeah.. kna bersama majukan diri!

Cik T-pah said...

Biase dah tu. Macam dah jadi satu hobi pulakk kat dorang..

Arif Azmi said...

Hobi2.. -.-".. bila nak insaf kan?

miss frog said...

gelojoh mereka..huhu

Arif Azmi said...

teramatlah gelojoh.. haizz..

kAmi dAn mEreKa!! said...

x elok gaduh2,
gaduh2 ni kan untuk budak2 je,
hehe =)

Arif Azmi said...

Betul2.. :/.. macam2 ah..

Izyan Masri said...

SUDAHLAH DUNIA REALITI ASYIK GADUH,DUNIA MAYA PON NAK GADUH TAK TAULAH.KITA MASUK HUTAN JE XD

Arif Azmi said...

HAHA.. betul tuh.. dunia gaduh.. ni pulak kat alam maya.. sik3..