Sunday, April 24, 2011

Eleh! Aku pun boleh!

Pernah dengar ayat diatas? Sudah tentu pernah bukan? Kali ini, aku ingin menceritakan tentang satu lagi gelagat manusia yang sangat menjengkelkan. Jenis manusia ini adalah yang jenis mulut cakap banyak tapi kerja tak jalan.

Sebelum tu, aku nak cerita tentang orang jenis ini dahulu. Eh? Tadi aku cakap satu? Tukar kepada dua. :P. Yang pertama! Jenis mana? Sila lihat gambar di bawah.


Mesti kenal sekurang-kurangnya seorang kawan korang yang perangai sebegini bukan? Yang jenis mengarah orang, tetapi dia sendiri tidak berbuat apa. Lebih teruk, kadang-kadang siap memberi komen kepada kerja yang kita lakukan. Bila keputusan teruk, dia akan menyalahkan orang lain. Kononnya dia yang sempurna. Piiiraaahhh.

"Eh, kau buat yangni, kau buat yangtu."

"Kenapa kau buat macamni? Tak menariklah! Buat macamni, baru cun!"

Itu sangat menyakitkan hati bukan? Mulutnya bergerak, namun kerja tidak jalan. Mengharapkan orang lain untuk menyiapkan kerjanya. Ada sekali aku terlihat rakanku dimarahi kerana markah kumpulan yang diperolehi agak rendah, padahal yang memarahi itu tidak melakukan apa-apa yang mampu membantu meningkatkan prestasi mereka. Ingin sahaja telapak tanganku singgah di pipinya. Sabar. Sabar. Kalau aku, aku cuba mengelakkan diri dari berkumpulan dengan mereka. HAHA

Baik, kita teruskan dengan, "Eleh! Aku pun boleh!". Golongan ini aku rasa penuh dengan perasaan hasad dengki dan hanya ingin orang melihatnya seperti dia masih jaguh tidak kira apa jua yang terjadi. Golongan ini wujud selalunya apabila seorang rakan mereka memperolehi kejayaan dalam seseuatu perkara. Mereka akan berkata, "Ala, takat macamtu! Aku pon boleh! Tak heranla!", apabila terserempak dengan seseorang yang berjaya memperolehi sesuatu. Kelakar bukan? Jika mereka mampu melakukan sesuatu, mengapa tidak lakukan sahaja? Buat apa berlagak dengan cakap kosong? Malu sahaja yang anda dapat. Jika boleh, buktikan!

Ini tidak, jalan dihadapan mereka, inilah yang mereka ucapkan.


Menyampah bukan? Statement meminta penyepak! HAHA. Kumpulan ini selalunya terdiri daripada kaki gossip kerana mulut laju seperti kereta lumba F1 apabila berbicara tentang hal-hal orang lain. Seboleh-bolehnya, cuba elakkan diri daripada bergaul terlalu lama dengan mereka. Dikhuatiri perasaan menyampah menjelma. XD

Itu sahaja malam ini. LOL. Kekeringan idea nanti. Bak kata seorang pensyarahku di Kuantan, "What say you?".

14 comments:

riffzam said...

amat setuju dengan entri ni!haha.betul.byk ckp je.tapi isi tak ada.dan mengharapkan org lain je.dan ada satu lagi.ada mereka yg byk mulut juga tapi buat kerja tak pernah dgn hasil sendiri!tiru.tu je lah mereka tahu.tu mmg aku bengang lah. :)

syaiful aidil said...

dah jumpe da orng camni..kenal lagi..haha! ayat epic gila..takleh lebih skit dari dia..mula la..

"takat tu, tak heran aku"

what the fish?! Pastu jaja cerita ckp..."dia dpt lebih pown sbb rapat ngan lec, sbb ahli group die rajin..(*yg ni kadang2 betol ar ) bla bla bla.."

annoying gile arr orng camni..sekian. ^^

Luna Dunchannes said...

boleh juga dikategorikan sebagai orang tak sedar diri

Arif Azmi said...

ariff: yup! Sakit hati kadang2.. -.-".. grrr.. Kerja tak buat.. Ada hati nak kutuk kerja orang lain.. Pfffttt.. Tiru? Aiyooo... Ygtu lagi sakit hati.. Tp kadang-kadang aku buat jugak.. HAHA.. Tapi takdela 100 persen.. 10% pon plg bnyk.. XD

Fizz Zoule said...

whatever losers!! suka gilaaa...
nice entry!!

mmg ramai manusia camtu!kadang nak je penampo, tapi aku tak heran mereka yang macam tu sebab aku balas je balik!baru padan muka!!hahahaha (^__^)

Arif Azmi said...

syaiful: Kan? Lebih sikit je. Mulalah.. Mulut tu kalau boleh. Aku nak letak cili je.. HAHA.. Tak senang dengan kejayaan orang lain. Hadoi..

Betul2.. Buat alasan baik dengan lec la.. Apa la.. HAHA.. :D

Arif Azmi said...

Luna: agakla.. -.-".. geram kan?

Arif Azmi said...

Hafizul: HAHA.. Thanks!! ^^,..

Kalau boleh la kan? ^^,.. Wah! Bagus Anas! Balas2!! HAHAHA.. Biar diorang sedar sikit.. :)

peep said...

aku xde ciri2 diatas..hahah :)

Arif Azmi said...

peep: ye ek? baguslah! ^^,

Izyan Masri said...

KALAU ADA ORANG MCM NI,MEMANG TAK LAMA LAH MERASA ADA MULUT XP

Arif Azmi said...

Yan: HAHA.. kita bako je! ^^,

Cik Cempaka said...

mulut laju..keje cam siput

*makan siput sedut sedap jugak*

Arif Azmi said...

cik cempaka: betul2.. HAHAHA.. tak pernah la try makan siput sedut.. :P