Thursday, April 7, 2011

Gaya Penulisan Blog

Aku sebenarnya sedang buntu. Kamu tahu mengapa? Kerana aku tidak tahu jika gaya penulisan sebegini adalah sesuai untuk menyebarkan idealogi yang kerap bermain di benak fikiranku. Kadang kala aku merasakan dengan mengubahnya sedikit aku mampu menarik perhatian lebih ramai orang. Apa guna menulis sesuatu jika tiada sesiapapun yang ingin membacanya? Sesetengah orang berpendapat blog yang pandai mencuit hati pembacanya adalah yang paling efektif dalam menyebarkan segala luahan isi hati penulis itu.

Sekiranya begitu, haruskah aku mengubah gaya penulisan aku? Adalah ianya lebih disukai sekiranya butir bicaraku disini lebih riang dan kurang formal? Dan jika aku mengubahnya, adakah ianya bermaksud aku boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris? Sesungguhnya tujuan asal blog ini diwujudkan adalah untukku memartabatkan Bahasa Kebangsaan kita. Sebenarnya aku lebih selesa bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kata-kataku ini bukan bertujuan menunjukkan belang, namun ianya apa yang sebenarnya sedang bergelora di hatiku. Aku gagal memperoleh A dalam Bahasa Malaysia. Tetapi Bahasa Inggerisku A+. Di saat itu aku mempersoalkan diriku. Siapakah sebenarnya aku? Melayukah? Jika melayu, mengapa penguasaan Bahasa aku teramatlah lemah sehinggakan gagal memperoleh A?

Sekarang aku berada didalam dilemma. Sudikah anda membantuku dalam hal ini?


No comments: