Wednesday, April 13, 2011

Gila Follower Blog?

Aku berfikir semula tentang taktik yang diajar kepadaku tentang cara mendapatkan follower yang ramai. Aku akui, siapa yang rajin, aku pasti ramai akan menyusuli. Yalah, sudah pergi ke blog sini, blog situ, mempromosikan blog sendiri, mustahil dari sepuluh blog yang kita kunjung dan follow tidak ada satupun yang tidak mengunjung blog kita dan menekan butang "follow'" itu. Aku sudah mencuba cara ini, dan aku lihat mereka yang melakukan perkara sama. Sungguh! Dalam seminggu seratus follower mampu digapai. Tetapi aku lihat dashboard aku di laman utama blogger dan meneliti kesemua blog yang aku telah follow. Mustahil aku dapat membacanya semua. Kemudian aku berfikir, mereka yang menjadi follower blog aku bagaimana pula? Adakah mereka akan menjenguk blog tak seberapa ini?

Masa itu, aku merenung jauh dan mendapat satu petunjuk. Aku bukan gila pembaca, tetapi gila follower. Siapa sahaja yang mahu membaca blog aku sekiranya niat mereka mengikut blog aku hanya untuk membalas follow aku di blog mereka? Kau bayangkan 100 followers, tetapi yang membaca akhirnya? Beberapa kerat sahaja. Mungkin aku perlu memikirkan cara baru menulis. Mungkin aku perlu ubah taktik, "You follow me, I follow you". Kerana tiada guna followers beribu, tetapi pembaca setia hanya seorang dua.

Aku harus meneliti, apakah tujuan kita menulis di alam blog ini sebenarnya? Untuk suara kita didengari? Mendapatkan pendapatan sampingan? Mendapat kenalan baru? Atau hanya ingin mengumpul followers? Mungkin jawapan kita berbeza. Namun aku yakin dengan jawapanku. Aku ingin suaraku didengari. Ideaku didebatkan. Aku ingin orang membaca blog aku dan menyatakan, "Ini sesuatu yang harus kita fikirkan secara kritis". Seperti Izyan Masri pernah katakan dalam blognya dahulu, terdapat pelbagai jenis bloggers. Yang benar-benar menghayati mesej yang disampaikan oleh sesebuah blog, yang datang sekadar follow dan memberi link blog mereka dengan harapan kita membalas kunjungan itu, dan terakhir yang hanya meninggalkan link dan pergi begitu sahaja. Aku cuba membaca kesemua blog yang aku follow. Kau pula yang mana?

P/S: Jangan hiraukan ninja turtle ini. ^^,


16 comments:

ariff said...

terbaik!aku sokong!bagi aku,blog tempat untuk aku luahkan perasaan.lepaskan stress!hehe.

dan tambah sikit lagi buat duit pun boleh juga!sebab ada iklan.tu pun aku tak mengharap.sebab fokus aku.nak tulis.nak lepaskan semua yang aku fikir.tu je. :)

Izyan Masri said...

BETUL BETUL.KALAU FOLLOWER BWRIBU,TAPI SEMUA DATANG BAGI LINK DAN FOLLOW TAPI TAK BACA,BLOG KITA MACAM SYOK SENDIRI JE NNTI.SEDIH T_T

EYH,ADA NAMA YAN LAH.KIHKIH.THANKS YE :D

Arif Azmi said...

ariff: :).. betul tuh! Duit aku tak tau la nak kata apa. Glitterati Nuffnang tuh brapa kali dah kena tarik balik and dapat balik.. HAHA.. Duit banyak tu jugak..

Arif Azmi said...

Izyan Masri: ^^,.. Hehe.. Tula.. rasa tak puas kalau blog.. tp xde org baca.. lg terasa kalau followers ramai.. T_T..

No prob.. :D

kAmi dAn mEreKa!! said...

kite cuba untuk bace semua blog yg kite follow,
tp kalau internet buat hal, memang tak la kan, =)

Arif Azmi said...

kami dan mereka: ^^,.. Internet buat hal.. Sorry jela kan? HAHA

Aqila Safuan said...

emm,
bagi saya pulak(WAH!)
blog ni mcm tempat nak luah perasaan lah, dan bagi informasi walaupun informasi tu taklah berinformasi punn!

tapi ofcourse lah, dah tulis, mestilah nk org baca kan,and respons, jadinyaaaaaa.mungkin kita kena pandai tarik pembaca dgn entri2 yg menarik lah, slalu bw, tpi jgn amlkan konsep ' u follow, i follow'

btw. berbloglah untuk kepuasan diri.

Arif Azmi said...

Aqila: Wah.. ^^,.. HAHA.. Betul.. Nak orang baca.. :P.. Nice.. Owh.. I'll try that.. ^^,..

Thanks for the advice.. :D

pqa_amad said...

haii..baru first time singgah sini..=)
betul gak pe yg awak tulis tu.tapi kan bagi pqa ade orang follow kita tu kan.amboi perasaannya ~ ngeh4..happy ~

Arif Azmi said...

^^,.. Thanks..

aNiss :):) said...

sokong! follower banyak tak penting.. tapi pembaca setia sangat penting! ngee =)

Fizz Zoule said...

ariff, papepun..aku suka laa semua post post kau!!kau mmg suka bebel!!hehehe..blog kau antara blog yang aku suka terjah!!teruskan ariff!!(^__^)

Arif Azmi said...

aNiss :):) : ^^,.. Betul2!!

Arif Azmi said...

Fizz: Hehe.. ^^,.. Thanks.. XD.. Oyeah!!

cik rama-rama said...

ariff>>tp kan kdg2 kandungan blog juga mempengaruhi readers nk bce ke tak..tnggu lar tyme popular nt..buat entri "x dek tjuk pun" ribu riban follower nk komen...hohoho

Arif Azmi said...

Cik rama-rama: Haah kan? :).. HAHA.. baru je prasan.. :D.. Thanks for the point of view.. ^^,