Monday, April 4, 2011

Ikutilah aku. Aku pasti ikut kau kembali.

"Jangan berjalan di hadapanku, aku mungkin tidak akan mengikuti.. Jangan berjalan dibelakangku, aku mungkin tidak memimpin.. Berjalanlah disampingku dan menjadi temanku." - Albert Camus

Ayat ini aku simpan dalam mindaku selalu. Bukan mengagung-agungkan budaya barat. Bukan. Tetapi jika ya pun, apa salahnya? Jika yang aku agung-agungkan itu yang baik-baik. Kerana kita seharusnya belajar perkara yang menguntungkan kita.

Apakah tujuan post ini? Hah. Mudah. Aku ingin menyeru kepadaku dan kepada sesiapapun yang membaca post ini. Adat berteman. Adat berkawan. Adat mendapat rakan. Kita perlu ada persefahaman. Tidak guna jika kau seronok sendiri tetapi rakan anda merana. Tidak adil itu. Langsung tidak. Aku percaya lambat laun dia akan sedar dan meninggalkan kau keseorangan diri jika kau layan dia sedemikian rupa.

Aku juga tidak sempurna. Masih membaiki diri. Tetapi, aku pon tahu, rakan menjadi rakan atas pilihan sendiri. Itu haknya. Jika dia tidak mahu meneruskan persahabatan itu, dia mampu lakukannya. Jadi jangan memaksa. Seperti dalam alam blog. Jika kau sudi ikut (follow), semestinya kau lakukan saja. Jika tidak, kau lakukan sebaliknya. Lumrah hidup semua itu. Mengikut tiada paksaan.

Tetapi secara logiknya, jika kau ikut blog aku, sudah tentu aku follow blog kau. InsyaAllah. :). Selagi mampu.


Entah. Aku pon tidak tahu mengapa gambar ini aku letak.

6 comments:

aNiss :):) said...

selamat berkawan :) hohoho~

Arif Azmi said...

selamat berkawan! :D

cik rama-rama said...

kawan..kawan..kawan..tp ade yg snggup merana sbb x nk hilang kwn un..

cik rama-rama dh follow seperti yg dh dijnji'n kt tpi blog tu..:)

Arif Azmi said...

Oh yeah.. Terima kasih ye Cik rama-rama atas pendapat yang bernas itu.. :).. HEHE.. Thanks..

kAmi dAn mEreKa!! said...

tapi kalau dapat kawan makan kawan, mmg pedih la, =)

Opah Kentang said...

kawan
biase la macam2 perangai.
kne redha je la.


salam perkenalan :)