Wednesday, April 6, 2011

Keberanian

Apakah itu keberanian? Pasti kau sedang memikirkan tentang seorang hero tampan yang berjuang demi menuntut keadilan bukan? Ah. Keberanian boleh ditafsir begitu. Silakan. Banyak lagi cara untuk memanipulasi perkataan bagi memberi definasi kepada perkataan itu. Namun aku percaya kalian dapat memahami apakah itu keberanian sebenarnya.

Tetapi kadang kala, kita tercampur aduk keberanian dengan kebodohan. Maaf jika kata-kataku ini agak kesat. Tetapi apa aku katakan ini bukanlah cerita dongeng. Ianya realiti yang aku pasti pernah terlintas di dalam kepala setiap insan bernama manusia.

Mereka kata berani kerana benar. Aku setuju. Tetapi apakah ianya wajib kita suarakan pendapat itu? Kadang-kadang dengan berdiam diri kita mampu membuktikan kebenaran. Tidak masuk akal? Izinkan aku memberikan situasi yang menggambarkan apa yang aku sedang maksudkan.

Rakan anda berkata kuliah telah dibatalkan. Tetapi pensyarah baru sahaja memberitahu anda bahawa kuliah itu akan berjalan seperti biasa. Anda memberitahu rakan anda dan dia tidak mahu mendengar. Keberanian berlaku apabila kita tegas dengan pendirian kita. Kebodohan muncul jika kita masih ingin berselisihan faham dan terus berbalah tentang hal itu. Benda remeh pun mahu dijadikan bahan mentah untuk dibakar dalam pertelingkahan. Bila dia tidak mahu percaya, kita berdiam dan terus tegas dengan pendirian kita. Apabila dia sedar bahawa kuliah itu ada, sudah tentu dia akan terduduk diam tanda malu. Pada ketika ini mesti anda bertanya, apakah ini menunjukkan keberanian? Aku tidak berkata ini menunjukkan keberanian.

Keberanian adalah disini. Contoh yang dapat aku lihat. Tentang hal-hal politik. Berani? Ya. Mereka yang suka berbicara tentang hal-hal ini. Aku hormat. Bukan kerana apa. Tetapi mereka berjuang demi hak mereka.  Aku? Bukan aku pengecut. Aku cuma tahu serba sedikit tentang undang-undang dan aku tidak mahu ditahan oleh mana-mana pihak. HAHA. Aku rasa ini kali pertama aku ketawa dalam blog ini.

Jadi? Mana kebodohan? Bila politik itu diagung-agungkan. Benar. Jika kita menyokong satu parti umpamanya, Aku rasa perlulah kita tahu had-hadnya. Mengapa mahu mengambil risiko ditahan? Pelajar di Universiti tidak dibenarkan mengikuti perjumpaan politik. Aku tak kata yang pergi itu bodoh. Aku kata yang sengaja mahu dirinya dilihat itu bodoh. Sudah tahu salah, janganlah menyerlah. Pasti ada yang tidak bersetuju denganku. Maaf jika kata-kataku menyinggung perasaan anda. Tetapi ini hanyalah bebelan saja.

2 comments:

aNiss :):) said...

yeayh! berani kerana benar.. dan jangan sesekali mengalah untuk berjuang (^_^)

Arif Azmi said...

Betul3!! *gaya upin and ipin
^^,