Sunday, April 3, 2011

Keputusan 11 April

Hah. Ini yang aku dengar.

Ceritanya datang dari seorang utusan dari Shah Alam. Pelajar sepertiku, tetapi lebih bernasib baik. Sekarang aku mengira masa sahaja untuk mendapatkan keputusan aku. Keputusan yang menunjukkan semua usaha aku sepanjang semester yang telah berlalu. Saat-saat beginilah masa tampaknya seperti mengingsut. Lembab seperti sang kura-kura. Tak mengapa. Berita baik datang kepada mereka yang menunggu dengan penuh kesabaran.

Tetapi aku tidak mampu untuk memikirkan selain dari itu. Mungkin itulah yang melambatkan masa. Jam bergerak tetapi seolah-olah tidak. Apa? Ayat itu tidak masuk akal? Biarlah. Bukan semua didunia ini masuk akal. Bukannya manusia mampu memahami segala isi kandungan langit dan bumi. Ah. Aku membebel lagi. Tetapi nama blog ini bebelan saja. Jadi. Lantaklah.

Kepada rakan-rakan seperjuangan, aku ingin menyatakan semoga berjaya.



2 comments:

Rye Skema said...

memang kompem 11 April?!! *faint*

Arif Azmi said...

Its the final countdown! :D..