Saturday, April 9, 2011

Lelaki di dalam cermin

Pagi tadi aku ke kedai makan. Sambil mengambil gambar adik aku yang masih lagi bayi menggunakan DSLR adikku yang lagi satu. Aku terperasan bahawa pesanan minuman aku tidak lagi sampai meskipun pelanggannya yang lewat dari aku sudahpun dapat menghirup kopinya yang masih lagi kelihatan panas. Pada ketika itu aku berasa sangat sakit hati kerana mereka gagal mengurus pesanan mereka dengan cara yang lebih efisyen. Ketika itu, mulalah aku berfikir tentang masalah servis di negara kita yang sangat tidak memuaskan. Aku pasti jika di negara jiran semestinya perkara ini tidak berlaku. Namun ini semua hanyalah berada di dalam fikiranku. Tidak aku melakukan apa-apapun.

Kemudian aku terfikir, jika aku ingin menyatakan bahawa ini salah pelayan itu, mana mungkin, pesananku bukan kepadanya. Jika aku ingin salahkan pembancuh air itu, mungkin pesanan itu sampai lambat. Jadi kesemuanya berputar kepada pengambil pesanan. Tetapi, jika begitu, sepatutnya ini salah pengusaha kerana tidak mencari pekerja yang lebih produktif. Aku kemudian menyalahkan pelbagai pihak sehinggakan aku teringat kepada lagu Michael Jackson, Man In The Mirror.

Jika kita ingin mengubah dunia, seharusnya kita ubah diri sendiri dahulu. Tiada sesiapapun yang sempurna. Pasti berlaku khilaf di sini dan sana. Jadi siapakah aku memarahi mereka? Ya. Mungkin salah mereka kerana pesanan itu datang lambat. Tetapi ini kali pertama perkara ini berlaku. Sebelum ini, tiada masalah. Aku terfikir pula, kali ini aku datang pada hujung minggu. Kebiasaannya pada hari minggu sahaja aku singgah di situ. Selepas aku terfikirkan itu, aku terperasan bahawa pelanggannya juga ramai pada hari itu. Sesampainya monolog dalaman aku kesitu.

"Minta maaf lewat", kata seorang pelayan sambil meletakkan minumanku ke atas meja.

Jangan pula lihat ke cermin dan melihat ini. :P

2 comments:

Izyan Masri said...

KALAU KAT KEDAI MEMANG SELALU MACAM TU,TAK BETUL SANGAT TURUTAN ORDER DIA XD

Arif Azmi said...

HAHA.. tula.. geram pun ada.. tp nk wat cmne.. mnde dah jadi.. :P