Sunday, April 3, 2011

Macam-macam karenah blogger

Sepanjang beberapa hari ini, aku mula aktif membaca blog orang lain dengan harapan dapat menambah rakan di alam blog ini.

Sepanjang aku membaca blog mereka ini, pelbagai karenah yang dapat aku lihat. Ada yang suka memberi pendapat. Ada yang suka mengumpul pembaca. Ada yang suka berkongsi ilmu. Ada yang suka mengikuti pertandingan blog. Dan pelbagai lagi.

Tetapi ada satu golongan yang aku kurang berminat melihat. Golongan ini adalah golongan yang meminta kita ikut (follow) blog mereka namun mereka tidak mengikut blog kita. Kau kata aku merungut saja? Kau kata benda ini remeh? Hah. Mungkin pada kau. Tetapi pada aku, perkara ini cukup menjengkelkan. Jika aku ikut blog seseorang itu, ianya selepas aku membaca blog itu. Aku takkan mengikut blog orang jika aku tidak baca isi kandungannya dahulu. Mengapa harus aku mengikut blog jika aku tidak membacanya? Bagiku maksud ikut adalah untuk mengikuti perkembangan blog itu. Jika sekadar untuk menambah pengikut yang tidak membaca blog kita. Untuk apa?

Aku ingin menulis untuk dibaca orang lain. Diberi kritikan. Diajar menulis. Agar mendapat keuntungan kelak. Namun begitu, aku juga mengikut blog orang lain sekiranya mereka mengikut blog aku. Adakah ini bermaksud aku mengikut saja orang lain? Tidak! Aku mengikut orang yang mengikut blog aku kerana aku ingin mengetahui perkembangan mereka. Betul. Mana mungkin aku dapat mengetahui siapa yang betul-betul mengikut blog aku kerana isi kandungannya. Perkara itu tidak mampu aku persoalkan. Tetapi kerana dia mengikut blog aku. Aku anggap, ya. Dia mengikut blog aku kerana dia telah bersusah payah menekan 'follow'.


13 comments:

.:|kamaryeah|:. said...

kadang kita terpaksa akur yg sesetengahnya mcm tue~
tp insyaALLAH dlm ramai2 mesti ade yg lain dr yg lain~

Arif Azmi said...

Haah.. :).. Tp xpe.. Allah jadikan sesuatu itu pasti dengan hikmahnya tersendiri.. So.. Kita kena cool la kan? :D

: husna : said...

hmm macam2 gelagatkan manusia ni. =.="


husna lebih suka follower yg setia ;) baru rase penat berblogging tu berbaloi..ye dok ^^

Arif Azmi said...

Hehe.. Betul.. Macam2.. :).. Bila dapat pembaca setia.. Hati pun seronok tulis dalam blog.. ^^,

Izyan Masri said...

OKONG SANGAT BAHAGIAN BACA BELOG BARU FOLLOW TU ! XD

Arif Azmi said...

Hehe.. :D.. Kan3?

Cik T-pah said...

betul! betul! betul! sokong 200% heee :D

Arif Azmi said...

Cik T-Pah: ^^,..

Izyan Masri said...

RAJIN2 LAH BACA BELOG ORANG LAIN LAGI OKAY :D

Arif Azmi said...

Hehehe.. Semestinya.. :D

~syue~ said...

dan, bila dah ada pembaca setia, beramah mesra lah sesama blogger ok..hehe :)

Opah Kentang said...

thanks sebab follow.
Opah pun macam tu jugak.
Dulu mase muler2 berblogging.
ade jugak yang gune term macam tu.
i follow u u follow me back.
Opah tak tau.so dye follow Opah.Opah follow la dye balik.
Then,bila dah salu update entry.
Opah suke g terjah kat shoutbox dan sekrang nie Opah lebih suka terjah comment box!
:)

Arif Azmi said...

No problem.. ^^,.. Suka blog yang rajin update cite dgn gaya penulisan yang menarik..