Wednesday, April 13, 2011

Mari bergosip!



Pantas betul membuka blog ini. Anda mesti kaki gosip. HAHA. Melawak saja. Nanti menangis tak tentu pasal susah juga.

Ya. Gossip. Mana mungkin hidup kita sempurna tanpa adanya perkara ini.

"Kau tahu, si Z tu sukakan si S!".
"Tapi bukan dia berpacaran dengan F?".
"Sedangkan pantai berubah, ini pula manusia".
"Tadi aku lihat dia semacam sahaja dengan S".

Bijak betul bibir menyusun kata-kata. Aku rasa dialog sebegitu takkan ada penghujungnya. Unsur tokok tambah, fitnah, semua ada. Jika dialog ini berlaku diantara dua orang sahaja tidak menjadi masalah. Dosanya tidaklah sebesar mana. Tetapi aku rasa tidak dinamakan gossip sekiranya tidak merebak ke seluruh pelusuk alam. Bayangkan dosa yang ditanggung oleh orang yang memulakan gosip yang tidak berasas itu.

Namun begitu, aku rasa gossip sebenarnya ada baiknya, sekiranya perkara yang dikatakan itu sememangnya benar dan ianya salah dari segi agama. Secara tidak langsung gosip itu menjadi teguran. Tetapi, masalahnya apabila ada unsur tokok tambah.

Bayangkan, permulaan gossip sebegini,

"A sukakan B, aku lihat dia merenung ke arahnya tadi", kata Ali kepada Abu
"A ada hati kepada B, matanya tidak terpisah dari melihat B", kata Abu kepada Bakar
Selang beberapa orang.
"A dan B berpacaran sekarang", kata Jamil kepada Hassan.

Apa? Mustahil? HAHA. Mungkin, aku suka merapu sekali sekala, tetapi mesejnya ada. Benar bukan? Aku bukannya sempurna, namun aku cuba untuk mengelakkan diri dari bergossip. Ada orang kata, jika anda tidak bergosip, andalah bahan gosip. HAHA. Kelakar. Aku bahan gosip? Gosip apa agaknya.

Tapi benar juga apa orang kata, "Tak kira kau lakukan baik atau buruk, orang tetap akan bercakap tentang kita". Jadi fikirlah sendiri. Mulut manusia mana mungkin dapat disenyapkan. Ada sahaja yang tidak betul. Ingat, semua perbuatan kita sedang dilihat dan dinilai oleh orang disekeliling. Silap hari, kitalah bahan gosip mereka.

"What you give, you get back", jadi sebelum mulut itu mula bertutur tentang hal-hal yang tidak mempunyai bukti akan kesahihannya, lebih baik senyap.


10 comments:

ariff said...

gosip.dari seorang kpd seorang.dan mungkin juga daripada betul kpd yg lebih betul atau sebaliknya.betul tak?

Arif Azmi said...

Perjalanan gosip sangatlah jauh.. XD.. yup3!!

Izyan Masri said...

GOSIP SIAPFAKTA JADI FITNAH.HAILAAHH TAKUT.T_T

Arif Azmi said...

Jom gosip! ^^,.. HAHA

cik rama-rama said...

<<lebih suke mengaguk kalo dgr kwn2 bergosip....lbh bek dengar melodi...miahaha..

Arif Azmi said...

angguk2.. geleng2.. ^^,.. HAHA

Fizz Zoule said...

tidak dinafikan, saya memang kaki gossip! dan memang satu cerita itu akan berubah dari mulut ke mulut, ada aja y ditokok tambah mengikut selera si penyampai..SAYA TIDAK BEGITU..hahaha..

Arif Azmi said...

HAHA.. Anas2.. :P.. Betul3.. Sikit2 lama2 jd bukit.. XD..

ariff said...

anas : samalah.kita kan satu geng gosip!haha.btl tak? dah lama tak bergosip dgn kau anas!

arif : lps ni blh join nak join kita org gosip tak?haha. :)

Arif Azmi said...

ariff: HAHA.. nak3! ^^,..