Friday, April 8, 2011

Politik? Maaf Aku Masih Lagi Belajar

Buka peti televisyen, terpampang berita sensasi seluruh Malaysia. Apa lagi jika bukan politik. Aku ingin tonton berita, tetapi mengapa mereka hanya menyuapkan politik? Aku terus padamkan.

Aku pergi ke surat khabar. Terpampang lagi cerita tentang politik negara. Ah, sudah. Malas aku membacanya.

Aku bukan tidak suka akan politik. Tetapi kadang kala media masa ini suka memutar belit cerita. Aku ikut perkembangan. Namun sekadar mengetahui secara atas dasar sahaja. Aku tidak mahu mendalami politik sehinggakan aku menjadi fanatik. Itu, aku tunggu ketika aku boleh mengundi. Sekarang tugas aku sebagai pelajar hanyalah untuk menuntut ilmu. Aku tidak mahu terpesong dari tujuan asalku.

Aku tahu, sesetengah dari anda akan memangilku pengecut. Aku ini tidak menegakkan keadilan. Tidak mahu berjuang demi negara. Tidak! Jangan salah faham. Jika melibatkan diri dalam politik secara aktif itu benar-benar diiktiraf sebagai sesuatu yang digalakkan, aku pun mahu. Aku pelajar undang-undang. (Walaupun hanyalah asasi) Aku rasa politik itu sesuatu yang seharusnya diketahui perkembangannya. Tetapi dari apa yang aku lihat, aku masih lagi muda untuk membezakan parti mana yang betul dan salah.

Mungkin satu hari nanti akanku lebih aktif dalam membicarakan tentang hal-hal politik. Sekarang, aku ingin mengetahui akan agenda politik, tetapi aku tidak mahu mengambil bahagian dalam menamakan pihak mana yang betul atau salah.

Aku tahu, sesetengah dari anda sudah tak sabar menjadi penyelamat kepada kegoyahan politik negara. Ingin menjadi sumber ilmu politik. Ingin berkecimpung dalam bahagian ini dan itu. Aku tak menghalang. Pergilah! Cuma aku ingin katakan, aku tetap pendirian. Kau inginku masuk perbalahan bertopikkan politik? Aku akan menjawab. "Politik? Maaf, aku masih lagi belajar".


2 comments:

Izyan Masri said...

SAMA ! KITA PON TAK MINAT POLITIK2 TENGAH BELAJAR NI.DAH HABIS BELAJAR NNTI PON TAK TENTU LAGI XD

Arif Azmi said...

:D.. Hehe.. Kan? Belajar kenalah betul2.. jangan terpesong dari tujuan asal sudah.. :).. nnty abes belajar boleh la berdikari.. tahulah nnty apa yang nak dilakukan.. :D