Tuesday, April 26, 2011

Puak Universiti!

HAH. Puak apa? Biar aku menceritakan sedikit tentang hal ini. Aku rasa semua orang tahu bukan? Semasa di sekolah menengah semestinya ada puak-puak yang wujud. Geng-geng cun, geng-geng poyo, geng-geng pandai, geng-geng sukan, dan pelbagai lagilah. Itu bukan sesuatu yang baru. Pernah tonton siri "Glee"? Hah. Lebih kurang begitulah. Tetapi, semasa aku masuk asasi, aku fikirkan selepas ini, tiada lagi puak-puak. Kesemua orang akan bersatu padu. Mentaliti aku ketika itu berpegang teguh kepada di Universiti, tiada masa untuk berpuak.

Aku rasakan aku tersilap. Kerana masih lagi wujud puak-puak ini. Pada awalnya aku tidak sedar. Kerana aku bukan jenis yang suka sangat bersosial. Mungkin dengan mereka yang dekat denganku, tetapi sampai situ sahaja. Itu di semester 1. Semester 2, aku mula mengenali mereka di sekelilingku. Baru aku tahu siapa mereka sebenarnya. Geng ini, geng itu. Rupanya wujud puak-puak lagi. Jika aku silap, mohon maaf, tetapi ini berdasarkan pemerhatian aku.

Geng "Cun"


Geng ini terdiri daripada gadis-gadis yang 'jelita' sahaja. Mereka ini ada yang jenis senyap dan tidak membuat kacau. Itu aku tidak kisah. Yang aku kisah apabila mereka mula menggedik semacam. Bising sini, bising sana. Hu ha, hu ha! Sedarlah sedikit dah masuk selangkah ke Universiti, cuba jadi seperti pelajar Universiti sedikit. Tentang pilihan mereka dalam memilih kawan, aku tidak beberapa hairan, selagi tidak menganggu orang lain, selagi itulah aku anggap dia di dunia sendiri. Ini berdasarkan apa aku dengar dari orang lain. Satu geng "Cun" ini hanya melayan sesetengah orang sahaja. Yang lain mereka abaikan seperti mereka tidak wujud. Aneh sungguh. Di sini pun mahu berkira rakan? Biarlah mereka. Yang rugi bukan aku. Cuma aku ingin menegur sahaja, aku bukannya sempurna pun, tetapi jika untuk menegur orang kita perlu sempurna, sampai akhiratlah tiada yang layak menegur. Hidup ini, kita perlu rakan, jadi mengapa harus memilih sehingga tahap itu?

Geng "Poyo"



Post aku sebelum ini, aku pernah menceritakan tentang inividu jenis macam berlagak hebat, seperti terbaik konon. Di sini aku ingin menyatakan, satu geng tidak seharusnya selalu bersama, cukuplah dengan ciri-ciri yang sama diantara mereka. Geng ini, adalah jenis yang mulut seperti mereka hebat, walhal apa bukti kehebatan mereka pun Allahualam. Sebelum berbuat sesuatu, mulut pandai berbicara ini, itu. Apabila masa beraksi, tiada apapun yang dapat dilihat. Alasan pula diberi. Ada juga di kalangan ini yang "Gila Pangkat". Jika "Gila Pangkat" tetapi kerja berjalan aku tidak kisah. Tetapi masalahnya timbul apabila mereka gagal melaksanakan tugas yang diberikan kepada mereka! Amanah seperti perkara remeh. Ada diantara mereka ini hanya pandai bergosip, berbicara tentang perkara yang bukan-bukan. Semuanya agar kelihatan dirinya seperti yang "hebat" dalam hal-hal sosial terkini. Merekalah yang mempunyai aura yang tersendiri. Apabila kelihatan sahaja mereka, kita berasa lain, seperti ada yang tidak kena.

Aku rasa setakat dua sahaja yang aku ingin ketengahkan hari ini. Ada lagi, tetapi nanti panjang cerita pula. Mungkin anda dapat memikirkan jenis-jenis puak lain yang anda kenal? Sila beri pendapat (jika ada), di ruangan komen.

"Setiap yang baik itu datangnya dari Allah, manakala yang buruk datang dari hamba-Nya sendiri."

18 comments:

nfdeeda_zubir said...

okay,memang betul pon . (-_-")
terasa diri,memang sangat tak cuuunn .

Arif Azmi said...

nfdeeda: eyh? smua orang ada kelebihan masing-masing.. cantik sekalipun semuanya ujian dari Allah S.W.T. ^^,

Izyan Masri said...

MEMANG SOKONG.KALAU KAT CAMPUS SHAH ALAM NI,ADA GENG KL,GENG FREEHAIR,MACAM2 GENG LAH SENANG CERITA T_T

Arif Azmi said...

Yan: Erk.. -.-".. Ingatkan di Kuantan aje.. Haiyaaa... Kiranya dimana-mana pun adalah? :/

orked ecstasy said...

memang kat mana2 pun wujud puak2 ni. sampai alam pekerjaan nanti lagi hebat2 group2 cmni.

Arif Azmi said...

orked: haiyo.. susah mau hidup macamni.. T.T

Strawberry Shortcake said...

arif..sy stuju dgn post ni..:)

Cik Cempaka said...

kite kat UITM dulu pun ada geng...tapi tak la terlalu bersifat kegengan sampai tak peduli orang lain...biasa2 jer

Arif Azmi said...

hilda: kan3? ^^,.. Thanks..

Arif Azmi said...

cik cempaka: tak drastik sgt la? bgus la kalau mcmtu.. xla serious cam sini.. -.-"

izwanie azieda said...

memang pun. dah susah nak cari yang betul2 namanya kawan. kan kan kan.

Arif Azmi said...

izwanie: HAHA.. yup2.. ^^,.. Susah betol.. tp xpe.. Allah dah rancang segalanya untuk kita.. :)

Khairul Hakimin B. Muhammad said...

saya suka karton tersebut, menarik & sungguh berwawasan. hihi

Arif Azmi said...

khairul: Thanks.. ^^,

Reen Rostarizam said...

geng geng nie memang sinonim dgn mana mana tempat pun..mungkin dgn adanya geng geng segala bagai tu diorang nampak lebih hebat lah gitu...hakikatnya... :) ad setengah geng yg cmpur cmpur tuu okelah..tapi kalau smpai memilih + mcm2x kerenah org pun xlalu nak layan..

Arif Azmi said...

reen: hmm.. bila nak jd 1malaysia kalau cmni perangai kita.. :/.. yg campur mmg sempoi.. yg tak.. well.. susahla..

syamsid dhuha said...

alamak termasuk kawasan uitm pulak , hahak , waahh ade gang laa , btoi2 aku setuju , kakak aku pon ade cite :) , bukan uitm , sume university pon same =_=

Arif Azmi said...

syamsid: HAHA.. kawasan UiTM.. XD.. eh?
adoi.. susahla dunia.. -.-"