Friday, April 22, 2011

Saya Bodoh! Saya Hodoh!

Hah.. Entri kali ini mendapat perhatian anda bukan? Semestinya aku tidak merujuk kepada diriku.

Aku merujuk kepada golongan di luar sana yang suka sangat berkata sedemikian tetapi hakikatnya, mereka tidak bodoh atau hodoh langsung.

Perlukan contoh? Nah!


Ini salah satu. Aku cukup geram bila berdepan dengan golongan ini. Memang. Aku pasti mereka cuba merendah diri. Tetapi tak perlulah mengelarkan diri bodoh atau tak pandai. Andai kata anda diberi pujian. Ucaplah terima kasih. Bukan, "Janganlah macamtu, aku ni tak pandai la", atau, "Kau perli aku eh? Tau la aku tak pandai". Paling tidak, katalah, "Rezeki aku, Alhamdulillah, tapi jangan la puji sangat ye, ini ujian dariNYA". Eh, paling tidak pulak, seboleh-bolehnya. :P. Bukan sebab apa, kau bayangkan bila kau cakap macam tu, mesti orang lain yang results teruk dari kau rasa terhina. Jadi cuba elakkan merendah diri sampai menghina diri sendiri, sebab nanti orang lain rasa terhina secara tak sengaja.

Lagi? Nah!


HAHA. Harap-harap Megan Fox tak marah la. :P. Tak pasal-pasal aku kena saman nanti. Okay, golongan ni aku tak berapa minta jugak. Bukan apa, cakap tak cantik, gambar kat Facebook beralbum-album, semua ada lelaki puji, pastu cakap, "Ala, jangan puji, kiteww tak cantik lewrrr". Hello? Fine. Nak cakap macamtu? Kat Facebook okay lagi. Tapi bila in real life. Mulalah. Kadang-kadang aku tengok mesti ada yang terasa sebab orang tu ramai peminat tapi still gelarkan diri tak cantik. Masa ni ada la orang nak bantah. "Kau biar la dia nak cakap apapun!", atau, "Hak dia la nak gelarkan diri dia apa!". Baik. Aku terima. Tapi, just kau bayangkan. Kalau dia selalu cakap diri dia tak cantik, tak ke jadi doa? Syukurlah Allah dah bagi kita rupa macamtu. Ni bukan takat tak bersyukur, menghina kurniaannya ada la. Lagipun, aku rasa yang kurang menonjol kat luar sana pun tak bising kalau tak cun pun. Kau tu saja nak dapatkan perhatian kan? *Sorry, terkasar

Ni baru dua jenis. Banyak lagi! Maybe aku akan cerita lagi pada post yang akan datang. InsyaAllah. Korang yang baca ada apa-apa comment? Silalah share. Segala salah silap saya mohon maaf.

20 comments:

Fizz Zoule said...

saya sangat setuju dan sangat gemarkan post ini!! ariff, kartun tu comel gilaa..walaupun simple!!nice!!(^_^)

Arif Azmi said...

Thanks!! ^^,.. Hehe.. Guna paint boleh buat camtu jela kan? HAHA.. Thanks again.. :)

Nieda said...

Tq singgah blog akak .Jemput dtg lagi .

Arif Azmi said...

Okay.. ^^,

Reen Rostarizam said...

haha..part yg bodoh huduh tu mmg setuju sgt...selalunya kalau diorang cakap mcm tu..mcm xmenghargai je ap yg dh diberi oleh Allah s.w.t..sudah bijak pandai cerdik cantik masih lagi mengeluh...

Arif Azmi said...

HAHA.. tula.. Haizz.. Manusia ni mmg kadang2 tak bersyukur tul la..

mista saypool said...

hahaha..terkena batang hidung sendiri...
neway...like this post!!!

Arif Azmi said...

mista saypool: HAHA.. ^^,.. Thanks!!

Sis Aieda said...

Aieda budak pandai..
ehehe *puji diri sendiri jep kejenye*
ape yg kite ckap adalah 1 doa..
so,slalo la ckap perkara yg positive (^__^)

Arif Azmi said...

Sis Aieda: HAHA.. ^^,.. Bagus2.. Kalau kita tak puji diri sendiri.. Siapa lagi kan? XD

.:|kamaryeah|:. said...

ada betulnya di situ~
kadang2 terlalu nk merendah diri end up secara xlangsung wujud riak di hati kan~
hurm...
semoga diri nie dijauhi dr sikap sedemikian~

Sis Aieda said...

yup..btol :)
tu la..
sape suruh tak nak puji aida,,
an aida da perasan sendiwi..
uhuhu..
"i'M STUPID BUT GET A+"
2 bkan stupid tapi awesome :D
btw,best entry neyp..
gud luck dlam dunia blog..
ahaha :)

Arif Azmi said...

Sis Aieda: HAHA.. Best puji diri sendiri kan? Wakaka.. XD.. Thanks! ^^,..

Arif Azmi said...

Kamaryeah: Hehehe.. tula.. kita terpesong niat.. Ish2.. InsyaAllah.. Moga2 kita jauh dari mnde2 tu.. ^^,

Sis Aieda said...

ehhh..
mane de ta best an ;)
gilak sape ckap x best XD..
uhuhu..
ur wc :)

Izyan Masri said...

BETUL2.CERTAIN ORANG NAK MERENDAH DIRI TAPI SAMPAI MENGUTUK DIRI PULAK T_T

Arif Azmi said...

sis aieda: HAHA.. ^^,

Arif Azmi said...

Yan: :).. tula.. haiz.. susah ngan golongan ni..

ahmad said...

banyak gambar kartun kt laptop ni kalau siar nak kena tag ke

Arif Azmi said...

Kalau Bukan anda punya.. Kena tag la.. :)