Thursday, April 7, 2011

Sehari di Kuantan

Hari itu aku keluar rumah dengan satu niat. Untuk mengambil sesuatu yang aku tertinggal di Kuantan. Aku sedar perjalanan ini akan menjadi sesuatu yang meletihkan, namun aku harus pergi ambil hartaku itu.

Tepat jam 10 pagi, bas bertolak dari Jalan Pekeliling. Sepanjang aku berada didalam bas itu, otak aku sentiasa memikirkan tentang hartaku itu. Tak lama lagi aku akan memperolehnya kembali. Sudah berbulan aku tidak melihatnya. Agak-agaknya adakah ianya akan sama? Adakah aku tidak kekok bersamanya nanti? Kerana aku sudah biasa hidup tanpa kehadirannya. Dalam kesibukan aku memikirkan tentang itu, aku terlelap.

Sesampainya aku di Kuantan, aku terus menghantar sebuah SMS. Tak lama kemudian, aku mendapat balasan. "Berjumpa di East Coast Mall". Sudah lama aku tak ke situ. Tak mengapa. Mustahil aku lupa jalan ke sana dari terminal bas. Selepas mendapat mesej itu, aku pergi mengambil barangku dahulu.

Aku ke East Coast Mall lebih awal dari yang dijanjikan. Itu sudah menjadi kebiasaan bagiku. Datang awal. Kerana aku tahu perasaan orang bila menunggu. Sakit hati bukan? Bila menunggu seseorang yang datang lewat? Ah sudah. Kembali kepada cerita.

*Mesej Diterima

"Kita berjumpa di Pizza Hut"

Jadi aku terus bangun dari tempat aku berehat dan pergi ke Pizza Hut.

Sesampainya aku disana, aku terlihatnya. Sungguh anggun dan menawan. Pakaiannya sungguh sopan. Kelihatan seperti baru sahaja tamat menghadiri majlis perkahwinan. Dalam hati aku berfikir, "Ini jika di majlis di majlis perkahwinan, sudah tentu menjadi pengantin". Aku tergelak dalam hati seketika. Hari itu aku lihat seperti terdapat aura padanya. Seperti ada sesuatu yang menarik perhatian sesiapa sahaja yang terlihatnya. Di waktu itu, dia sedang termenung jauh. Matanya yang bersinar itu memberikannya satu tanggapan bahawa dia sedang memikirkan tentang sesuatu. Tetapi aku gagal mengesan apakah yang bermain di benak fikirannya.

Aku memberanikan diri untuk pergi ke arahnya. "Hai Farah!", sambil melontarkan senyuman. "Hai Arif", balasnya. Kemudian kami mula bercakap seperti sudah tidak berjumpa untuk berpuluh tahun lamanya. Butir bicaranya sungguh rapi dan tersusun. Tampaknya seperti gadis melayu terakhir dengan kesopanan yang sangat mempesonakan. Macam-macam kami berbincang. Tentang Universiti barunya. Tentang keadaanku di UiTM. Aku rasa seperti ada kelainan padanya sejak kali terakhir berjumpa. Ada hikmah rupanya disebalik penghijarahannya ke UIA. Perubahannya sangat ketara. Wajahnya kelihatan seperti bercahaya. Aku gembira akan kemajuannya di tempat barunya. Aku juga sangat bersyukur kerana dia tidak melupakanku. Alhamdulillah. Moga-moga persahabatan kami kekal sehingga ke akhir hayat.



Ingin berkenalan? Jangan gatal. :P

4 comments:

Aqila Safuan said...

she's gorgeous. btw benda ape yg tertinngalnye, tak dinyatakan punnn

Arif Azmi said...

Benda yang tertinggal adalah.. Rahsia.. HAHA.. Laptoplah.. :P

Fizz Zoule said...

ohh lappy tertinggal..ingat HATI tadi.. ;)..

Arif Azmi said...

HAHA.. ala.. silap tulis lappy kat comment.. XD... kalau tak.. jeng3..