Thursday, April 28, 2011

Tak kisah! Tapi menyampah!


Aku yakin korang pun ada kawan macamni. Baru 19 tahun! Berlagak tak pepasal tentang dirinya kaya. Aku yakin dan pasti kekayaannya berasal dari ibubapanya. Bukan mustahil usahanya yang membuahkan hasil sehinggakan menjadi kaya, tetapi kebiasaannya ibubapalah menyebabkan anak-anak mereka 'kaya'. Lagipun entri ini hanya berkaitan dengan mereka yang 'kaya' kerana ibubapa.

"Eleh! Suka-suka je nak hentam diorang! Biarlah anak orang kaya! Rezeki! Kau jeles?"

"Wah, kemain hebat kau kan? Kau tu habes sempurna ke nak kutuk orang?"

Hah. Tengok tu. Aku pasti ada orang yang terasa sekarang. Jangan menggelabah. Bukan semua orang 'kaya' sebegini. Cuma sesetengah pihak sahaja yang memburukkan nama anak-anak bangsawan ni.

Macam aku cakap, aku tak kisah, tapi menyampah. Bukan apa, nak berlagak, berlagaklah. Tapi aku menyampah sebab bukan sebab usaha kau dapatkan duit tu nak berlagak. Aku rasa kau tumpang ibubapa kau je kan? Nak bangga-bangga apa? HAHA. Biarlah kat korang.

Itu kutuk. Ada juga kawan aku kaya tapi tak berlagak. Diorang ni aku respect. Selalunya results diorang ni la mantap. SPM straight A. Pointer 4 Flat.

Kalau ikut logik akal, orang 'kaya' ni patutnya dapat results termantaplah kan? Aku anggap semua buku teks kat Universiti diorang boleh beli. Ye la. Felali boleh beli, takkan buku teks tak lepas. Aku pun masa semester dua tak beli semua buku teks sebab aku tak banyak duit. Korang boleh ada kereta lagi nak belajar. Apa-apa yang diperlukan untuk korang 'belajar' korang dapat. Semestinya results 'mantap' kan?

Tapi kadang-kadang terbalik kan? Takpelah. Kalau kaya tapi tak berlagak aku pasti takkan persoalkan ini. Sebab mereka ini telah mendapat respect dariku. Kalau berlagak, kau perlu buktikan kau ada style and substance. Tunjuk kat semua orang, kau berlagak tu ada maknanya. Buat apa cakap, aku ada segalanya yang aku mahu tetapi kau gagal membuktikan apa-apa?


15 comments:

uMi_atiQaH said...

nseb baik sy x jmpak org mcm ni..prasan dy kaya!seriuz mnyampah..(^^,)

Arif Azmi said...

HAHA.. orang macamni kena buu sikit kan? XD

syidazira yusoff said...

ariff, kadang2 xsemua org berlagak kaya ni cakap direct mcm dialog kat entry kau, example:

'OMG, ayah I belikan I blackberry, love you daddy'

haha, ni lagi parah, konon2 low profile, tp nak mention beli apa. menunjuk nunjuk, skali gus belagak.haha.

syidazira yusoff said...

haha, yg suke menunjuk nunjuk lagi parahhh. kalau beli barang mesti nak mention ape. hempuk jee..

Arif Azmi said...

syida: HAHA.. berlagak secara tak sedar? haah kan.. ygtu lagila.. XD.. aku beli tooot.. aku beli tututut.. XD

padlie said...

berlagak atas kekayaan ibu bapa ni memant spesis muka tembok la..

Arif Azmi said...

padlie: betol gak.. HAHA.. x malu sikit.. XD

Cik Cempaka said...

Dulu, kat ofis kite ada anak buah sultan pahang, tengku puteri lagi nama dia

Datang keje awal kemain sbb dia tanak orang nampak yg dia dtg keje driver hantar naik kete mewah

Dah la cantik, lembut, huble...
Mcm ni lah baru oran respek..

Pembawa_Wacana said...

kebetulan sama...tapi berbeza skop tujuan...:)

Arif Azmi said...

cik cempaka: waaahh.. :D.. orang camtu kena tabik hormat la.. ^^,..

Arif Azmi said...

pembawa_wacana: HAHA.. yup.. ^^,..

riffzam said...

ni selalu sgt aku jumpa.betul tu arif.kalau dia kaya,low profile dan pandai mmg aku respect.harapkan kaya.tapi perangai entah apa-apa.ibadat entah ke mana.sosial jgn nak diperkata lagilah.alahai.

mereka berlagak sedangkan itu semua titik peluh ibu bapa mereka.dan harta ibu bapa mereka tu sudah tentulah boleh habiskan.so,jgnlah nak berlagak sgt kpd mereka yg mcm ni.low profile pn lg bgs kot.sbb rezeki yg ALLAH swt beri tu bila-bila masa blh diambilnya semula. :)

itu je lah pendapat aku ye!

Arif Azmi said...

ariff: kan3? :).. haiz.. susahlah bila berdepan ngan diorang ni.. perangai tu pon mmg 'bagus' sangat kan? LOL..

thanks for the opinion.. ^^,

Izyan Masri said...

YAN JUMPA BERLAMBAK ORANG MACAM NI.KENE BUAT2 COOL JE.TAK PAYAH NAK DENGAR SANGAT :D

Arif Azmi said...

haha.. kalau boleh mmg nak buat cool.. tapi tangan ni gatal.. XD