Monday, May 30, 2011

Hilang Mood.

Entri ini pendek saja. Cuma nak cakap malam ni aku takde mood nak review lagi dua blog seperti yang aku lakukan. Blog yang aku review tadi sudahpun mengambil kesemua tenagaku. HAHA. Tipulah. Tak la. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin kerana aku akan kembali ke Kuantan tak lama lagi. Satu lagi semester.

Selalunya aku gembira. Tetapi entah mengapa aku berasa berat hati kali ini. Mungkin kerana aku terfikir kata-kata senior yang menyatakan subjek semester inilah paling susah. Aku bukan fikirkan apa, cuma aku ingin menambahbaik keputusan semester satu dan semester dua aku. Semester tiga inilah penentu CGPA aku sebenarnya. Harap-harap tidak turunlah. :/. Jika turun pun janganlah sehinggakan apa yang aku harapkan tidak menjadi. Ini masih asasi. Inilah masanya aku menyerlah. Nanti di peringkat degree tidak tentu aku dapat menikmati keputusan yang baik sebegini lagi.

Tak mengapalah. Mungkin aku harus tingkatkan usaha saja. Demi Deans List pada semester 3! InsyaAllah. Jom ramai-ramai target dapat results mantap? ;). Siapa nak buat study group dengan saya angkat tangan! *Poyo macam ada orang teringin. HAHA


Segmen Review: Penulis Senja


Ini blog keenam puluh di-review!

Blog ini dimiliki waN Mohd Salim. :)

Erm. Ini bukan blogger sembarangan ni. HAHA. Agak terharu bila dia menyertai segmen di blog yang tak seberapa ini. :').

Sebenarnya nak berikan komen di blog ini agak susah. Kerana kelihatan seperti dia sudahpun lama berkecimpung dalam bidang blog ini. Mahu berikan nasihat pun susah. Bukan kerana dia tidak mahu dengar tetapi kerana dia lebih mengetahui akan bab-bab blogging. :). Tapi tak mengapa. Saya akan cuba sedaya upaya untuk mereview blognya.

Baik. Kita mulakan dengan header. Header blog Penulis Senja agak menonjol. Saya paling tertarik dengan effect reflection pada namanya. Bijak betul blogger ini kerana headernya mempunyai kaitan dengan nama blognya. Macam blog saya nama Bebelan Saja tetapi gambarnya tiada kaitan pun. HAHA.

Kita teruskan dengan tema. Biru muda. :). Saya anggap ini adalah untuk memastikan speed untuk blog loading menjadi laju. Bagus. Template tiada masalah. Kelihatan tersusun. Cuma advertisement di atas itu kelihatan seperti berlanggar dengan tab pages blog anda. Anda menggunakan tema wordpress? Kerana kelihatan seperti tema wordpress. Kemas.

Widget pula. Followers dan Archive jelas kelihatan di bahagian tepi. :). Bagus. Untuk ke chatbox perlu tekan tab shoutbox. Hmm. Sesuatu yang baru.

Ruangan comment? Pop-out dan juga ada comment moderation. Memang terbaik. Tak dapat saya katakan yang lain. :)

Baik. Itu saja rasanya. Jom terjah blog Penulis Senja!

Sunday, May 29, 2011

Segmen Review: smile:)


Ini blog kelima puluh sembilan di-review!

Blog ini dimiliki oleh azrijohan. :)

Pertama sekali kita lihat header blog ini. Black and white. Lain dari yang lain. Cuma saya ingin tahu adakah anda sengaja membuat header yang sizenya kecil? Maksud saya saiznya adalah hanya 26.5KB. Padahal blog-blog lain ada yang menggunakan sehingga beratus KB. Perbezaan header blog bersaiz tinggi dan header blog saiz rendah jelas kelihatan.

Tema blog. Blog ini sememangnya menggunakan tema yang gelap. Hitam untuk background dan grey untuk post. Semakin saya review blog anda, semakin saya rasakan anda sebenarnya mahukan speed load blog anda bertambah. Maksud saya adalah untuk menjadikan blog anda cepat load. Mungkin.

Dari segi widgets. Semua yang penting ada. Followers, archive, dan chatbox. Tiada komen di bahagian ini. :).

Dari segi ruangan komen. Pop-out sudah bagus. Cuma comment moderation tiada. Susah anda mengetahui jika ada comment baru. Cadangan saya wujudkan comment moderation. :)

Itu saja. Jom terjah blog smile:)

Segmen Review: La Tahzan .. :)

Ini blog kelima puluh lapan di-review!

Blog ini dimiliki oleh Mira. :D. Kawan saya di Sekolah Menengah dulu. :'). Tapi dia pindah sekolah semasa masuk form 5. Tak tahulah kenapa emo tetiba. Mungkin sebab teringat kat dia or sebab tengah dengar lagu Utada Hikaru - First Love. XD. Tapi aku rasa dia antara kawan aku yang aku paling seronok berkawan dengan. :). Dah. Dah. Nanti nangis susah lak. HAHA. Teruskan dengan review.


Eh? Apa ni? Haa. Bila buka blog ini. Yang pertama keluar adalah ini. Mira. Saya sarankan anda buang energy saving tu. Itulah sebab mengapa anda mendapat warning begini. :). Okay?

Baik. Teruskan lagi. Tentang header. Hmmm. Kelihatan pecah dengan adanya background berwarna hitam. Dalam kata lain, nampak tak ngam. HAHA. Bukan nak kutuk. Ini hanya pemerhatian saja. Kalau tak boleh terima takpelah. Tak perlu terima. :)

Tema. Gelap. Wah. Tema ini agak okay. Cuma kelihatan agak kosong sedikit di bahagian tepi. Mungkin sebab saiz post anda kecil. Saya sarankan anda memperbesarkan sedikit kawasan post dan sidebar. :)

Dari segi widget. Saya rasa bagus. Tiada masalah. Yang penting semuanya diletakkan di bahagian atas. ^^,. Followers, archive dan chatbox.

Ruangan komen? Pop-out. Bagus. Cuma saya cadangkan anda menggunakan comment moderation agar anda dapat mengetahui jika terdapat comment tebaru di blog anda.

Itu saja. Jom terjah blog La Tahzan .. :)

Segmen Review: dos de D

Ini blog kelima puluh tujuh di-review!

Blog ini dimiliki dianazlan! :)

HAHA. Baik. Kita mulakan. :). Masuk blog ini, nampaklah header si pemilik blog ini. Simple tetapi comel. Sudah memadai bagi mengambil perhatian pengunjung. ^^,. Syabas.

Kita teruskan dengan tema blog ini. Warna pink dan merah. Wah. Cantik betul blog ini. Kelihatan kemas dan menarik! Background bunga berwarna pink. Memang masuk dengan tema blog ini. Tak dapat saya beri kutukan serta komen yang membina.

Widgets pula. :). Ehem. Ada lagu? Tapi tak mengapa. Memang diletakkan diatas. Mudah untuk pause jika tidak suka. Yang lain? Followers. Archive. Chatbox. Kesemuanya wujud. Bagus. Selalunya saya suruh orang letak diatas. Sekarang saya malas menyuruh. HAHA

Ruangan comment? Pop-out dan comment moderation. Terbaik!

Bengang sebab tiada komen untuk memperbaiki blog? Saya pun bengang sebab tiada yang negatif untuk dikatakan. :P. Sekian.

Jom terjah blog dos de D!


Saturday, May 28, 2011

Curang dengan Blogger.

Entri ini pendek je. Nak cakap kesetiaanku dengan blogger teruji apabila aku terjumpa tumblr.

Sebenarnya sudah lama aku mempunyai tumblr. Baru-baru ini sahaja aku mula menjadi rajin menggunakannya. :).

Ternyata tumblr mempunyai interface yang lebih mudah untuk mewujudkan post dan membaca post orang lain. Lain dari blogger yang mempunyai terlalu banyak options.

Bukan aku langsung tidak menggunakan blogger lagi. Aku masih guna. Namun di sini aku luahkan yang panjang-panjang. Di sana aku menggunakan kreativiti untuk menghasilkan gambar atau kuota. Jika susah, aku juga boleh reblog post orang lain dengan hanya menekan butang reblog sahaja. Di blogger ada? Takda.

Contoh korang tanya? Tumblr bagaimana sebenarnya? Lihat imej-imej dari tumblr aku. Ini semua aku hasilkan sendiri tahu.




Ini link tumblr aku. http://simplerambles.tumblr.com/ Jika korang ada tumblr silalah follow. :)

Segmen Review: M Y Z . Z I E M A


Ini blog kelima puluh enam di-review.

Blog ini dimiliki .m y z. :)

Kita mulakan dengan header blog ini. Mak ai. Header ni buat saya malu dengan header sendiri tau. -.-". Sangat comel. Tak terkata kecomelan header anda. Jadi saya mahu kata apa lagi? Terbaiklah header anda. Meskipun simple. Tetapi cukup mempesonakan.

Teruskan dengan tema blog ini. Purple. Wah. Memang masuk semuanya. Sangat cantik bila dilihat. Kesemuanya seperti perfect. Kemas. Saya tak dapat memberikan komen untuk memperbaiki tema anda.

Dari segi widget. Wah. Semuanya sememangnya dalam susunan yang ideal. Followers, Chatbox, dan juga archive. Dari segi widget lain. Sangat tersusun. Saya lihat blog anda langsung tidak serabut.

Terakhir sekali ruangan komen. Pop-out. Comment moderation. Tak tahulah saya nak kata apa. Memang bagus sangat blog ini. Saya ucapkan tahniah kerana memiliki blog yang sangat menarik ini. :)

Jom ramai-ramai terjah blog M Y Z . Z I E M A!

Segmen Review: Coretan Kecil


Ini blog kelima puluh lima di-review!

Blog ini dimiliki Eelink Oren. :).

Kita mulakan dengan header. Hmm. Tiada header image nampaknya. Saya bukan apa. Bagi saya, header ini identiti blog kita. Dengannya kita dapat ingat sesebuah blog itu. Sekiranya tiada header, anda agak kekurangan dari segi penampilan blog. Cadangan saya adalah anda mewujudkan header. Header simple pun sudah baik. :)

Nah. Saya bagi contoh header simple untuk anda:

Simple kan? Kalau nak guna yang ni pon tak apa. :)

Dari segi background. Okay lah. Warna Pink bagi background blog dan warna putih bagi background posts. Simple la juga. :)

Dari segi widget. Hmm. Followers anda di atas bukan? Kerana semasa saya membuka blog anda saya tidak nampak followers. Followers dan chatbox ada. Cuma archive tiada. Mungkin anda ada sebab mengapa. :)

Untuk ruangan komen. Bagus. Pop-out. Cuma saya cadangkan anda menggunakan comment moderation bagi mengetahui comment yang tebaru.

Itu saja. Jom terjah blog Coretan Kecil!

Segmen Review: Radin's Blog Entertainment!



Ini blog kelima puluh empat di-review!

Blog ini dimiliki Radin87. :)

Baik. Kita mulakan. Hmmm. Header anda. Fontnya agak simple. Saya cadangkan anda menggunakan header yang lebih menonjol. Kerana header anda elok. Cuma saya rasakan anda boleh menjadikannya lebih menarik. Ini cadangan saja ya? :D

Dari segi background. Kelihatan agak muram kerana warnanya gelap dan kelihatan kosong. Saya cadangkan anda fikirkan kembali tentang tema blog anda. :). Berikan nafas yang lebih menyegarkan kepada mata pengunjung. Jika post menarik tak semestinya pengunjung akan terus tertarik. Penyampaian juga penting.

Berkaitan widget. Saya lihat kesemuanya tersusun rapi. Okaylah juga. ^^,

Ruangan comment pula. Hmmm. Pop-out itu bagi saya memang sudah bagus tapi word verification itu agak mengganggu. Saya cadangkan buang word verification dan gunakan comment moderation sahaja. :D

Saya rasa itu saja. Jom terjah blog Radin's Blog Entertainment!

Thursday, May 26, 2011

Segmen Review: E'ka Zulaikha


Ini blog kelima puluh tiga di-review!

Blog ini dimiliki oleh E'ka Zulaikha. :D. Dia dahulu di UiTM Kuantan seperti saya. Sekarang beliau sedang menunggu kemasukan untuk degree. :)

Baik. ^^,. Kita teruskan dengan review! Wah. Blog ini tiada header image. Sebaliknya menggunakan header default template yang digunakan olehnya. Cantik! Pink gitu. Terserlah keayuan gitu. Wakaka. Budak SESTER eh? Saya ada sepupu kat situ dulu. :)

Dari segi post. Background pink dan post warna hitam. Saya rasakan tiada masalah. Cantik saja. ^^,. Cuma satu. Kenapa ada dua advertisement? Nuffnang la. Yang column tu saya cadangkan letak di sidebar. Kerana tidak sesuai di situ. Lagipun anda sudah ada advertisement lagi satu yang melintang bukan? Cadangan saya bawahkan advertisement pertama itu.

Dari segi widget pula, shoutbox, followers, dan archive diletakkan di tempat yang ideal bagi saya. Jadi saya rasakan itulah susunan terbaik untuk blog anda. ^^,

Hah.. Ini yang lemah.. Bahagian comment. Bukan pop-out. Sebenarnya ini akan menyusahkan pembaca yang ingin comment. Kerana mungkin mereka perlu melalui pelbagai rintangan untuk memberikan comment. Tambah-tambah anda enable word verification. Fuh. Berat bagi sesetengah pihak. Cadangan saya, disable word verification. Gunakan comment moderation. Senang anda tahu comment baru. Dan anda boleh approve. ^^,

Itu saja rasanya. Jom terjah blog E'ka Zulaikha!

Saya nak Jadi Bloglist Terbaru Cik Purple


Nak join? Tekan sini.

Saya tag Hafizzul Anas dan Fatin Nasihah

Segmen Review: !✿♛LIL' QUEEN'S STORY♛✿!


Ini blog kelima puluh dua di-review!

Blog ini dimiliki Cik Purple. :)

Saya rasa post anda tentang segmen ini hilang. :). Sebab saya tak jumpa. HAHA. Rasa-rasa sebab haritu blogger buat hal agaknya. Tapi tak mengapa. Kita teruskan dengan review. ^^,

Tentang header. Sebenarnya tiada header bukan? Hehe. Sebenarnya saya lebih gemar jika ada header berbentuk image atau jika anda pandai bermain flash, header flash. Tapi kalau memang anda lebih suka header sebegitu. Tak mengapa. Ini cadangan saja. Harap tak marah ye? ^^,

Background warna pink berbunga-bunga. Wah. Cantik la. :D. Mungkin ini sebab anda susah untuk membuat header. Kerana background anda susah untuk dipadankan dengan mana-mana header. Mungkin. Mungkin. Ini andaian saja. Post anda mudah dibaca. Kerana background post warna putih.

Berkaitan widget. Hmmm. Saya selalu cadangkan untuk mementingkan followers, shoutbox, dan archive. Followers anda diletakkan di bahagian di bawah juga. Tujuan meletakkannya di atas adalah untuk memudahkan pengunjung follow blog anda. Archive pun diletakkan di bawah juga. Shoutbox ada. Bagus. ^^,

Ruangan komen. Pop-out. Comment moderation. Dua-dua digunakan. Bagi saya itulah yang terbaik.

Itu saja rasanya. Jom terjah !✿♛LIL' QUEEN'S STORY♛✿!

Segmen Review: Diari, Journal, & Blog


Ini blog kelima puluh satu di-review!

Blog ini dimiliki KK. :D

Lihat header blognya. Fuh. Gambar perempuan termenung. ^^,. Mesti nak ketengahkan pemilik blog ini yang gemar berfikir tentang masa depan dan tentang hidupnya. Tetapi sedikit comment. Header anda tak berapa ada boom. :). Kalau anda faham apa saya mahu katakan. :). Sorry kalau macam kasar ye?

Dari header dan background saya nak mengagak warna kegemaran anda adalah warna ungu. :D. Kalau salah. Maaf ye? Tapi sebenarnya cantik la jugak. Background post warna hitam. :). Warna post purple. Mudah dilihat juga.

Widget pula. Semuanya baik sahaja. Cuma ketiadaan archive sahaja. Mungkin anda sengaja tidak meletakkan archive. :). Ikutlah. Hehe.

Ruangan komen pula. Bagus. Pop-out. Cuma, saya cadangkan comment moderation. Senang anda tahu jika ada comment baru di blog anda. Cadangan je tau.

Saya rasa itu saja. Jom terjah blog Diari, Journal, & Blog!

Wednesday, May 25, 2011

Segmen Review: Ly_Tulip's Zone


Ini blog kelima puluh satu di-review!

Blog ini dimiliki Ly Tulip. :)

Wah. Header ini kreatif! :D. Warna warni tuh. :). Tapi ini sekadar cadangan. Apa kata bagi font yang lebih menarik? Cadangan je. Sebab dah cantik. Tapi rasa-rasa boleh cantikkan lagi.

Background blog anda pula sangat cantik. :). Berwarna warni. Tapi tengok lama-lama sakit juga mata. :P. Melawak je. Tapi sejujurnya mungkin anda perlu fikir kembali tentang background anda. :). Warnanya agak power. Hehe. Berkaitan post. Rasanya tiada masalah. Senang dan mudah dibaca kerana background post anda warna putih. ^^,.

Widget pula. Selalunya saya pentingkan tiga perkara ni. :). Followers, archive, dan shoutbox. Followers anda di atas. Bagus. Archive pula di bawah sikit. Tapi takpe. Janji ada. :D. Shoutbox pula takde. Nak galakkan orang komen eh? Okay la tuh. Tapi shoutbox menyenangkan pengunjung meninggalkan link.

Dari segi ruangan comment. Itulah yang terbaik. Bagi saya la.

Maaf ye kalau banyak sangat komen? Blog saya pun banyak kelemahan. Tapi kita sama-sama cuba perbaiki ya?

Jom terjah blog Ly_Tulip's Zone!

Header Baru..

Tadi aku berasa agak bosan. Jadi aku fikir. Header tu dah nampak tua la. Jom try buat baru? Haa.. Dipendekkan cerita. Dapat la header di atas. :). Cantik tak? Cuba banding dengan yang lama.


Yang mana lebih elok? :). Tolong berikan pendapat ye? ^^,

Segmen Review: Well you can't shut my mouth in here.


Ini blog kelima puluh di-review!

Blog ini dimiliki oleh Mustab. Seorang rakan saya di UiTM Kuantan. :). Rasanya tidak pernah saya bersua dengannya. HAHA. Rasanya la. Baik. Akan saya review blognya. :D

Mula-mula. Lihat headernya. :). Simple bukan? Ianya juga bukan jenis image. Bagi saya, jika kita menggunakan image, ianya akan menjadi lebih menonjol. Bukan susah pon. Sekejap je. :). Biar saya tunjuk contoh header untuk blog anda.


Nampak? Macam menarik sikit kan? :). Contoh jela. Taknak buat pun takpe. Header anda sekarang okay juga. Nak header yang atas pun boleh je kalau nak. Saya saja buat. :P

Background blog anda sangat unik. Tak pernah saya lihat. Comel juga. :D. Kiranya sesuai la kerana anda menggunakan background post warna putih. Tidak ada masalah untuk pembaca membaca post anda, kecuali di post gambar. Anda perlu bijak menyusun gambar. Di post ini, kelihatan gambar itu keluar dari frame yang asal. :)

Bergerak kepada widget. Ada lagu blog ni. :P. Okay la kalau ada pun. Sebab dah ada peringatan untuk pause sekiranya tidak mahu dengar bukan? :D. Widget lain? Sudah memuaskan. Followers. Archive. Shoutbox semua ada.

Bergerak kepada komen. Bila pengunjung ingin comment, kelebihan blog ini adalah ia telah enable pop-out. Kekurangannya adalah terdapat captcha atau word verification. Menjadi satu masalah bagi sesetengah pihak kerana ada word verification ini. Sampaikan kadang-kadang keinginan memberi comment pudar selepas mereka mendapat tahu perlu ada word verification.

Blog ini mungkin masih baru. Saya rasakan begitu kerana ianya sangat kemas. Postnya pun bagus belaka. Penuh dengan informasi. :)

Itu saja. Jom terjah blog Well, you can't shut my mouth in here.

Tuesday, May 24, 2011

Segmen Review: KupasOren


Ini blog keempat puluh lapan di-review!

Blog ini dimiliki oleh Marea Amad, seorang rakanku di UiTM Kuantan. :). Seperti yang aku telah katakan padanya, aku akan buat twist sikit di review ini. Jadi apakah twist itu? HAHA. Seperti yang dilakukan di blognya, aku akan ceritakan tentang perwatakannya dari awal kami kenal sehinggalah sekarang.


Fuh. Itulah wallpost pertamaku ke wall si Marea. :). Masa ni aku kenal Marea samar-samar je. Kenal muka ya. Perwatakan tidak. :). Sejujurnya sebelum mengenalinya dengan lebih rapat, aku selalu menganggap dirinya sebagai seorang yang unfriendly. Maaf ya Marea? :). Sebab sebelum ni jika aku terlihatnya mukanya memberi tanggapan bahawa beliau akan melempang sesiapapun yang mencari pasal dengannya. Betul. Saya tak berani kacau dia.

Itu sebelum. Semasa cuti itu aku rasa kami mula berchat di Facebook. Pada waktu itu kami terlihat ada minat kami yang sama iaitu permainan komputer. Dan kami berborak-borak tentang pelbagai benda. GTA, Zelda, Pokemon, Need For Speed. Okay, kebanyakannya game. Aku juga ingat satu permainan di Facebook di mana kami perlu menekan butang di mouse dengan kelajuan cahaya. HAHA. Hiperbola di situ. Kami seperti bertarung jika aku tidak silap. Untuk melihat siapa mendapat markah tertinggi. Aku tidak ingat siapa menang. Tetapi yang aku pasti Marea ini bukan calang-calang gamers. Dan melihat blog Marea, aku tahu dia juga kaki code. Bermaksud suka bermain dengan kod-kod di blog. Aku juga ingat pada satu kejadian di mana Marea ini berjaya menghasilkan applikasi di Facebook untuk groupnya. Terlihat kerajinannya mencari perkara baru ya? :)

Baik. Kita teruskan dengan review ya? HAHA.

Bila korang buka blog Marea ini, korang akan perasan yang blog ini tidak mempunyai header jenis gambar. Header blog ini aku rasa adalah sebegitu kerana ianya dicustomized oleh pemilik blog ini. Aku rasa kebaikannya adalah blog tidak akan loading slow kerana tiada header yang berat. :). Korang akan lihat headernya yang mempunyai link twitter sekali. Hebat pemilik blog ini melakukan sedemikian. Saya rasa ini semua custom made.

Kita teruskan dengan background dan feel blog ini. Tema blog ini gelap. Backgroundnya la. Selalunya jika blog gelap warna post perlu eye catching dan tidak menyakitkan mata. Saya sarankan anda menggunakan warna yang senang dilihat tanpa menyakitkan mata pengunjung. Tugas ini mudah sekiranya warna post blog anda itu constant. Bermakna tidak berubah. Tetapi saya perhatikan warnanya berubah sekali sekala. Setakat ini saya rasa okay lagi. Masih boleh dibaca, cuma saya persoalkan bagaimana nanti jika anda mengubah tema blog. Adakah post itu akan berubah warna sendiri? Sudah lama saya tidak kacau settings design. :)

Dari segi widgets. Baik. Kelihatan seperti Marea mahu mementingkan pengikut networked blogs dari pengikut blogger. Mungkin sebab seorang blogger hanya boleh mengikut 300 blogs tetapi pengguna networked blog tidak mempunyai sekatan. Ini andaian saja. Tetapi itulah. Widget followers dan shoutbox diletakkan di bawah sedikit. Selalunya widget-widget ini diletakkan di bahagian atas. Cadangan jela ye? Naikkan sedikit widget-widget ini. Mereka penting. Kita pentingkan yang mustahak dulu. Archive? Tiada archive. Ada sebab mengapa tiada archive Marea? Archive menjadikan tugas menerokai post lama blog anda lebih mudah.

Kita teruskan dengan ruangan comment. Hmmm. Bukan pop-out rupanya. Pop-out ini sebenarnya memudahkan pengunjung memberi comment kerana kita tidak perlu membuka post individual untuk memberi komen. Sekiranya dari main blog ingin memberi comment, Kita perlu membuka page baru. Tetapi jika menggunakan pop-out tidak perlu lagi perkara itu. Teruskan lagi. Ada approval? Bagus.

Itu saja dari saya. Lihat betapa panjangnya komen saya pada review anda Marea. Sememangnya inilah twist saya kepada kamu. :)

Jom terjah KupasOren!

Segmen Review: LoVe+FaMiLy+FrIeNdS


Ini blog keempat puluh tujuh direview!

Blog ini dimiliki oleh Farina Sulaiman.

Wah. Masuk je blog ini korang akan perasa headernya yang comel. Sebab ada penguin agaknya. HAHA. Tapikan. Erm. Jangan marah ye? Background tu nampak serabut la. Tak berapa masuk dengan header. Lepas tu blog anda menggunakan transparent kan untuk post? Pening kepala sebenarnya. Maaf kalau terkasar.

Saya lihat post anda tak menentu warna. Mungkin sebab anda mengunakan transparent background for posts. Jika anda masih mahu menggunakan background itu, saya cadangkan anda menggunakan background post anda warna yang solid. Putih mungkin pilihan terbaik.

Dari segi widget, bagus juga susunan semuanya. Followers, shoutbox, dan juga archive diletakkan di bahagian atas. Mudah untuk pengunjung mengikut blog anda di samping meninggalkan link blog mereka sambil membaca post lama anda.

Dari segi ruangan comment. Bagus. Anda menggunakan pop-out. Tetapi, tidak menggunakan comment moderation. Mungkin susah anda mengetahui comment terbaru di blog anda.

Itu saja. :). Jom terjah blog LoVe+FaMiLy+FrIeNdS!

Segmen Review: Cute Simple


Ini blog keempat puluh enam di-review!

Blog ini dimiliki oleh Aii Si. :)

Hah. Tengok nama blog, Cute Simple. Blog ni pun cute dan simple! :). Lihat header. Ada rose. ^^,. Tapi kan, kenapa warna biru digunakan masa nak tulis di tengah tu? Macam tak masuk la. Pendapat jela. :). Tapi bila fikir balik. Warna apa lagi boleh menonjol dari warna pink? HAHA. Entahlah.

Background pun simple je. Ambil dari pyzam eh template ni? Nampak kosong. :). Kat sebelah kiri dan kanan la. Sebab kawasan post pun agak kecil. Saya cadangkan awak perbesarkan kawasan post. :).

Dari segi widget. Followers ada di atas sekali. Bagus. Shoutbox pun di atas. Bagus. Cuma archive sahaja seperti di bahagian bawah sedikit. :). Mungkin anda pentingkan mesej itu. Tak mengapa. Cuma selepas kotak "My Words" anda, saya cadangkan letak archive.

Ruangan comment menggunakan pop-out dan mempunyai moderation. Saya rasa itulah cara terbaik untuk meninggalkan ruangan komen.

Saya rasa itu saja. :). Jom terjah blog Cute Simple!

Monday, May 23, 2011

Segmen Review: » à ĢüŸ FřŌm MäŘş «


Ini blog keempat puluh lima di-review!

Blog ini dimiliki M Fizan. :D

Wah. Bila masuk je blog ni terus ada header tulis Love You. Romantik agaknya pemilik blog ni. ;). Header blog ini okay, cuma, background yang mengelirukan. Disebabkan gambar itu tidak mengisi ruang dengan sepatutnya, kelihatan seperti ada sesuatu yang tidak kena. Saya cadangkan anda mencari background yang nampak lebih kemas dan cantik. :)

Tentang warna yang anda gunakan dalam blog anda. Saya rasa semua yang anda lakukan di dalam blog anda adalah untuk menunjukkan kreativiti anda. Anda mungkin seorang yang berani kerana mampu membuktikan anda tidak takut untuk bermain dengan kombinasi warna yang sangat kontra, namun saya cadangkan agar kamu menggunakan warna yang lebih simple dan kemas. Ini adalah kerana warna hijau dan kuning tidak kelihatan sesuai di bahagian sidebar anda. :). Mungkin penyebabnya adalah background anda. Tetapi ini pendapat saja ya? Jangan marah.

Berkaitan widget, saya rasa cukup baik kerana ketiga-tiga widget penting berada di bahagian atas. Cuma saya cadangkan facebook badge awak dibawahkan sedikit. :). Cadangan saja.

Ruangan comment? Sudah bagus.

Itu saja. Jom terjah blog A Guy From Mars!

Segmen Review: ♥ N0thiNG LasTS F0rEVeR ♥


Ini blog keempat puluh empat di-review!

Blog ini dimiliki ♥ norlida ♥

Sebelum tu saya nak minta maaf kat Akak Norlida. :). Sebab lambat review. Huhu. Bukan pe kak. Letih gak nak review semua blog ni satu-satu. Kih3. Jadi nak buat setenang-tenang mungkin kena la buat secara perlahan. Harap akak tak marah. ^^,

Kita teruskan dengan review. Wah! Pinky betul blog ni! Nice! Sedap mata memandang. Sebab post background putih, tapi background blog corak dragonfly yang ada bunga-bunga kat sebelah warna pink. Simple tapi cukup menarik!

Semua kriteria yang saya gariskan untuk menyatakan bahawa sesebuah blog itu bagus semua dah ada di blognya. :). Mungkin sebab dia pun ada segmen review blog. :D. Fuh. Mantap la dia review! Patut blog cam terbaik je. ^^,

Blog ini menggunakan kod image appears when scrolled on. Saya rasa ini bagus cuma kadang-kadang bila scroll bawah and scroll atas, kemungkinan ini terjadi.



Widget followers, archive, dan juga shoutbox semuanya diletakkan di bahagian atas blog. Ini saya rasa adalah yang terbaik. Ruangan comment juga yang terbaik. Pop-out dan comment moderation. :D.

Ada contest rupanya pemilik blog ini. Jom ramai-ramai join. Masih terbuka! Tekan sini.

Jom terjah blog ini. Best tau! ♥ N0thiNG LasTS F0rEVeR ♥

Segmen Review: aku Budak Keratong


Ini blog ketiga puluh empat di-review!

Blog ini dimiliki todt.. :)

Hah. Lihat headernya. Mesti korang tahu empunya blog ini jenis ceria kan? Kartun banyak je kan? Kih3. Bermaksud pemilik blog ini seorang yang ceria!

"Suka hati je kau", kata pemilik blog aku Budak Keratong.

Wakaka. Melawak je. Header anda kelihatan penuh dengan banyak benda. Semua perkara yang anda suka mungkin? :)

Kita teruskan. Background anda mengikut template yang anda install bukan? Cantik la. Ada lebah, butterfly dan juga dragonfly. :)

Masa nak ambil header anda saya terperasan anda menggunakan right click disabled. Nak cakap camne eh? Kalau tujuan nak jaga copyright. Well. Nampak header di atas? Dapat jugak saya culik kan? Kih3. Saya ada post tentang ini. Baca di sini.

Tentang widgets. Followers dan archive sepatutnya di letakkan diatas. Maksud saya di bahagian atas sedikit. :). Sebab mudah nanti orang follow dan baca post lama. Shoutbox pula tiada di sini. Hmmm. Susah pengunjung memberikan link blog mereka. Tetapi jika tiada shoutbox. Ini menggalakkan pengunjung memberi comment. :)

Tentang ruangan comment. Pop-out. Bagus. :). Saya cadangkan comment moderation. Mudah anda tahu jika ada comment baru. Itu saja dari saya. ^^,

Jom terjah blog ada Budak Keratong!

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI


Nak join? Tekan  sini. :)


Sunday, May 22, 2011

Segmen Review: cheritera Ija Akmal



Ini blog keempat puluh dua direview!

Blog ini dimiliki Cik Ija. :D

Wah. Comel kan header Cik Ija ni? Kah2. :P. Nak comment apa eh? Header dah cun. :). Jadi tak perlu komen kot. XD

Jom lihat template pemilik blog ini. Cantik juga bukan? Simple je. Nak baca post pun senang sebab background post warna putih. Tiada masalah di sini. :)

Kita pergi ke widget pula. Baik. Widget followers memang di atas. Widget shoutbox juga. Cuma archive sahaja seperti di bawah sikit. :). Saya cadangkan pentingkan widget ini dulu sebelum widget yang kurang penting. Selepas itu, tentang lagu. Baik, jika blog ada lagu, selalu saya cadangkan untuk letak di bahagian atas dan pastikan ada butang pause agar senang pengunjung yang tidak mahu mendengar lagu berhentikan lagu. Cadangan sahaja ya? :D

Bergerak kepada bahagian ruangan komen. Baik. Di sini, saya rasakan yang terbaik adalah kamu enable pop-out dan comment moderation. Jika pop-out, menyenangkan pengunjung. Jika comment moderation, menyenangkan anda, kerana anda akan tahu siapa yang baru comment di blog anda. :)

Okay. Itu saja. Jom terjah blog cheritera Ija Akmal!

Segmen Review: blog vs diari...



Ini blog keempat puluh satu di-review!

Blog ini dimiliki GeminiGurlz

Erm. Sebenarnya saya masih tertanya-tanya. Mengapa bila saya buka page lain. Header lain? -.-". Bertukar-tukar antara dua header di-atas. Hmmm. Sangat mencurigakan. Kih3.

Takpe header dua-dua okay saja. Kita teruskan dengan template. :P. Biru. Hmm. Lain dari yang lain. Mungkin ini personaliti anda. Saya tidak tahu untuk berkata apa. Simple. :). Saya cuma cadangkan anda cuba bermain dengan warna yang lebih dashing atau yang lebih menonjol. Ini cadangan saja. Tiada paksaan apapun.

Dari segi widgets. Followers. Archive. Shoutbox. Kesemuanya diletakkan di bahagian atas. Bagus! Bagi saya ini susunan yang terbaik!

Berkaitan ruangan komen. Saya rasa itulah yang terbaik. :). Ruangan comment pop-out dan mempunyai comment moderation. ^^,

Itu saja rasanya. Mari kita terjah blog blog vs diari!

Segmen Review: ♥sengal teletubies♥


Ini blog keempat puluh di-review! ^^,

Blog ini dimiliki shekyn chipsmore!

Masuk je blog ni mesti korang akan cakap. "Mak ai, cantiknya header!". Okay aku tipu. Tu saya je yang cakap. Wakaka. Tapi bagi saya cantik la. :). Kalau ada lelaki nak ngorat. Sorry. She's taken. :P

Bila korang masuk blog ni akan ada dialog. Sebenarnya dialog ni okay, cuma mungkin akan menggangu bila orang nak baca post-post lain anda. :). Pendapat je okay?

Kemudian ada right click disabled. Bukan takat tu, tapi selection pun disabled. Fuh. Nak jaga privacy la tu. :). Tapi dapat je header awak kan? HAHA. Kalau nak tau pendapat saya tentang disabled ni tolong baca post ini.

Kita teruskan dengan background dan template. Cantik dan senang dibaca. Syabas! Tak tahulah nak comment apa lagi tentang benda ni.

Widget pula. Shoutbox ada, followers pon di atas sekali. Cuma archive je takde. Bagi saya archive menyenangkan pembaca baca post lama. Tu je. Lepastu ada widget lagu di bawah sekali. Hmmm. Nak cakap camne eh? Actually okay la kalau nak ada lagu, cuma kalau boleh wujudkan widget lagu yang ada pause, dan seboleh bolehnya cuba letakkan di bahagian atas. Kerana jika ada pembaca yang mahu pause, mudah jadinya. :). Pendapat saja ya?

Tentang ruangan comment. Hmmm. Bukan pop-out. Susah orang mahu comment. Kadang kala ada pembaca mahu comment tetapi akhirnya tidak jadi kerana prosesnya lambat. Pop-out memudahkan semua pihak. :D. Word verification diwujudkan? Susah la. Pembaca mahu proses ini secepat mungkin. Tak perlu sebenarnya word verification semua. Saya cadangkan comment moderation. :). Itu saja.

Mari kita terjah blog ♥sengal teletubies♥

Nak update.. Tapi..

Tapi letih.. HAHA.. Sebagai ganti.. Nah gambar!


Puas? Wakaka.. Sorry tak review satu blog pon semalam.. Malam sebelum tu satu je aku review kan? Well. Untuk memastikan aku review blog korang secara sukarela dan untuk aku bagi korang komen yang memberangsangkan, aku kena pastikan mood aku baik dan benda aku buat tu secara ikhlas. So aku perlu lakukan semasa aku senang lenang. Dan pada masa ini, aku agak sibuk, jadi minta maaf ye? Yang sedang tunggu-tunggu? Ada juga beberapa orang bertanya tentang bila giliran mereka pula di-review. Saya mahu katakan, maaf ye? Tak lama lagi. InsyaAllah.

P/S: Apa kata korang tentang gambar superman tu? HAHA

Friday, May 20, 2011

Segmen Review: ..iamMONOTOUS..


Ini blog ketiga puluh sembilan di-review!

Blog ini dimiliki kawan saya di uitm. Namanya Syafiq Aizat.

Baik, kita teruskan dengan review.

Saya akan bercakap tentang headernya. Wah. Gambar family? :). Header okay la. Tapi kenapa di bahagian kanan dan kiri kosong? Sengaja ya? Ianya kelihatan agak pelik bagi saya. Pendapat jela.

Background anda putih. Kosong. Dan suci, ^^,.. Personaliti anda? Menarik. Cuma kelihatan kosong. Seperti ada sesuatu yang masih lagi tidak mencukupi. Sekali lagi ini pendapat saya sahaja. Sekiranya anda tidak setuju, minta maaf ye?

Widgets pula. Saya rasa anda bukan blogger yang mencari pengikut. Kerana anda seperti mahu menulis untuk suka-suka. :). Saya hormat anda kerana itu. Kerana widget followers ke bawah. Dan bukan di atas.  Archive anda kelihatan di atas. Shoutbox pun ada. Lagu pula autoplay. Saya enggan komen lagi. ;P

Ruangan komen? Anda disable? Ada sebab kan? :). Tak mengapa. Pilihan anda pasti ada sebab munasabah.

Itu saja. Jom terjah blog iamMONOTOUS!


Thursday, May 19, 2011

Kata-Kata Terakhir

Pernah tak korang fikir tentang masa korang bersama ayah korang? Kalau dia dekat dengan kita takpela kan? Takde la nak fikir sangat. Kalau jauh pun kadang-kadang je kan? Ala. Jangan tipu la. Takkan la setiap saat korang nak fikir pasal diorang je.

Tapi tula. Korang bayangkan, kalau pada saat ini, dia sudah pergi buat selama-lamanya? Apa korang akan fikir?

Kalau aku, aku akan fikir tentang kata-kata terakhir dari ayahku. Mungkin korang fikir tentang semua kenangan indah yang pernah korang berkongsi dengannya. Setiap saat dari kecik sampai besar. Tetapi korang akan mengimbas kembali dari zaman korang jalan masih memegang tangannya sampailah korang jadi seperti sekarang.

Masa ni korang akan fikir. Apakah kata-kata terakhirnya sebelum dia pergi? Apakah perkara yang dibicarakan olehnya kepada korang sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini? Kalau sesuatu yang indah dan bermakna, mesti korang akan tenang bukan? Mudah korang nak teruskan hidup. Yela. Setiap kali teringatkan ayah korang. Boleh ingat kata-katanya yang terakhir.

Tapi kalau kata-kata terakhirnya sesuatu yang kurang enak didengar? Mesti susah nak fikir kan? Pada masa tu korang akan terfikir. Ini tak adil. Seluruh hidup korang dengannya. Ada banyak kenangan indah. Tapi kenapa benda terakhir yang dia kata kepada korang sesuatu yang korang tak suka?

Kalau kata-katanya dikeluarkan kerana sesuatu yang korang lakukan, lagi susah kan? Itu la pentingnya masa dengan ayah korang. Jangan ingat dia hidup selamanya di bumi. Sebab bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa sesiapapun. Jadi aku nak tanya korang. Korang nak ke kata-kata terakhirnya sesuatu yang buruk?

Kalau taknak. Lain kali bila jumpa ayah korang. Pastikan masa dia tinggalkan korang. Dia tinggalkan korang dengan senyuman dan tidak terguris hati dengan apa-apa korang buat. Pastikan yang korang takde masalah dengan ayah korang. Bagi hubungan korang sebaik-baik mungkin. Kerana itu mungkin kali terakhir korang berjumpa dengan dia.

Segmen Review: Kesah Syue Syada


Ini blog ketiga puluh lapan di-review!

Blog ini dimiliki Syue Syada. :)

Comel betul pemilik blog ni punya header kan? ^^,. Peluk bear gitu. Hehe. Tema blog ini pun pink. Kalau korang g tengok nanti, memang pink-pink gitu. :D. Tapi tak mengapa, pemilik blog ni asingkan background post dan background blog. Jadi masih senang dibaca.

Blog ini mempunyai semua widget yang wajib iaitu widget follower, widget shoutbox dan widget archive. Cuma archive sahaja diletakkan di bahagian yang agak bawah. Ramai juga pengikut blog ini. :)

Kita teruskan dengan bahagian comment blog anda. :). Pemilik blog ini menggunakan pop-out dan comment moderation. Itulah bagi saya pilihan bijak.

Saya nak bagi cadangan pun susah, kerana blog ini kelihatan baik sahaja. :).

Jadi saya rasa itu sahaja. Jom terjah blog Kesah Syue Syada!

Segmen Review: CoCeT cOcEt SLumbERz


Ini blog ketiga puluh tujuh di-review!

Blog ini dimiliki Slumberznanie.

Fuh. Bila korang bukak blog ni, korang akan nampak header besar pemilik blog ni. ^^,. Kata-kata hikmah yang diutarakan oleh blog ini sangat bermakna.

Okay, kita teruskan dengan berbincang tentang background. Background blog ini agak simple dan saya rasa tidak beberapa berkait sangat dengan blog ini, cuma ianya seperti hiasan bukan? :). Saya cadangkan anda menggunakan background yang lebih funky dan seronok. Kerana, dan ini hanyalah pendapat saya, blog anda kelihatan ceria tetapi background anda kelihatan muram. Cadangan saja tau? :)

Dari segi widgets pula, saya akan kata bahawa saya tidak lihat widget followers pada asalnya. Tetapi anda menggabungkannya dengan shoutbox. Bijak! :). Cuma archive jela takde. Saya cadangkan anda mewujudkannya agar pembaca senang membaca post lama.

Ruangan komen? Menggunakan pop-out dan comment moderation. Bagus. :)

Itu saja rasanya. Jom terjah blog CoCeT cOcEt SLumbERz.

Segmen Review: mya arissa


Ini blog ketiga puluh enam di-review!

Blog ini dimiliki mya arissa. ^^,.

Kalau korang pergi blog mya ni. Korang akan perasan comel tau! Sangat! Sebab ada cartoon-cartoon ni yang menjadi tema blog ini. :). 

Kalau tengok header pun dah rasa ceria kan? :D. Kartun tu pun comel. Background warna biru putih. Fuh. Tabik kat mya sebab boleh buat bagi post senang dibaca walaupun background jenis transparent di post. Bukan selalu boleh buat. :). Font pun jenis yang menarik!

Cuma satu, kerana blog anda jenis load gambar bila di-scroll, saya mendapati bahawa ini terjadi di bahagian atas kanan anda apabila saya scroll bawah dan scroll di atas balik.


Hilang gambar-gambar kan?

Okay, ke widget pula. Followers, check. Shoutbox check. Archive check. You're good to go! ^^,. Cuma mula-mula tadi tak perasan ada archive. Eh. Bukan archive, recent posts. Silap. Saya akan cadangkan archive, tapi font blog anda besar jadi saya rasakan susah.

Ruangan komen anda? Bukan jenis pop-out. Satu kekurangan di situ. Kerana pop-out menyenangkan pembaca. Lepas tu ada word verification pulak. :P. Saya tak galakkan. Lebih baik guna word verification sahaja. :)

Itu saja. Jom terjah blog mya arissa!

Blog aku simple dan kemas


PS telah menjemput saya join segmen ini. ^^,. Saya pun tertariklah. Kih3.

Comment pasal blog PS? Blog PS simple dan kemas. Boleh gitu? Wakaka. Baiklah. Blog PS ni tidak menyakitkan mata. :D. Yela. Sesetengah blog tu warna-warni sampai post pun susah baca. XD. Tapi blog PS keeps it real. Mementingkan post. Terbaiklah PS. :)

Kenapa nak masuk? Wah. Sebab nak tumpang femeslah. Wakaka. Joking. Sebab teringin menjadi sebahagian dari satu komuniti bloggers di bawah naungan PS. Wah. Menarik tak gitu?

Ada widget serabut tak sini? Rasanya tak. :/

Wednesday, May 18, 2011

Ingin Mendapat Banyak Comment?

Pernah tak korang buat post best.. Pastu ingat tunggu dalam sejam tu dapat la comment banyak-banyak. Tapi bila datang balik. Korang jadi macam ni.


HAHA. Sebab takde comment langsung. Atau tak banyak sepertimana korang harapkan.

Sebenarnya kalau korang nak tahu, nak dapat comment orang, sekadar post yang bagus pun kadang-kadang tak mencukupi. Kadang-kadang korang perlu menarik pembaca ke blog anda dahulu.

Bagaimana?

Cuba korang pergi blog orang lain comment post diorang? Mesti diorang ada keinginan nak visit blog korang pulak lepas tu. Yela. Diorang pun terharu kalau korang comment. :). Tapi kena pastikan korang pun tak sombong la. Bila orang buat something untuk kita, kita cuba balas. Sekadar visit blog diorang pun memadai. :). Jangan fikir diorang comment blog kita bermakna mereka akan sentiasa mengetahui isi blog anda. Ini pentingnya blog walking. Kita perlu ada kawan la.

Blogwalking ini umpama mengunjungi rumah orang la. Bila kita comment, seperti kita memberi hadiah. Kalau orang yang kita berikan hadiah tu rajin and sudi, nanti dia datang menjengah blog kita pulak. InsyaAllah dia comment. Bukan wajib tau comment-comment ni. Dah dia sudi. Alhamdulillah la. :). Kalau korang ping entry di group-group seperti sahabat blogger pun tak tentu ada orang tengok blog kita. Kan? ;)

So cara ni bagi aku la. Agak effektif. Yang aku lihat, memang blogwalking cara terbaik mendapatkan pengunjung. Tapi letih la. ;). So cadangan aku, biar korang dapat banyak kawan kat alam blog ni. Serious, nanti mesti ramai nak baca blog kita. InsyaAllah.


Segmen Review: Sayurlemak.blogspot.com


Ini blog ketiga puluh lima di-review!

Blog ini dimiliki Azzah! :D

Baik, kita mulakan. Blog ini sebenarnya tiada header conventional. Cuma templatenya sahaja yang kelihatan seperti mempunyai header. Cadangan saya? :). Cuba hasilkan header sendiri. Sebab header ni identiti kita. Dengan ada header, kita lebih mudah menyerlah.

Saya tak dapat melihat bilangan followers anda setakat ini. Ini menyukarkan saya membuat analisis yang sepatutnya. Tetapi saya teruskan juga. Dari segi widget, blog anda mempunyai followers di bahagian atas, tetapi chatbox di bawah. Jika anda membaca komen saya tentang hal sebegini di post sebelum ini, saya rasa susunannya patut di ataskan. Archive pula tidak saya lihat. Saya cadangkan mewujudkan archive.

Tentang template, cantik! Berbunga-bunga! Saya perasan font blog anda agak besar. :D. Senang dibaca.

Bila pengunjung ingin memberi comment, sangat mudah kerana ada pop-out. Dan anda enable comment moderation. Bagus. Senang anda tahu bila ada orang comment. ^^,

Itu saja dari saya. :). Jom terjah blog Sayurlemak.blogspot.com

Segmen Review: sepanjang jalan kenangan


Ini blog ketiga puluh empat di-review!

Masa masuk blog ni nampak header empunya blog. Fuh. Macam exclusive je header dia. :D. Cantik pulak tu. Pastu turun lagi. Whoa! O.O. Followers! Ramai! ^^,.

Teruskan dengan review. Dari segi penyampaian. Tema blog ini hitam. Backgroundnya berbentuk GIF. Kelihatan bintang jatuh. ^^,. Tetapi bukankah background GIF melambatkan loading blog? Pendapat saya tentang blog ini adalah ianya kelihatan muram. :/. Maaf ye? Pendapat saja.

Dari segi widget, kedudukan followers, dan shoutbox dapat dilihat. Namun saya tidak mengesan archive. Archive itu menyenangkan pembaca blog kita untuk mengetahui post anda ini baru ataupun tidak. Jika baru mungkin dia ingin membaca post lama. Jika lama, mungkin dia mahu membaca yang baru.

Tentang ruangan komen, pop-out sudah bagus. Cuma saya syorkan penggunaan comment moderation. Kerana ianya akan menyenangkan anda untuk mengetahui komen-komen terbaru,

Itu saja rasanya. :). Jom terjah blog sepanjang jalan kenangan.

Segmen Review: ♥ sarangHae ♥





Ini blog ketiga puluh tiga di-review!

Blog ini dimiliki SyahRidzeah. :D

Masa buka blog ni nampak header yang begitu menarik. Walaupun simple, tetap menarik hati. ^^.. Tema blog ini pink-pink gitu. Bubble-bubble di background. Semuanya pink. Cuma post sahaja ber-background putih. Saya rasakan ini pilihan yang bijak.

Teruskan ke widget. :). Followers dan shoutbox ada. Itu sudah memadai. Cuma tiada archive. Saya cadangkan anda mewujudkan archive. Semasa mengunjung blog anda, widget followers hilang. :/.

Penggunaan pop-out bagi saya sangat menyenangkan pembaca. Comment moderation juga satu perkara yang saya rasa patut diamalkan oleh semua bloggers. :)

Sebenarnya saya tak tahu nak comment apa lagi, cuma saya cadangkan widget followers dan shoutbox di ataskan sedikit. Lagi satu, mengapa tiada tarikh untuk post anda? Mesti ada sebab kan? :P

Tuesday, May 17, 2011

Sibuk Memanjang

Nak tahu apa aku buat selama ni? HAHA. Tengok kat atas. Aku mengambil bahagian dalam berdepan dengan soalan bertubi-tubi dengan bakal pelajar Asasi Undang-Undang di UiTM.

Kelakar jugak mereka ini. Soalan macam-macam dikeluarkan seperti,


Hadoi.

Pastu wajib ada senior yang mengertak junior sebegini,


Tapi tipulah aku sentiasa di sini. Sebab harini sepatutnya aku daftar group untuk next sem. Tapi tak keluar-keluar jugak cakap boleh. Yang keluar hanya ini.

Adoi. Pendaftaran masa buka takda group dalam. Sekarang cakap tutup. Dah dulu buka pun tak boleh masuk. Ada orang cakap jadual dah tulis hari ni. Tapi. Dahla. Entah. Serabut kepala fikir. Tambah dengan ura-ura UiTM akan mendapat 800 junior baru. Lagi pening kepala. Yela. UiTM Kuantan tu 'besar sangat' kalau korang nak tahu. Tak percaya pergi la tengok.

PS: Kepada yang menunggu blog anda di-review. Mohon maaf. Harini letih sikit. Harap bersabar ye? :)

Monday, May 16, 2011

Segmen Review: Bila Hati Izzaty Hedry Berbicara

Segmen Review Blog Bebelan Saja masih lagi dibuka. Ingin menyertai? Tekan sini.


Ini blog ketiga puluh dua di-review!

Blog ini dimiliki Izzaty Hedry.

Sebenarnya perasaan takut menyelubung apabila mesej ini muncul.


Tapi takpela. Demi mendapatkan keadilan. Saya teruskan. Chewah.

Tema blog ini pink dan hearts. Cun la jugak. :). Nak comment pun susah sebab dah cantik. HAHA. Cuma masalah tadi la. Warning tu. Sebenarnya kenapa jadi begitu? Mesti ada orang tak jadi singgah sebab warning tu kan? Saya cadangkan cuba selesaikan masalah itu. Tapi mesti anda cari tapi tak jumpa penyelesaian bukan? Baru je baca post baru anda ni. Mungkin masalah pada template. Tapi saya cadangkan awak buang energy saving mode awak. Rasa-rasa hilang lepas awak buang. :). Ni lepas saya check code blog awak la.

Header anda sudah cantik. Tapi jika saya tidak silap. Anda mempunyai header lain bukan? :). Cantik juga. Pandai anda buat header ya? Buatkan untuk saya? Wakaka. Post senang dibaca. :). Bagus. Bagus.

Tentang widget. Followers ke mana? Nak rahsiakan eh? Wakaka. :P. Shoutbox ada. Cuma archive je. Saya rasa ini semua pilihan awak dan ada sebab kan? :). Nak kata awak tak tahu customize tu memang menipu lah kan? Awak seperti sangat berkemampuan. Comment moderation? Saya cadangkan awak guna. :)

Itu saja. Jom terjah blog Bila Izzaty Hedry Berbicara!

Nak join Segmen Review Blog Bebelan Saja? Tekan SINI.