Wednesday, May 4, 2011

Bla bla bla.. Illuminati

Korang mesti pernah dengar pasal illuminati kan? Pasal New World Orderlah. Pasal rancangan untuk menguasai dunialah. Blablabla. Kalau baca buku-buku Dan Brown pun banyak. Bayangkan, AJL 24 yang tahun lepas pun dikaitkan dengan illuminati.

Apa? AJL tahun lepas ada kaitan dengan Illuminati? BIAR BETUL? Betul. Baca di sini. Tapi mungkin korang dah baca. Lantak lah. Malas buka? Takpe. Biar saya tunjuk.



Okay, di atas unsur Illuminati. Lihat dibawah. Ini AJL 24.




Nampak? Sumber gambar semua dari sini.

"Eleh kau! Kebetulan jela! Yang kau kecoh ni apahal!??"
"Bising ah kau! Bukan mampos pon kalau macamtu pon!"

Relax. Aku bukannya obses dengan benda ni. Cuma bagiku ianya sesuatu untuk difikirkan. Sebab selalunya, kemana sahaja aku pergi. Mesti ada satu puak yang begitu obses dengan illuminati ni. Sikit-sikit, "Kau tahu tak ada unsur Illuminati dalam East Coast Mall kat Kuantan tu?", atau "KLCC tu perancangan freemason untuk menguasai dunia!".

"Begitu?", jawabku sedikit tertarik. Sedikit jelah.

Nak minat benda macamni aku tak kisah. Hak kau kan? Tapi pesanan aku, jangan obses sangat sampai kerja nak menakukan orang aje. Ada banyak benda kat dunia ni. Illuminati tu mungkin betul. Tapi mungkin tak. Mana aku tahu. Tapi kalau obses, memang satu dunia kau kabur dengan Illuminati. Bila aku tanya soalan-soalan ni, diorang senyap. "Jadi apa patut aku buat?" dan "Kau buat apa nak halang benda ni kalau betul?"

Jangan obses sampai jadi macamni cukup.



Jadi, pandai-pandailah fikir. Kalau minat, ada bagusnya. Tapi jangan sampai semua benda nak kaitkan dengan Illuminati. Takkanlah ketupat pun Illuminati kot? -.-".

10 comments:

cik bAtu said...

wakaka....smpai bab ketupat tuu xleh blahhh...

Arif Azmi said...

Cik batu: Tulah.. HAHA.. harap2 tak jd la.. :P

Amira Chan said...

Nice topic.
:D
dah follow
hit me back.;)

Arif Azmi said...

Amira: Aite.. :)

Cik Cempaka said...

hoihhh

itu ketupat kampung kite tuh

alamakkkk...pasni balik kampung pun diharamkan jugak ke

haha, brilliant idea lah

Riffzam said...

erm.tu lah.mungkin perkara freemason ni mungkin diselewengkan org.bahaya juga.apa yg ditonton di YouTube jgn percaya sgt.sebab kita tak tahu mereka dibelakang tabir nya kan.mana lah tahu mungkin boleh memesongkan kita.senang cerita lebih baik kita percaya kan al-Quran sahaja.itu lebih mudah.sebab semua orang sekarang mahir dalam komputer.sesiapa sahaja blh buat video. :)

itu pendapat aku.

link blog aku yg baru : blogriffzam.blogspot.com

Arif Azmi said...

Cik Cempaka: HAHA.. perlu diharamkan! XD.. Thanks..

Arif Azmi said...

Ariff: Betul2.. Susah la sekarang.. nak tau smua bnda yg betul.. -.-".. semua boleh diselewengkan.. Okay.. :D

Izyan Masri said...

KALAU SI MINAH GAGA PUNYA KLIP VIDEO LAGI LAH JELAS2 BENDA NI SEMUA :D

Arif Azmi said...

izyan: Ya! Semua ada illuminati! ^^,