Monday, May 2, 2011

Duit Rakyat Kemana?

Aku pernah dengar soalan ini. Seringkali diutarakan. Mungkin ini berbunyi seperti politik. Tetapi kita harus tahu sebenarnya apa jadi. Masalah di Malaysia adalah bahawa cerita yang dibawa oleh media dimanipulasikan. Pemimpin sekarang bukannya mahu menunjuk idealogi bagaimana hendak memajukan negara, tetapi mahu menuding jari menyatakan pihak itu melakukan salah. Apabila sudah habis idea untuk mengotorkan pihak lawan, cerita lama diungkitkan kembali. Sudah. Kembali kepada tajuk.

"Cukai kereta import sampai 300%! Pergi mana bayar banyak tu?"

"Gaji Malaysia danla rendah!"

"Kerajaan guna duit buat apa? Tak nampak pun"


Bila orang keluarkan ayat macamtu. Aku macam terkilan la jugak. Sebab kita selalu kata benda-benda sebegini, walhal sebenarnya duit itu ada digunakan untuk tujuan baik. Dan alhamdulillah, aku sempat merasakan sesetengah dari kemudahan yang diberikan kerajaan.

"Apa yang kau dapat?"

Aku dahulu ditempatkan di sebuah Sekolah Berasrama Penuh di Sungai Petani, Kedah. Di situ aku dapat merasakan hidup sebagai seorang pelajar berasrama penuh. Di sana kami diberi makanan sehari lima kali. Sarapan pagi, minum pagi (kuih muih), makan tengahari, makan malam, dan supper. Kau bayangkan sehari lima kali. Kami hanya bayar RM1 setiap hari. Yang lain? Ditanggung kerajaan. Satu sekolah 600 pelajar. Di Malaysia ada 50+ Sekolah Berasrama Penuh. Kiralah sendiri! Berapa banyak kerajaan tanggung untuk makanan sahaja. Ini tidak termasuk peruntukkan sekolah lagi. Itu sekolah berasrama. Sekolah harian? Diberi peruntukkan lain pula. Bukan mudah memuaskan hati semua orang. Tetapi kerajaan tidak duduk lenggang tidak melakukan apa-apa.

Di Universiti. Aku bernasib baik kerana diberi peluang mengambil program Asasi Undang-Undang di UiTM Kuantan. Di sini kami diberi elaun. RM1,250. Sebenarnya banyak lagi. Tetapi aku tolak yuran penginapan dan yuran pengajian. Kau bayangkan. Lebih kurang percumalah belajar di situ. Itu aku. Berapa banyak pelajar UiTM yang mengambil program asasi? Semuanya mendapat elaun. Asasi Undang-undang, TESL, dan Sains. Mungkin kami patut dapat lebih. Tetapi sedarkah anda? Sebenarnya kemasukan lebih ramai dari yang akan ke ijazah yang sebenar? Jika kerajaan mahu, boleh saja kemasukan ke program ini diperketatkan dan elaun juga boleh meningkat. Jadi fikirlah sendiri.

Itu di sektor pendidikan. Itu saja?

Tidak. Aku ceritakan tentang kesihatan pula.

Aku anak sulung. Aku mempunyai tiga lagi adik. Dari aku ke adik aku yang kedua. Kami dilahirkan di Hospital Swasta. Menggunakan kaedah operation. Bukan secara natural birth. Sekurang-kurangnya harga untuk operation sahaja adalah RM3,000. Kau bayangkan. Itu untuk bayi normal.

Adik aku yang ketiga. Dia kurang bernasib baik. Semasa 6 bulan mengandung. Doktor di hospital swasta berkata bayi itu perlu dilahirkan secepat mungkin kerana ada masalah. Doktor di hospital itu menyatakan bahawa peluang untuk adik aku hidup sangatlah tidak cerah. Jika ingin dimasukkan kedalam inkubator kata mereka, RM1,000 satu malam.

Tetapi ibu dan ayahku tidak berputus asa. Mereka membawa adikku itu ke Hospital Awam. Hospital Ampang di Selangor. Semasa di sana, doktor berkata peluang untuk adikku hidup sangat cerah. Eh? Begitu pula? Dia dimasukkan inkubator selama 2 - 3 bulan. Kau bayangkan. Dengan operation tambah dengan tempoh masa di inkubator. Agak-agak berapa banyak yang akan dikenakan? Jangan terkejut. Kurang dari RM 1,000.

Jadi, sebelum menuduh menyatakan kerajaan tidak membantu kita langsung. Fikirkanlah betul-betul. Kerana kerajaanlah aku dapat melanjutkan pelajaran. Kerana kerajaanlah adik aku dapat bergelak ketawa sekarang. Aku bukannya pro-kerajaan. Aku juga bukan pro-pembangkang. Tetapi aku mahu menyedarkan semua tentang kewujudan dua bahagian dalam satu cerita. Allahualam.


37 comments:

syaiful aidil said...

biasala..bila terlalu terbawa2 dgn menkritik sahaja..yg nmpak sume kelemahan..kalau pembangkang yg mentadbir..agak2 takde langsung ke kurapsi ? takde langsung ke telan duit rakyat..haishh.

riffzam said...

betul tu! :) aku setuju.dulu masa aku kat MRSM kan.makanan yg dihidangkan sehari RM10 :) dan satu maktab ada lebih kurang 800 org.dan MRSM seMalaysia pula ada 40 buah.bayangkan berapa byk tu?

betul itu.kerajaan guna duit yg kita byr kita tu utk kita semula sebenarnya! :)

tapi kalau nak kata petrol naik ke?tarif elektrik naik ke? tanya lah dunia kan.

tarif elektrik naik bkn sebab kerajaan walaupun TNB tu milik separa kerajaan menerusi GLC tapi kos utk menjana elektrik amat tinggi dgn jumlah arang batu yg semakin berkurang.so,TNB guna kan duit kita utk mencari sumber baru.

kalau petrol tu aku tak tahu lah kenapa naik kan.erm.ada sumber ckp kita punya petrol dijual ke luar dan import petrol dari luar.sebab petrol kita terbaik di dunia.dan harga petrol dinaikkan sebab ikut pasaran dunia.

dan kalau nak kata kerajaan tak guna tak betul.tu salah.bukan kerajaan tapi kakitangan awam yg menguruskannya.cuba bayangkan tentang sesuatu projek.kerajaan, kementerian kewangan telah serahkan duit utk dibayarkan kpd mereka yg menjalankan projek.tapi sampai kat tgn mereka iaitu kakitangan awam ni.dia songlap duitnya.sbb tu lah skrg ramai kakitangan awam ditahan SPRM.

*erm.bagi aku lah mereka yg tak tahu politik dan ekonomi tu tak payah byk cerita.bersyukurlah hidup kat Malaysia.org Melayu kita kat S'pura hidup melarat lagi kesian.kita di sini hidup alhamdulillah. :)

Arif Azmi said...

syaiful: tula.. susah betul kadang2.. :/.. nak puaskan smua orang memang susah..

uMi_atiQaH said...

walapun sy brsekolah sparuh krajaan dan sparuh swasta,sy brsyukur sgt dgn kmudahan yg diberi.klau yg mengkritik tu mmg x nmpak la kot kemudahan yg dnikmati sekarang.hny tahu ckp guna kpala lutut jer.apa2 pn,gud post to share..

Arif Azmi said...

ariff: wahh.. panjang betul komen.. ^^,..

Haaa.. Tu MRSM pulak! Siapa kata kerajaan tak tolong? Haiya.. Apa la diorang..

Tenaga naik.. Satu dunia naik! HAHA.. And petrol tu aku dengar camtu gak.. ^^,..

Betul2. kdg2 bkn kerajaan yg bersalah.. kakitangan awam ni la.. adoi.. -.-"

Alhamdulillah.. Nikmat duduk di Malaysia.. :)

Arif Azmi said...

Umi: Kerajaan cuba membantu juga walaupun tak banyak.. :).. Yang cakap tu mmg mnyakitkan hati kadang2.. Cakap tak tgk fakta.. haizz..

Aqila Safuan said...

riffrizam tu everywhere. hahahaha. shhh

alhamdulillah ceq tak cakap duit kerjaan poei manee.

Arif Azmi said...

aqila: HAHAHA.. ala.. dya rajin blogwalking.. :)..

:P.. haha.. rileks la..

Syafiq Aizat said...

Waa.. bagusnye!!
Yeah, aq setuju giler2..
Masih ade lagi yg komplen macam2, gi cari kesilapan2 kenapa perlu naik harga barang, ataw penarikan ape2 kemudahan terperinci giler2.., tapi bnde "simple" macam ni diorang tanak pikir..
haha.. Laik!

syaiful aidil said...

betol..mostly orng yg x tahu pasal ekonomi da politik suke melepaskan ape yg diorang dengar..yg diorang tahu barang naik..bila tanye sebab ape ? jawab nye..barang naik..kelakar pon ade.

bak kata ustaz zaharuddin..orang kita suke tengok dari satu perspektif je. bab lain..tak amek endah..bila tanya, haram..dalam poket ada ape..haramm. macam amne nk aplikasikan..tak tahu. haha. :D

kalau bab ekonomi dan penggunaan duit rakyat..orng2 ni speatutnya kaji dulu sebelum menuduh. Kenaikan harga barang biasanya berkait rapat dengan masalah kewangan dunia dan harga minyak. amek contoh apabila kemelut berlaku di negara2 pengeluar minyak, kesannya ? dunialah..

contoh masalah ekonomi yg membawa kpd kenaikan harga barang..pengurangan jumlah pekerja dan kadar jam waktu operasi kilang dan sbgnya..contoh mase tahun 2008, berpunca dari tahun 1999 lagi..bila institusi yg mengawal aliran pertumbuhan ekonomi dunia buat silap dengan penggunaan subprima..pastu buat silap lagi dengan menurunkan kadar cukai yg berpihak kpd orng kaya sahaja..sekaligus, membawa kpd masalah ekonomi dunia. Negara2 lain mcm kita terpaksa la naikkan harga..kurangkan pekerja..dan macam2 lagi bila jumplah eksport dan cross domestic yg mostly demandnye drpd us semakin berkurangan. Yang ditunding..satu pihak sahaja.

riffzam said...

aqilah : haha.well.aku komen kat blog kau kan?haha.

arif : ye.kita mmg kena bersyuur lah sbg bumiputera.untung kita sbb ada artikel 153 tu.sbb dpt masuk UiTM.asrama penuh kan?kalau tak ada.memang kurang tempat utk kita.

syaiful : aku sokong.dan nak tambah.bagi mereka yg sgt melenting pada hari ni.kenapa tak melenting dahulu.masa 13 Mei dulu.nampak kerajaan tak blh memerintah. so,tukarlah.masa 1990 dulu.kenapa tak tukar?sekarang bila dah berdiri tegak KLCC tu.tersergam indah Putrajaya.baru nak melenting utk tukar kerajaan.

*itu pandangan aku ye. :)

Arif Azmi said...

syafiq aizat: Thanks.. :).. Betul tu.. Komplen je tahu.. Bab bersyukur.. Hmmm..

Arif Azmi said...

syaiful: HAHA.. lawak jawapan dye..

Btul2.. Kita kena tgk from all perspectives.. :).. Bila something happens.. Kena la tgk kenapa dulu.. Baru tuding jari ke ape.. Ni belum apa dah marah2.. Silap orang lain.. Orang lain kena marah.. ish2..

Arif Azmi said...

Ariff: Haaa.. ygtu aku cukup setuju! Artikel 153 banyak batu kita.. ^^,

beeha ben said...

wah! dah lama beeha nak luahakan pasal ni..tapi tak tau mcm mana nak tulis! hee....


betul2..sangat setuju..ideologi kita sama..hahah..

Arif Azmi said...

beeha ben: ^^,.. Sebenarnya ramai lagi rasa macamni kan? Tp susah nak tulis kadang2..

Aqila Safuan said...
This comment has been removed by the author.
Cik Cempaka said...

huhu

Kat UiTM dulu pun, makan free, tido free, yuran pon mcm free rm300/sem...

insaf plak

Aqila Safuan said...

hai riffrizam . aha . sebenarnye tak kisah pun kamu komen everywhere. haha *malunye!. tapi kamu punya pengetahuan lagi hebat gila daripada saya , dri segi politik lah. so .. jgn marah sgt yeh dgn pndgn politik dri segi saya yang bongak dan bongkak ini. wakaka. ok itu sahaja. sekian .
peace no war.

Arif Azmi said...

cik cempaka: baguslah kalau insaf.. keh2.. ^^,

Cik Aish said...

very nice entry!! patut dibaca oleh orang yang tak sedar dek untung..huhu..

Arif Azmi said...

Cik Aish: Thanks.. Yup.. Harap2 diorang bacalah..

GeminiGurlz said...

nk komen juga bole? Hehe.. Insaf skejap pas baca entry ni.. Bab skrg ni stdy gune duit kerajaan jugak.. Sbb undr kkm.. Elaun rm621 sbln.. Pastu sewa bilik semua dieorg byr.. Masuk plkn jga.. Mkn duit kerajaan juga.. Tp dlu sy ngn abg sy xdpt pinjaman b.teks dri darjah 1 smpai f.5.. Itu abg aku.. Aku smpai f3 je.. F4&f5 dapt da pnjaman b.teks.. Msa tu mmg bngangla sbb pkr kerajaan xadil.. Hehe.. P skrg.. Da puas hati.. Dpt mkn duit kerajaan.. Sekian..=>

riffzam said...

aqila :hehe.tak mengapalah.sama-sama kongsi.saja nak bagi nampak perkara yg tersirat tapi diperkotak-katikkan. :)

arif : aku suka sangat entri ni!hehe. :) hehe.terbaiklah!harap mereka yg sibuk memberontak kat FB & Twitter tu sedar diri dan fikir secara kritis sebelum menuding jari. :)jgn tgk keburukan tapi lihat kebaikkan!dan sblm kritik ketahui fakta segalanya baru kritik.

Arif Azmi said...

Gemini: Wah.. :D.. Banyaknya dapat.. Jelesnye.. HAHA.. tula.. kerajaan banyak membantu kan? ^^,

Izyan Masri said...

EYH.BUDAK SBP JUGAK.GENG LAH KITA NI.SBP KAT SG PETANI SBP APA YE ? :D

Arif Azmi said...

Yan: ^^,.. SBP! Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa..

GeminiGurlz said...

kerajaan mbntu tnpa kita sedari..hihi

miss minn said...

yeap... sangat banyak.... ekceli bukan sekolah SBP saje, sekolah asrama yang cikai cikai mcm kat Muadzam pun ada bantuan kerajaan... so, nak apa lagi?

Arif Azmi said...

gemini: betul2!! ^^,

Arif Azmi said...

miss minn: haha.. tu la.. banyak jugak kerajaan bagi.. kita je tak sedar smua..

syzwnsrwk said...

tak layak nak hentam kerajaan sebab sendiri pun dah banyak menikmati kesenangan daripadanya. huhuh

Arif Azmi said...

syzwnsrwk: ^^,.. Kita kenadapat bersyukur kemudahan kan?

ikmalhmt said...

Arif, some people said this to me.

Duit rakyat datang dari rakyat maka itu tanggungjawab kerajaan menyediakan pelbagai kemudahan pada rakyatnya. Hatta negara-negara blok komunis pun sediakan pelbagai kemudahan untuk rakyatnya.

Did you agree Arif?

Arif Azmi said...

Sir Ikmal: A good point to ponder on..

Duit rakyat sememangnya dari rakyat untuk rakyat. Bermaksud semua ini sememangnya harus diberikan kepada rakyat? Benar. I agree. Cuma sesetengah pihak yang menafikan bantuan dari kerajaan wujud yang membingungkan saya. :). Kerajaan sememangnya wajib memberikan kemudahan. Tetapi kadang-kala kita lihat kekurangan dalam pentadbiran sesebuah negara atau negeri sehinggakan kita lupa akan kemudahan lain yang diberikan. Mungkin kita patut mendapat lebih banyak kemudahan. Tetapi ini semua di tangan rakyat apabila mengundi. Jika yakin parti ini boleh menunaikan tanggungjawab dengan lebih baik, undilah mereka.

With that I would have to say I agree with what you say sir. :)

ikmalhmt said...

Arif,

Tidak perlu bengang dengan mereka yang menafikan segala bantuan. Itu memang lumrah manusia, cuba perhati sekeliling kita, ada bukan manusia sebegitu? Mengharap orang berterima kasih pada kita bukanlah sesuatu yang molek, kalau kita ikhlas menunaikan tanggungjawab, isu terima kasih bukanlah perkara utama. Apa yang dilaksanakan tu lagi penting.

Kamu takkan confuse sekiranya kamu faham konsep berkerajaan atau 'governance' itu sendiri.

Arif Azmi said...

Thanks sir.. :)

Benar juga apa yang dikatakan sir. Sekiranya sesuatu itu dilakukan dengan ikhlas, orang itu takkan mengharapkan ucapan terima kasih. Fikirannya akan lebih tertumpu kepada menunaikan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya.

Saya akan cuba sedaya upaya untuk lebih faham konsep berkerajaan selepas ini. Saya masih pelajar, masih banyak yang saya perlu faham.

Sekali lagi, terima kasih sir kerana mengingatkan saya tentang perkara ini. :)