Monday, May 30, 2011

Hilang Mood.

Entri ini pendek saja. Cuma nak cakap malam ni aku takde mood nak review lagi dua blog seperti yang aku lakukan. Blog yang aku review tadi sudahpun mengambil kesemua tenagaku. HAHA. Tipulah. Tak la. Aku pun tidak tahu mengapa. Mungkin kerana aku akan kembali ke Kuantan tak lama lagi. Satu lagi semester.

Selalunya aku gembira. Tetapi entah mengapa aku berasa berat hati kali ini. Mungkin kerana aku terfikir kata-kata senior yang menyatakan subjek semester inilah paling susah. Aku bukan fikirkan apa, cuma aku ingin menambahbaik keputusan semester satu dan semester dua aku. Semester tiga inilah penentu CGPA aku sebenarnya. Harap-harap tidak turunlah. :/. Jika turun pun janganlah sehinggakan apa yang aku harapkan tidak menjadi. Ini masih asasi. Inilah masanya aku menyerlah. Nanti di peringkat degree tidak tentu aku dapat menikmati keputusan yang baik sebegini lagi.

Tak mengapalah. Mungkin aku harus tingkatkan usaha saja. Demi Deans List pada semester 3! InsyaAllah. Jom ramai-ramai target dapat results mantap? ;). Siapa nak buat study group dengan saya angkat tangan! *Poyo macam ada orang teringin. HAHA


No comments: