Thursday, May 19, 2011

Kata-Kata Terakhir

Pernah tak korang fikir tentang masa korang bersama ayah korang? Kalau dia dekat dengan kita takpela kan? Takde la nak fikir sangat. Kalau jauh pun kadang-kadang je kan? Ala. Jangan tipu la. Takkan la setiap saat korang nak fikir pasal diorang je.

Tapi tula. Korang bayangkan, kalau pada saat ini, dia sudah pergi buat selama-lamanya? Apa korang akan fikir?

Kalau aku, aku akan fikir tentang kata-kata terakhir dari ayahku. Mungkin korang fikir tentang semua kenangan indah yang pernah korang berkongsi dengannya. Setiap saat dari kecik sampai besar. Tetapi korang akan mengimbas kembali dari zaman korang jalan masih memegang tangannya sampailah korang jadi seperti sekarang.

Masa ni korang akan fikir. Apakah kata-kata terakhirnya sebelum dia pergi? Apakah perkara yang dibicarakan olehnya kepada korang sebelum meninggalkan dunia yang sementara ini? Kalau sesuatu yang indah dan bermakna, mesti korang akan tenang bukan? Mudah korang nak teruskan hidup. Yela. Setiap kali teringatkan ayah korang. Boleh ingat kata-katanya yang terakhir.

Tapi kalau kata-kata terakhirnya sesuatu yang kurang enak didengar? Mesti susah nak fikir kan? Pada masa tu korang akan terfikir. Ini tak adil. Seluruh hidup korang dengannya. Ada banyak kenangan indah. Tapi kenapa benda terakhir yang dia kata kepada korang sesuatu yang korang tak suka?

Kalau kata-katanya dikeluarkan kerana sesuatu yang korang lakukan, lagi susah kan? Itu la pentingnya masa dengan ayah korang. Jangan ingat dia hidup selamanya di bumi. Sebab bila-bila sahaja Allah boleh tarik nyawa sesiapapun. Jadi aku nak tanya korang. Korang nak ke kata-kata terakhirnya sesuatu yang buruk?

Kalau taknak. Lain kali bila jumpa ayah korang. Pastikan masa dia tinggalkan korang. Dia tinggalkan korang dengan senyuman dan tidak terguris hati dengan apa-apa korang buat. Pastikan yang korang takde masalah dengan ayah korang. Bagi hubungan korang sebaik-baik mungkin. Kerana itu mungkin kali terakhir korang berjumpa dengan dia.

10 comments:

cik rama-rama said...

ayh selalu outstation..sabtu n ahd jer ade kt rumah..tp mlm2 selalu facebooking lar dgn ayh...

tp kata2 terakhir tu...urmmm...blum ready lgi... :( msih perlukan ayh.

Puteri Kasih said...

sebolehnya kita perlu cuba untuk tidak menguriskan hati sesiapa..terutamanya mak dan ayah. jangan bila mereka dah tak ada nanti baru kita nak sedar kan

Arif Azmi said...

@Cik rama-rama: Susah kan? :/.. Haizz..

Arif Azmi said...

@Puteri Kasih: Haah.. Kena cuba.. :').. Bila takde nanti tak guna menyesal..

linda a.k.a ibusumaiyah said...

ibu dah 2 tahun lebih takde abah..:)...tapi masih ingat aper yang abah ajar...:)

Arif Azmi said...

@linda aka ibusumaiyah: Im so sorry to hear that.. :/

aque said...

skrg duduk ngan family... sangat x leh bayang kalo ayah ngan mak dah x ada....

sedey pulak~~~

Arif Azmi said...

@akue: tula.. :/.. susah nak fikirkan..

Cik Asma BLuppy said...

hargai selagi dorang masih ada^^
love my mum n dad!

Arif Azmi said...

@Cik Asma: Yeah! Hargai mereka.. ^^,