Wednesday, May 11, 2011

Politik. Guna Akal Bukan Hati.

Bila kita berbicara tentang politik, kita seharusnya bijak mengutarakan pendapat. Jika hanya pendapat, kemungkinan besar ideologi itu tak akan diterima jika dilakukan dengan niat yang salah. Sebelum membabi buta menuding jadi, kita perlu memahami situasi yang sebenar yang sedang berlaku. Jangan membaca sedikit dan berlagak sombong seperti sudah tahu segalanya.

Perlu kita fikir dengan lebih kritis dan mengambil semua informasi yang berkaitan. Jangan baca surat khabar ini dan membuat konklusi. Sekiranya konklusi itu tidak disuarakan, sudah tentu aku tidak kisah. Tidak menganggu sesiapapun. Namun jika ianya disebarkan. Sudah tentu ada orang yang akan tersinggung. Akan ada yang membantah. Perbalahan berlaku. Bagaimana mahu mencapai keamanan yang abadi? Kononnya kita sudah besar. Kita sudah bijak mengeluarkan pendapat sendiri. Benar. Tetapi jika pendapat itu berdasarkan cerita sebelah pihak sahaja tanpa bukti yang sahih dan cukup, mana mungkin itu pendapat yang patut mengambarkan realiti sebenar?

Contoh yang terdekat adalah apabila harga gula naik. Sesetengah pihak akan lihat ini.

"Harga runcit gula dinaikkan sebanyak 20 sen sekilogram kepada RM1.65 di Semenanjung dan RM1.75 di Sabah dan Sarawak"

Baru baca itu, sudah mula kecoh menyatakan kerajaan mahukan duitlah, apalah. Belum membaca sebab kenaikan.

Cuba baca ini pula,


"Kerajaan Isnin mengumumkan kenaikan  harga gula sebanyak 20 sen daripada RM2.10 kepada RM2.30 sekilogram mulai Selasa.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Mohd Zain Mohd Dom berkata langkah untuk merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Ekonomi hari ini.
"Kerajaan telah membuat keputusan untuk merasionalisasikan subsidi dan dalam hal ini, Majlis Ekonomi menetapkan subsidi tanggungan kerajaan untuk gula perlu diturunkan lagi," katanya kepada pemberita di Putrajaya.
Bernama melaporkan beliau berkata walaupun berlaku kenaikan, harga runcit gula di Malaysia masih rendah berbanding negara serantau seperti Indonesia, Singapura, Thailand dan Filipina.
Sebagai contoh, katanya harga runcit gula di Indonesia ialah RM3.80 sekilogram, Singapura (RM3.61), Thailand (RM2.31) dan Filipina (RM4.50).
Mohd Zain berkata sebelum merasionalisasikan harga runcit gula itu dibuat, kerajaan terpaksa menanggung subsidi sebanyak RM400 juta setahun.
Dengan kenaikan harga gula sebanyak 20 sen, kerajaan masih menanggung subsidi sebanyak RM283.4 juta setahun dan penjimatan sebanyak RM116.6 juta setahun boleh diguna untuk pembangunan lain, katanya.
Beliau berkata kebanyakan gula yang berada di pasaran negara diimport dari Australia dan Brazil.-9/5/2011"  Sumber: Agenda Daily
Jadi? Fikirlah sendiri. Ingin mengutarakan pendapat? Tanyalah diri. Adakah kamu benar benar mengetahui akan hal yang sebenar?

12 comments:

riffzam said...

aku setuju tu.sama juga situasi nya bila harga minyak naik.situasi nya sama.

erm.aku susah nak komen lah.nanti naik semester lah aku komen.hehe. :)

*aku bukan penyokong tetap kerajaan.ada masanya juga lah.tapi kena lah terima kenyataan kot. :)

Arif Azmi said...

HAHA.. tula.. aku tgk post2 aku.. mula rasa macam aku ni pro kerajaan pulak.. waduh.. susah la.. -.-"

cmne nak duduk atas pagar? HAHA

riffzam said...

haha.agak lah.nanti org label ektremis lah.obses dgn kerajaanlah. haha.susah.

dan mereka yg kebanyakkan merungut tu bagi pendapat aku lah memberi komen menggunakan hati bukannya akal.mcm tajuk kau tu. :) sesuai lah sgt. :)

Arif Azmi said...

adoi.. lepas ni kena buat post tlg pembangkang.. wkakaka.. XD..

haah.. tu yg aku cuba sampaikan.. tapi tengah2 tulis tu g main fb.. pastu terlupa nak cakap apa.. pastu tulis jela mnde tu.. kah2..

riffzam said...

agak lah. :p

haha. :)

cik rama-rama said...

rakyat malaysia manja sangat..nk subsidi jer...x fikir anak cucu cicit kita nanti.

Arif Azmi said...

tula.. tak berfikiran jauh.. -.-"

riffzam said...

cik rama-rama & arif : betul tu.kita manja sgt.subsidi saja.asyik fikirkannya.akibat terlalu bergantung kot.

Arif Azmi said...

China nak hapuskan subsidi kan? Kenapa rakyat kita tak seperti mereka? Fahami situasi sebenar..

uMi_atiQaH said...

hrga gula di mlaysia jauh lgi murah upenya...bru tahu..(^^)

Arif Azmi said...

umi atiqah: bnyk je subsidi kerajaan.. :).. so bnyk barang murah sebenarnya..

riffzam said...

subsidi.subsidi.erm. :) hehehe.

bila kita ckp sikit.dia pula melenting ckp yg kita ni berbeza dgn dia.kita ni berduit.dia tak.tapi itu realiti yg kena hadapi.harga barang tetap akan naik.mungkin tak kelmarin.tapi esok lusa akan terjadi juga.tak kira lah kerajaan atau memerintah.ceritanya tetap sama.akan naik.subsidi terpaksa diturunkan. :)