Sunday, May 8, 2011

Segmen Review: Bidadari-Kayanganku

Segmen Review Blog Bebelan Saja masih lagi dibuka. Ingin menyertai? Tekan sini.



Ini blog kesepuluh di-review!

Bila anda buka sahaja blog ini. Wah! Header cantik! Di sini anda boleh lihat header yang mempunyai kreativiti disematkan.

Background blog ini putih suci! Tulisan hitam. Kalau tak nampak apa yang ditulis, saya tak tahu nak cakap apa lagi. :P

Takde lagu? Bagus. :P

Tetapi, langit tidak selalu cerah. Chewah. Sorry ayat poyo.

Pendapat saya, adalah.. Satu, widget follower terlalu jauh di bawah. Bila ada pengunjung di blog anda, jika anda meletakkan widget follower di atas, menjadi lebih senang untuk mereka menjadi pengikut. Kedua, shoutbox. Shoutbox ni tak wajib. Cuma menyenangkan orang meletakkan link di blog anda. Kalau tak ada pun takpe, menggalakkan orang untuk comment di blog anda. Ketiga, archive blog anda terlalu ke bawah. Cuba letakkan di atas. Sebab memudahkan orang untuk melihat post-post anda yang lama dan baru. Last sekali, tentang ruangan komen. Seperti yang saya pernah cakap, cara terbaik untuk memberi peluang orang comment adalah untuk menjadikan ruang komen berbentuk pop-out. Kerana mereka tidak perlu membuka banyak page semata-mata untuk comment. Satu lagi nasihat saya adalah untuk mengaktifkan comment moderation. Sebab senang nak pantau comment mana yang orang nak post.

Yang atas ni semua pendapat aje. Tak semestinya pendapat saya terbaik. :). Ini semua dari pengalaman saya. Kalau ada salah silap saya minta maaf ye?

Untuk yang lain? Tunggu apa lagi? Jom terjah blog Bidadari-Kayanganku!

Nak join Segmen Review Blog Bebelan Saja? Tekan SINI.