Tuesday, May 24, 2011

Segmen Review: KupasOren


Ini blog keempat puluh lapan di-review!

Blog ini dimiliki oleh Marea Amad, seorang rakanku di UiTM Kuantan. :). Seperti yang aku telah katakan padanya, aku akan buat twist sikit di review ini. Jadi apakah twist itu? HAHA. Seperti yang dilakukan di blognya, aku akan ceritakan tentang perwatakannya dari awal kami kenal sehinggalah sekarang.


Fuh. Itulah wallpost pertamaku ke wall si Marea. :). Masa ni aku kenal Marea samar-samar je. Kenal muka ya. Perwatakan tidak. :). Sejujurnya sebelum mengenalinya dengan lebih rapat, aku selalu menganggap dirinya sebagai seorang yang unfriendly. Maaf ya Marea? :). Sebab sebelum ni jika aku terlihatnya mukanya memberi tanggapan bahawa beliau akan melempang sesiapapun yang mencari pasal dengannya. Betul. Saya tak berani kacau dia.

Itu sebelum. Semasa cuti itu aku rasa kami mula berchat di Facebook. Pada waktu itu kami terlihat ada minat kami yang sama iaitu permainan komputer. Dan kami berborak-borak tentang pelbagai benda. GTA, Zelda, Pokemon, Need For Speed. Okay, kebanyakannya game. Aku juga ingat satu permainan di Facebook di mana kami perlu menekan butang di mouse dengan kelajuan cahaya. HAHA. Hiperbola di situ. Kami seperti bertarung jika aku tidak silap. Untuk melihat siapa mendapat markah tertinggi. Aku tidak ingat siapa menang. Tetapi yang aku pasti Marea ini bukan calang-calang gamers. Dan melihat blog Marea, aku tahu dia juga kaki code. Bermaksud suka bermain dengan kod-kod di blog. Aku juga ingat pada satu kejadian di mana Marea ini berjaya menghasilkan applikasi di Facebook untuk groupnya. Terlihat kerajinannya mencari perkara baru ya? :)

Baik. Kita teruskan dengan review ya? HAHA.

Bila korang buka blog Marea ini, korang akan perasan yang blog ini tidak mempunyai header jenis gambar. Header blog ini aku rasa adalah sebegitu kerana ianya dicustomized oleh pemilik blog ini. Aku rasa kebaikannya adalah blog tidak akan loading slow kerana tiada header yang berat. :). Korang akan lihat headernya yang mempunyai link twitter sekali. Hebat pemilik blog ini melakukan sedemikian. Saya rasa ini semua custom made.

Kita teruskan dengan background dan feel blog ini. Tema blog ini gelap. Backgroundnya la. Selalunya jika blog gelap warna post perlu eye catching dan tidak menyakitkan mata. Saya sarankan anda menggunakan warna yang senang dilihat tanpa menyakitkan mata pengunjung. Tugas ini mudah sekiranya warna post blog anda itu constant. Bermakna tidak berubah. Tetapi saya perhatikan warnanya berubah sekali sekala. Setakat ini saya rasa okay lagi. Masih boleh dibaca, cuma saya persoalkan bagaimana nanti jika anda mengubah tema blog. Adakah post itu akan berubah warna sendiri? Sudah lama saya tidak kacau settings design. :)

Dari segi widgets. Baik. Kelihatan seperti Marea mahu mementingkan pengikut networked blogs dari pengikut blogger. Mungkin sebab seorang blogger hanya boleh mengikut 300 blogs tetapi pengguna networked blog tidak mempunyai sekatan. Ini andaian saja. Tetapi itulah. Widget followers dan shoutbox diletakkan di bawah sedikit. Selalunya widget-widget ini diletakkan di bahagian atas. Cadangan jela ye? Naikkan sedikit widget-widget ini. Mereka penting. Kita pentingkan yang mustahak dulu. Archive? Tiada archive. Ada sebab mengapa tiada archive Marea? Archive menjadikan tugas menerokai post lama blog anda lebih mudah.

Kita teruskan dengan ruangan comment. Hmmm. Bukan pop-out rupanya. Pop-out ini sebenarnya memudahkan pengunjung memberi comment kerana kita tidak perlu membuka post individual untuk memberi komen. Sekiranya dari main blog ingin memberi comment, Kita perlu membuka page baru. Tetapi jika menggunakan pop-out tidak perlu lagi perkara itu. Teruskan lagi. Ada approval? Bagus.

Itu saja dari saya. Lihat betapa panjangnya komen saya pada review anda Marea. Sememangnya inilah twist saya kepada kamu. :)

Jom terjah KupasOren!

5 comments:

Macamkupasoren.blogspot.com said...

Thank you so much ariff
*lap air mata

Macamkupasoren.blogspot.com said...

thaank you soo much ariff
*lap air maataa

Arif Azmi said...

Wah.. sampai dua kali post.. ^^,.. No problem la Marea.. You're welcome..

miss.Addin said...

haha belum kenal memang macam tu la kan :)

Arif Azmi said...

@miss.Adding: Yup.. Masa belum kenal mcm tu la.. :)