Thursday, May 12, 2011

Segmen Review: Mr Cuddlenookumpoo

Segmen Review Blog Bebelan Saja masih lagi dibuka. Ingin menyertai? Tekan sini.


Ini blog kedua puluh dua di-review!

Fuh. Dua puluh dua. Lama tak belajar math. Nak eja pun dah lupa. Wakaka.

Blog ini dimiliki Iman Talib a.k.a Mr Cuddlenookumpoo. Panjang kan namanya? XD. Dia merupakan kawan saya di UiTM Kuantan. Baik, kita teruskan dengan sesi review.

Masuk je blog beliau, korang akan nampak nama Iman besar ditempek. Di bawah tu ada kata-kata special darinya. Itulah header tuan blog. :D. Cantik kan? Rasa-rasa pemilik blog ini rajin bermain graphics.

Itu header. Background blog ni mengikut tema headernya. Bintang-bintang berwarna-warna. Tema blog ini cukup menyerlah. Banyak juga grafik yang terdapat di blog ini.

Kita teruskan denga post pemilik blog. Jujur saya katakan, susah sebenarnya untuk membaca post anda kadang kala. Ini adalah kerana warna background di post anda bukan warna solid tetapi adalah transparent dan menunjukkan background blog anda. Selalunya background blog yang sesuai untuk template post transparent adalah jika warna background adalah warna solid yang hanya mempunyai satu tona warna.

Butang follow diletakkan di bahagian atas. Bagus. Shout box pun di atas. Senang untuk pengunjung blog mengikut dan meninggalkan link. Tetapi, archive di bawah sekali. Ini menyukarkan proses membaca semua post anda. Cadangan saya adalah untuk meletakkan archive ini di bahagian atas.

Ruangan komen? Ini bagi saya satu masalah. Saya cadangkan blog anda menggunakan pop-out kerana senang pengunjung memberi comment dan mereka tidak perlu membuka post individu. Saya juga cadangkan moderation. Senang anda tahu sekiranya ada komen.

Itulah review saya. :). Mari beramai-ramai terjah blog Mr Cuddlenookumpoo

Nak join Segmen Review Blog Bebelan Saja? Tekan SINI.

No comments: