Thursday, July 21, 2011

Meluahkan apa di hati.

Ah, tajuk pun seperti berunsurkan cintan-cintun bukan? Tetapi ini yang harusku tegaskan, post ini tidak ada kena mengena dengan perasaan cinta. Post ini bertujuan menceritakan tentang perkara yang bermain di benak fikiranku sepanjang Semester 3 di UiTM Kuantan.

Selalunya masa inilah aku tertanya-tanya, wajarkah aku memaparkan nama pelakon-pelakon dalam cerita aku ini? Entahlah. Aku rasa aku patut gunakan nama samaran sahaja. Jika anda rasa itu anda, terasalah! :P

Segalanya bermula sebelum masuk Semester 3. Aku telah mendaftarkan namaku dan beberapa rakan-rakanku ke dalam Group E. Group aku dari Semester 1 lagi. Aku perasan yang kali ini terdapat group baru dan jumlah maksima pengambilan bagi satu group turun ke 29. Sudah tentu ada yang akan terkeluar. Aku tak sedar bahawa mereka yang keluar akan terdiri dari mereka yang agak rapat dengan aku. Tambah-tambah seorang ini yang sememangnya aku anggap sebagai kawan baikku di Group ini.

Semasa bermulanya Semester 3, aku tahu dua orang ini akan keluar kerana terdapat sedikit masalah, tetapi, aku tidak menyangka ada lagi dua orang yang akan keluar juga. Masa itu aku rasa hilang arah. Bukan apa, aku rasa semua orang tahu aku bukannya jenis ramai kawan. Bagi aku kawan cukup bermakna. Tambah-tambah jika aku anggap seseorang itu kawan baik aku. Bukan aku tidak mahu berkawan dengan orang lain, cuma aku segan. Orang lain pula seperti tidak begitu baik denganku, akupun apa lagi, seganlah.

Itu perkara pertama. Yang kedua ini agak peribadi. Aku memang sudah lama mahu menceritakan perkara ini, tetapi aku malas mencari pasal dengan orang lain. Tetapi kesabaran aku pun ada hadnya. Mungkin akan ada yang tidak berapa suka bahagian ini. Tak mengapa, aku tidak kisah. Ini blog aku. Ayat itu sudah dapat memberikan gambaran betapa besarnya perkara ini bagiku.

Ini tentang rakan baikku di UiTM Kuantan. 2 Semester aku mengenalinya. Aku tahu perangainya. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya. Pelbagai perkara kami lakukan bersama. Aku paling ingat apabila laptop aku rosak, dia sanggup berjalan dari Sekilau ke Kamdar dengan aku di tengah hari yang terik semata-mata untuk menemani aku. Aku ingat berjalan dengannya ke sini sana, bercakap tentang pelbagai perkara. Boleh dikatakan kami selalu bercakap dengan satu sama lain. Nama pun kawan baik bukan? Mungkin ini semua akan lebih masuk akal jika saya katakan kawan baik saya ini seorang gadis. Ceritanya bermula apabila dia berpasangan dengan seorang jejaka di UiTM Kuantan. Pada mulanya aku membantah. Yela. Kalau saling mengenali untuk beberapa hari sahaja dan terus in a relationship, mestilah aku berasa lain. Aku kenal juga si jejaka ini. Aku dengar cerita tentangnya. Ada yang enak. Kurang enak. Tetapi aku tak persoalkan peribadi lelaki itu. Lama-lama aku malas melawan. Kerana aku tahu kawan baik aku itu memang selalu in a relationship dengan dia dan dia dan dia. Bukan memburukkan kawan baik aku. Sebab bagi aku dia baik, tiada masalah, cuma dia bermasalah dengan kesemua bekas-bekasnya. Jadi aku malas mengambil tahu tentang mereka selepas itu. Aku ingatkan aku masih lagi berkawan dengan kawan baik aku. Yela. Takdepun masalah aku buat dengan dia. Tiba-tiba satu hari, aku tersedar dia remove aku dari Facebook. Aku tergamam. Begitulah nilai persahabatan aku dan dia selama ini. Aku hantar mesej kepadanya. Balasan SMS pun tiada. Apa yang perlu aku fikirkan. Aku berasa begitu terbuang. Itu tidak membuatkan aku runsing lagi. Yang merunsingkan aku sekarang adalah apabila saya mendapat tahu dia block saya dari Facebook terus.

Sekali tu aku terjumpa dia. Aku mahu pandang wajahnya pun susah. Terasa sakit hati. Sekali itu aku duduk dengan seorang kawan aku yang lain. Tiba-tiba dia datang. Duduk berdekatan dengan aku juga. Aku menahan air mata. Rasa sebak di dada. Aku tak dapat berkata-kata. Aku tahu, mungkin bagi korang. Ini seperti melebih-lebih. Tetapi inilah kawan bagi aku. Jika benar aku anggap kawan. Sememangnya aku begitu beremosi.

Kedua-dua perkara di atas membawa ke masalah ketiga. Masalah hilang arah. Sekarang di dalam kelas aku tidak berapa dapat menumpukan perhatian. Walaupun kelas itu penuh dengan orang, aku terasa seperti keseorangan. Ya. Aku punyai kawan. Ramai kawan di sekelilingku. Aku tak nafikan mereka baik dengan aku. Tetapi mereka sudah ada kawan-kawan mereka yang lain. Yang rapat dengan mereka. Aku cemburu kadang-kadang melihat mereka. Mempunyai orang yang boleh mereka berkongsi cerita, bergelak ketawa, berseronok dan juga keluar bersama. Kalau aku? Aku perlu mencari orang untuk keluar ke mana-mana. Aku tak suka berseorangan sebenarnya. Kerana itulah aku suka keluar dengan ramai orang. Bukan kerana apa. Tetapi kerana kesunyian. Aku rasa korang pun mungkin mempunyai pelbagai perkara yang bermain dalam otak selepas membaca ini. Hakikatnya, inilah diri aku. Sekali terkena sedikit. Gelabah tak ketahuan.

Itulah sebabnya sekarang aku bercakap dengan ramai orang. Berkenalan dengan orang baru. Keluar dengan orang lain-lain.

Itu saja rasanya. Membebel je aku ni.

Wednesday, July 6, 2011

Pada mata orang kita tak tahu

"Kau tahu, dia tu bajetlah!"
"Kau tahu, dia tu bukan tahu keluar bilik pon!",
"Kau tahu, dia tu kaki perempuan!",
"Kau tahu, dia tu berlagak pandai!",
"Kau tahu, dia tu tak bergaul dengan orang biasa!".

Bermacam-macam kata-kata yang dilontarkan kepadaku. Namun aku senyap. Apakah yang mampu aku lakukan? Mulut manusia. Sememangnya begitu. Ada sahaja yang tidak berpuas hati.

Kau lakukan baik, kau lakukan buruk. Melainkan mereka berada disamping anda, mereka tidak akan tahu hal yang sebenar. Tetapi mereka masih mahu memperjuangkan ideologi-ideologi yang menyatakan kelemahan anda yang entah dari mana datangnya. Serabut aku memikirkan tentang cara meluahkan ini semua.

Bukan apa, sememangnya mulut manusia tidak boleh ditutup. Tetapi mesti ada juga perasaan dalam diri kita yang mahukan orang menyukai kita bukan? Ingin juga kita merasakan diri dihargai, mahu disanjungi, mahu disenangi. Segala itu bukanlah mustahil, tetapi, sesuatu yang sukar dicapai.

Kadang kala mendengar cerita tentang diri kita membuat kita menyoal kembali, siapakah diri kita sebenar? Adakah ini apa yang aku mahu diingati oleh orang lain? Adakah aku begitu keji sehingga mereka berkata sedemikian rupa? Akan sampai satu tahap kita merasakan kita hilang dalam hidup. Tiada tujuan. Tiada sebab. Seperti hidup kita ini hanyalah satu lawak jenaka yang dimainkan orang lain. Apakah yang kita lakukan selama ini tidak cukup? Adakah selama ini aku hanyalah sesuatu yang boleh dipermainkan?

Mulut manusia. Sememangnya pedih. Kadangkala menyedapkan hati. Kadangkala sahaja. Kebanyakkan masa menyedihkan sahaja.

Ada juga satu golongan manusia. Tidak pernah aku rasa aku bergaul dengan mereka, tetapi mereka bercakap tentangku. Aneh. Sungguh aneh. Jika bercakap perkara benar aku tidak kisah, namun apabila tentang dusta mulalah aku panas hati.

Aku mohon maaf kerana post ini begini rupa. Kerana aku rasa perkara ini patut aku luahkan. Tahulah aku bukan sempurna. Tapi janganlah sampai membuat aku rasakan aku terlalu hina.



Tuesday, July 5, 2011

Setelah sekian aku menyepi

Masa berlalu begitu pantas. Sedar ataupun tidak aku sudah meninggalkan dunia blog ini untuk sebulan lebih. Ada dua sebab.


  1. Aku malas meneruskan segmen review
  2. Aku ketandusan idea
Tapi jangan risau. Aku tidak pasti jika mereka yang menunggu giliran masih menunggu blog mereka di-review ataupun tidak, tetapi aku akan cuba mengulas blog mereka pada masa akan datang secara beransur-ansur. Tidak aku janjikan masa yang akan aku ulas bukan? :P. Kontrak yang telah dimaterai antara kamu dan saya tidak mutlak dan nyata, jadinya ianya terbatal serta merta. xP. Ini satu kelebihan pelajar undang-undang. Kami berhati-hati menggunakan perkataan di blog.


Bercakap tentang undang-undang. Saya sebenarnya di UiTM sekarang. Itulah sebab lain saya jarang menjenguk blog tak seberapa ini. Kamu pun patut tahu, sekali kita berhenti melakukan sesuatu, menjadi sukar untuk kita bermula semula.

Blog ini minat. Benar. Tetapi minat ini memerlukan komitmen yang tinggi. Saya perasan juga sesetengah blogger juga seperti saya. Masuk sahaja universiti masing-masing, jarang kelihatan blog mereka di-update. Itu sesuatu yang sukar dielakkan.

Tambahan pula aku terjebak dengan Tumblr. Macam-macam alasan aku berikan bukan? :). Tapi tak mengapa. Selepas ini akan saya ulas tentang pelbagai perkara yang sebenarnya menggangu fikiran saya. Malam ini saya hanya ingin menjelaskan mengapa saya hilang di arena blogging. Jika ada yang sudi membaca, saya ucapkan terima kasih. Ada juga yang membaca blog saya ini. :')

*Penggunaan aku dan saya tidak sepatutnya digunakan seperti di atas. Maafkan saya. Maklumlah. BM B+