Thursday, July 21, 2011

Meluahkan apa di hati.

Ah, tajuk pun seperti berunsurkan cintan-cintun bukan? Tetapi ini yang harusku tegaskan, post ini tidak ada kena mengena dengan perasaan cinta. Post ini bertujuan menceritakan tentang perkara yang bermain di benak fikiranku sepanjang Semester 3 di UiTM Kuantan.

Selalunya masa inilah aku tertanya-tanya, wajarkah aku memaparkan nama pelakon-pelakon dalam cerita aku ini? Entahlah. Aku rasa aku patut gunakan nama samaran sahaja. Jika anda rasa itu anda, terasalah! :P

Segalanya bermula sebelum masuk Semester 3. Aku telah mendaftarkan namaku dan beberapa rakan-rakanku ke dalam Group E. Group aku dari Semester 1 lagi. Aku perasan yang kali ini terdapat group baru dan jumlah maksima pengambilan bagi satu group turun ke 29. Sudah tentu ada yang akan terkeluar. Aku tak sedar bahawa mereka yang keluar akan terdiri dari mereka yang agak rapat dengan aku. Tambah-tambah seorang ini yang sememangnya aku anggap sebagai kawan baikku di Group ini.

Semasa bermulanya Semester 3, aku tahu dua orang ini akan keluar kerana terdapat sedikit masalah, tetapi, aku tidak menyangka ada lagi dua orang yang akan keluar juga. Masa itu aku rasa hilang arah. Bukan apa, aku rasa semua orang tahu aku bukannya jenis ramai kawan. Bagi aku kawan cukup bermakna. Tambah-tambah jika aku anggap seseorang itu kawan baik aku. Bukan aku tidak mahu berkawan dengan orang lain, cuma aku segan. Orang lain pula seperti tidak begitu baik denganku, akupun apa lagi, seganlah.

Itu perkara pertama. Yang kedua ini agak peribadi. Aku memang sudah lama mahu menceritakan perkara ini, tetapi aku malas mencari pasal dengan orang lain. Tetapi kesabaran aku pun ada hadnya. Mungkin akan ada yang tidak berapa suka bahagian ini. Tak mengapa, aku tidak kisah. Ini blog aku. Ayat itu sudah dapat memberikan gambaran betapa besarnya perkara ini bagiku.

Ini tentang rakan baikku di UiTM Kuantan. 2 Semester aku mengenalinya. Aku tahu perangainya. Aku tahu apa yang bermain di fikirannya. Pelbagai perkara kami lakukan bersama. Aku paling ingat apabila laptop aku rosak, dia sanggup berjalan dari Sekilau ke Kamdar dengan aku di tengah hari yang terik semata-mata untuk menemani aku. Aku ingat berjalan dengannya ke sini sana, bercakap tentang pelbagai perkara. Boleh dikatakan kami selalu bercakap dengan satu sama lain. Nama pun kawan baik bukan? Mungkin ini semua akan lebih masuk akal jika saya katakan kawan baik saya ini seorang gadis. Ceritanya bermula apabila dia berpasangan dengan seorang jejaka di UiTM Kuantan. Pada mulanya aku membantah. Yela. Kalau saling mengenali untuk beberapa hari sahaja dan terus in a relationship, mestilah aku berasa lain. Aku kenal juga si jejaka ini. Aku dengar cerita tentangnya. Ada yang enak. Kurang enak. Tetapi aku tak persoalkan peribadi lelaki itu. Lama-lama aku malas melawan. Kerana aku tahu kawan baik aku itu memang selalu in a relationship dengan dia dan dia dan dia. Bukan memburukkan kawan baik aku. Sebab bagi aku dia baik, tiada masalah, cuma dia bermasalah dengan kesemua bekas-bekasnya. Jadi aku malas mengambil tahu tentang mereka selepas itu. Aku ingatkan aku masih lagi berkawan dengan kawan baik aku. Yela. Takdepun masalah aku buat dengan dia. Tiba-tiba satu hari, aku tersedar dia remove aku dari Facebook. Aku tergamam. Begitulah nilai persahabatan aku dan dia selama ini. Aku hantar mesej kepadanya. Balasan SMS pun tiada. Apa yang perlu aku fikirkan. Aku berasa begitu terbuang. Itu tidak membuatkan aku runsing lagi. Yang merunsingkan aku sekarang adalah apabila saya mendapat tahu dia block saya dari Facebook terus.

Sekali tu aku terjumpa dia. Aku mahu pandang wajahnya pun susah. Terasa sakit hati. Sekali itu aku duduk dengan seorang kawan aku yang lain. Tiba-tiba dia datang. Duduk berdekatan dengan aku juga. Aku menahan air mata. Rasa sebak di dada. Aku tak dapat berkata-kata. Aku tahu, mungkin bagi korang. Ini seperti melebih-lebih. Tetapi inilah kawan bagi aku. Jika benar aku anggap kawan. Sememangnya aku begitu beremosi.

Kedua-dua perkara di atas membawa ke masalah ketiga. Masalah hilang arah. Sekarang di dalam kelas aku tidak berapa dapat menumpukan perhatian. Walaupun kelas itu penuh dengan orang, aku terasa seperti keseorangan. Ya. Aku punyai kawan. Ramai kawan di sekelilingku. Aku tak nafikan mereka baik dengan aku. Tetapi mereka sudah ada kawan-kawan mereka yang lain. Yang rapat dengan mereka. Aku cemburu kadang-kadang melihat mereka. Mempunyai orang yang boleh mereka berkongsi cerita, bergelak ketawa, berseronok dan juga keluar bersama. Kalau aku? Aku perlu mencari orang untuk keluar ke mana-mana. Aku tak suka berseorangan sebenarnya. Kerana itulah aku suka keluar dengan ramai orang. Bukan kerana apa. Tetapi kerana kesunyian. Aku rasa korang pun mungkin mempunyai pelbagai perkara yang bermain dalam otak selepas membaca ini. Hakikatnya, inilah diri aku. Sekali terkena sedikit. Gelabah tak ketahuan.

Itulah sebabnya sekarang aku bercakap dengan ramai orang. Berkenalan dengan orang baru. Keluar dengan orang lain-lain.

Itu saja rasanya. Membebel je aku ni.

7 comments:

Aqila Safuan said...

masalah kadang kadang memerlukan masa untuk diselesaikan .

tak ape arif . dugaan namanya. i know u can handle it!
istighfar bayak2 yeh .

Arif Azmi said...

@Aqila Safuan:

ye. tula. masa menentukan segalanya.

:). Thanks. It means a lot to me. Baik!

muhammadnurislam said...

Allah x kan turunkan ujian kpd hambanya skiranya kita tidak mampu.. prcayalah smakin bsar ujian 2, makin dekat kita kpdnya.. yakinlah stiap kjadian 2 ad hkmhnya.. kuatkn smngat dan bnykkn brdoa k.. :)

Arif Azmi said...

@muhammadnurislam:

Yes. :D. Terima kasih banyak-banyak! ^^,. InsyaAllah..

dak farah said...

arep. jgn la cenggini. aku tataw nak cakap ape. kalau kau ade terase dgn kitorang, seriously, aku mintak maaf.

Arif Azmi said...

@dak farah:

:/. takdela. kau tak buat aku terasa. aku je kot emo sangat. hmm.

cik riffa :) said...

*gosok2 mata