Wednesday, July 6, 2011

Pada mata orang kita tak tahu

"Kau tahu, dia tu bajetlah!"
"Kau tahu, dia tu bukan tahu keluar bilik pon!",
"Kau tahu, dia tu kaki perempuan!",
"Kau tahu, dia tu berlagak pandai!",
"Kau tahu, dia tu tak bergaul dengan orang biasa!".

Bermacam-macam kata-kata yang dilontarkan kepadaku. Namun aku senyap. Apakah yang mampu aku lakukan? Mulut manusia. Sememangnya begitu. Ada sahaja yang tidak berpuas hati.

Kau lakukan baik, kau lakukan buruk. Melainkan mereka berada disamping anda, mereka tidak akan tahu hal yang sebenar. Tetapi mereka masih mahu memperjuangkan ideologi-ideologi yang menyatakan kelemahan anda yang entah dari mana datangnya. Serabut aku memikirkan tentang cara meluahkan ini semua.

Bukan apa, sememangnya mulut manusia tidak boleh ditutup. Tetapi mesti ada juga perasaan dalam diri kita yang mahukan orang menyukai kita bukan? Ingin juga kita merasakan diri dihargai, mahu disanjungi, mahu disenangi. Segala itu bukanlah mustahil, tetapi, sesuatu yang sukar dicapai.

Kadang kala mendengar cerita tentang diri kita membuat kita menyoal kembali, siapakah diri kita sebenar? Adakah ini apa yang aku mahu diingati oleh orang lain? Adakah aku begitu keji sehingga mereka berkata sedemikian rupa? Akan sampai satu tahap kita merasakan kita hilang dalam hidup. Tiada tujuan. Tiada sebab. Seperti hidup kita ini hanyalah satu lawak jenaka yang dimainkan orang lain. Apakah yang kita lakukan selama ini tidak cukup? Adakah selama ini aku hanyalah sesuatu yang boleh dipermainkan?

Mulut manusia. Sememangnya pedih. Kadangkala menyedapkan hati. Kadangkala sahaja. Kebanyakkan masa menyedihkan sahaja.

Ada juga satu golongan manusia. Tidak pernah aku rasa aku bergaul dengan mereka, tetapi mereka bercakap tentangku. Aneh. Sungguh aneh. Jika bercakap perkara benar aku tidak kisah, namun apabila tentang dusta mulalah aku panas hati.

Aku mohon maaf kerana post ini begini rupa. Kerana aku rasa perkara ini patut aku luahkan. Tahulah aku bukan sempurna. Tapi janganlah sampai membuat aku rasakan aku terlalu hina.



4 comments:

Aqila Safuan said...

nak pinjam penukul aku ?
kita tetak gigi mereka sambik menjadi abu .

arif! dun wori. abaikan sahaja mereka. seronok mengumpat, seronok juga dosa dosa meningkat di bahu sebelah kiri mereka.

dosa mengumpat ibarat memakan daging saudara kita sendiri : peringatan kepada syaa dan semua yg membacanya .

fighting2!

Arif Azmi said...

@Aqila Safuan:

HAHA.. :).. tula.. kadang2 nak je buat cmtu.. tp.. entah la..

Thanks Aqila.. ^^,.. Walaupun kita tak bercakap dia dunia nyata sangat.. Tetapi kau jugalah penyeri aku bila aku sedih.. LOL..

Thanks again Aqila.. :)

Queen F said...

persetankan mereka semua.. :)

setuju dengan anda, situasi ini berlaku di mana-mana.. kadang tak ada kaitan pon nak mengata jugak, haih.. -.-"

biarlah mereka, tak sedar agaknya nun atas sana ada yang memerhati.. :)

Arif Azmi said...

@Queen F:

:).. thanks.. tula.. mana-mana pun booeh terjadi.. bila dah terjadi.. serabut kepala memikirkannya.. tapi kadang kadang yang termudah.. adalah untuk tidak mengendahkannya.. :)