Thursday, August 25, 2011

Pembunuh mood sebelum raya.

Aku rasa post ni ramai akan mengata aku kat belakang. Aku tahu, jadi, aku nak cakap, kalau korang ada masalah ngan aku, tak payah la baca. Bulan puasa ni, jadi pergilah main jauh-jauh.


Ya. Memang lama aku tidak berceloteh di sini. Sangat lama rasanya. Bukan kerana apa, kerana kesuntukan masa, kewujudan assignment, dan kehadiran di kuliah.

Di sini aku ingin menceritakan tentang keputusan ujian aku yang bagiku mematahkan semangat raya aku. Sebelum itu,


Minta maaf la sir. Lepas ni saya baca notes sir. T.T

Aku rasa notes sir aku tak sentuh pun. Bukan sebab apa, sebab aku selalu fikirkan notes yang diphotostat itu lebih mudah dibaca kerana ianya semua di satu buku. Dan aku bukannya baca semua. Itu sememangnya benar. :(.

Tetapi sememangnya jawapan yang aku berikan, itulah jawapan dalam buku. Aku sememangnya bebal kerana tidak merujuk pada nota lecturer. Di situ jawapan yang lebih tepat ada.

Menyesal kemudian tiada guna. Aku tahu. Tetapi, aku harus hidup dengan kesalahan ku ini. :(. Takpelah. Ini pengajaran. Mesti ada hikmah di sebalik ini. Mesti korang tertanya berapa markah aku untuk test ini. Nak tahu? Tanyalah kat aku sendiri.




Sunday, August 7, 2011

Terasa di Facebook.

Aku rasa kita semua pernah rasa benda ni kan? Tengah seronok layan facebook, tetibe.


Kalau status macam ni keluar. Mesti korang terfikir, siapa agaknya tu. Ni kira status relax lagi kan? Tapi kalau korang baru je habis cakap dengan dia. Memang terasa kan? Kalau korang jadi Perempuan Random yang comment kat atas pun, tak semestinya Lelaki Random tak cakap pasal kau. Ye tak?

Cuba tengok status bawah ni.


Agak-agak berapa orang boleh terasa?

So lepas ni, aku cadangkan kat korang, nak buat status macam ni. Tulis kat wall orang tu la. Takpun, tag terus nama dia. Kan senang? Tak perlulah orang lain terasa bagai.

Aku pun buat kadang-kadang status camni dulu. Sekarang aku cuba kurangkan. Kalau aku nak perli orang ke, nganjing orang ke. Terus aku tag dia. Senang. Takde orang terasa. :)