Thursday, August 25, 2011

Pembunuh mood sebelum raya.

Aku rasa post ni ramai akan mengata aku kat belakang. Aku tahu, jadi, aku nak cakap, kalau korang ada masalah ngan aku, tak payah la baca. Bulan puasa ni, jadi pergilah main jauh-jauh.


Ya. Memang lama aku tidak berceloteh di sini. Sangat lama rasanya. Bukan kerana apa, kerana kesuntukan masa, kewujudan assignment, dan kehadiran di kuliah.

Di sini aku ingin menceritakan tentang keputusan ujian aku yang bagiku mematahkan semangat raya aku. Sebelum itu,


Minta maaf la sir. Lepas ni saya baca notes sir. T.T

Aku rasa notes sir aku tak sentuh pun. Bukan sebab apa, sebab aku selalu fikirkan notes yang diphotostat itu lebih mudah dibaca kerana ianya semua di satu buku. Dan aku bukannya baca semua. Itu sememangnya benar. :(.

Tetapi sememangnya jawapan yang aku berikan, itulah jawapan dalam buku. Aku sememangnya bebal kerana tidak merujuk pada nota lecturer. Di situ jawapan yang lebih tepat ada.

Menyesal kemudian tiada guna. Aku tahu. Tetapi, aku harus hidup dengan kesalahan ku ini. :(. Takpelah. Ini pengajaran. Mesti ada hikmah di sebalik ini. Mesti korang tertanya berapa markah aku untuk test ini. Nak tahu? Tanyalah kat aku sendiri.




1 comment:

adidahzubir said...

haa.aku tanya ni, berapa test kau ?
kehkeh