Thursday, November 17, 2011

Tumblr

Assalamualaikum. :)
Sebenarnya sini nak share gambar-gambar yang aku buat untuk tumblr aku.
Kalau korang ada tumblr sila la follow. :D
Yang bawah ni semua gambar aku buat sendiri. ^^,






Tuesday, November 8, 2011

Quote

"Tiba-tiba...saya takut kalau hidup saya ini dipenuhi dengan sia-sia. Saya takut kalau saya mati nanti dalam penyesalan,sebab otak asyik kata mati itu lama lagi sebab kita masih muda dan sihat, walhal Allah kalau nak ambil, bila-bila masa sahaja dari sekarang. Kenapa kita cintai dunia lebih dari akhirat? Kenapa kite cinta manusia lebih dari Allah? Kenapa kita fikirkan sangat pengorbanan kekasih hati dan kawan2, tapi tak fikir langsung penderitaan Rasulullah berkorban demi ummatnya hingga keakhir hayat beliau? :_("

Saturday, November 5, 2011

Keputusan Semester 3.


Assalamualaikum. 
Salam ukhwah dan salam mujahadah.



EXAMINATION RESULT FOR SEMESTER 20114
Student ID
:
2010236394Name:MUHAMMAD ARIF BIN AZMI
Programme
:
PI005 - UITM LAW FOUNDATION
CGPA
:
3.71GPA:3.60
NO.
COURSES
GRADE
RESULT
1.
BEL332 - ENGLISH FOR PRE-DEGREE LAW I ( 3.0 )
A
LU
2.
BEL342 - ENGLISH FOR PRE-DEGREE LAW II ( 3.0 )
A
LU
3.
MTC087 - INTRODUCTION TO LAW III ( 3.0 )
C
LU
4.
MTC088 - CONTEMPORARY GLOBAL ISSUES ( 3.0 )
A
LU
5.
MTC099 - ECONOMIC ISSUES AND PROBLEMS ( 3.0 )
A
LU


Pertama sekali, syukur kepada Ilahi kerana memberikan nikmat yang tak terhingga ini.

Kepada pensyarah-pensyarah saya yang tak kenal erti letih dalam memberi ilmu kepada saya, tiada kata-kata atau perbuatan yang mampu saya lakukan bagi membalas jasa anda semua.

Kepada rakan-rakan saya yang sudi meluangkan masa membantu insan yang lemah ini, terima kasih, tanpa kamu semua, saya yakin tak dapat menggapai apa yang diperolehi hari ini.

Kepada keluarga yang memberikan sokongan yang padu, tak dapat saya mengungkapkan dengan mulut betapa saya hargai semua yang dilakukan anda.

Untuk sesiapapun yang telah membantu saya dalam mencapai keputusan ini, Jazakumullahukhairan kaseera, moga-moga Allah membalas jasamu yang baik itu.

Apa-apa pun, Alhamdulillah. Moga-moga perjalananku ke kos Ijazah Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang dipermudahkan selepas ini. InsyaAllah.

Wednesday, November 2, 2011

Berlalulah Oktober

Assalamualaikum. Cerita ini bukan berniat menjatuhkan maruah sesiapa, cuma inilah lakaran hidupku, bagaimana aku melihatnya, interpretasi aku tentang perkara yang berlaku dalam hidupku. Sekiranya ada pihak yang tersinggung, ana asaf, saya meminta maaf. Moga-moga kita semua dirahmati Allah dengan pengampunan-Nya dan husnul khatimah.

hmm.. u, kita jadi kawan dulu please..

Ya Allah!
Apakah ini satu mimpi kejam?
Atau sebuah realiti yang mahu melemaskan aku dalam kebenaran dunia.

Inilah ujian yang aku diberi oleh yang Maha Esa.
Aku terima dengan hati terbuka.

Sebelum apa-apa lagi, satu lagi ayat berjaya menikam aku.
Seperti sebilah pisau yang telah diasah menikam jantung,

u nak i cakap i love you dkt u
but actually i dont

Selama ini, segala kata-kata manismu.
Tidak bermaksud apa-apa?
Aku kebingungan.
Tak sangka aku, kau mampu lakukan itu.

Tak pernah terlintas di benak fikiranku, kau dapat lakukan itu.
Aku percayakan kau bulat-bulat.
Aku. Terkelu. Terdiam. Terduduk.
*diam membisu*

Sampai sekarang, aku tertanya-tanya.

Bagaimana untuk aku tahu niat sebenar orang.
Agar ini tak terjadi lagi.
Cukup sudah hati aku berasa perit.
Tidak keruan aku pada hari itu. Tak mengapa.

Aku berada di belakang kau.
Memberi sokongan.
Tak kira apa terjadi.
Ya, kita masih kawan.
Aku harapkan itu.

Cuma, itulah, mana mungkin aku lupakan ini.
Parut ini tak akan hilang.
Aku yakin ada hikmah.
Mana mungkin Allah lakukan apa-apa tanpa sebab munasabab.
Tetapi buat masa ini, aku redha akan suratan takdir.
Qada dan qadar Allah, siapalah aku untuk mempersoalkan?

Teringat aku pada sebuah artikel aku pernah terbaca,

"Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita." - Sumber

Ah, mungkin inilah jalan terbaik. Mungkin ini mengajarku untuk lebih bijak pada masa akan datang.
Sebulan ini, kau banyak menasihati aku. Banyak perkara kita lakukan bersama. Baiklah, jazakallahu khairan. Semoga Allah balas kebaikanmu itu. Aku doakan kita mendapat kebaikan dari ini. InsyaAllah.

Assalamualaikum.