Wednesday, November 2, 2011

Berlalulah Oktober

Assalamualaikum. Cerita ini bukan berniat menjatuhkan maruah sesiapa, cuma inilah lakaran hidupku, bagaimana aku melihatnya, interpretasi aku tentang perkara yang berlaku dalam hidupku. Sekiranya ada pihak yang tersinggung, ana asaf, saya meminta maaf. Moga-moga kita semua dirahmati Allah dengan pengampunan-Nya dan husnul khatimah.

hmm.. u, kita jadi kawan dulu please..

Ya Allah!
Apakah ini satu mimpi kejam?
Atau sebuah realiti yang mahu melemaskan aku dalam kebenaran dunia.

Inilah ujian yang aku diberi oleh yang Maha Esa.
Aku terima dengan hati terbuka.

Sebelum apa-apa lagi, satu lagi ayat berjaya menikam aku.
Seperti sebilah pisau yang telah diasah menikam jantung,

u nak i cakap i love you dkt u
but actually i dont

Selama ini, segala kata-kata manismu.
Tidak bermaksud apa-apa?
Aku kebingungan.
Tak sangka aku, kau mampu lakukan itu.

Tak pernah terlintas di benak fikiranku, kau dapat lakukan itu.
Aku percayakan kau bulat-bulat.
Aku. Terkelu. Terdiam. Terduduk.
*diam membisu*

Sampai sekarang, aku tertanya-tanya.

Bagaimana untuk aku tahu niat sebenar orang.
Agar ini tak terjadi lagi.
Cukup sudah hati aku berasa perit.
Tidak keruan aku pada hari itu. Tak mengapa.

Aku berada di belakang kau.
Memberi sokongan.
Tak kira apa terjadi.
Ya, kita masih kawan.
Aku harapkan itu.

Cuma, itulah, mana mungkin aku lupakan ini.
Parut ini tak akan hilang.
Aku yakin ada hikmah.
Mana mungkin Allah lakukan apa-apa tanpa sebab munasabab.
Tetapi buat masa ini, aku redha akan suratan takdir.
Qada dan qadar Allah, siapalah aku untuk mempersoalkan?

Teringat aku pada sebuah artikel aku pernah terbaca,

"Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita." - Sumber

Ah, mungkin inilah jalan terbaik. Mungkin ini mengajarku untuk lebih bijak pada masa akan datang.
Sebulan ini, kau banyak menasihati aku. Banyak perkara kita lakukan bersama. Baiklah, jazakallahu khairan. Semoga Allah balas kebaikanmu itu. Aku doakan kita mendapat kebaikan dari ini. InsyaAllah.

Assalamualaikum.

4 comments:

c i k r i f a h said...

i ke tu XD

Arif Azmi said...

You ke? HAHA. Iye kot. LOL

Reen Rostarizam said...

Thumbs Up arif,ta pe la, segala yg berlaku lebih mematangkan kita dalam perhubungan.. tapi part memberi harapan tu mmg sgt sgt benar..

Arif Azmi said...

:). Thanks. Betul tu! Setuju sangat! :D. Agak la. Terkilan jugak jadi camtu. Takpe. Ada hikmah, InsyaAllah.