Tuesday, June 12, 2012

Si Dia.

"Kenapa hubungan korang macam ni? Sedangkan aku lihat orang lain selalu bergayut di telefon"

Aku tahu hubungan aku dan dia unik. Tapi, itulah, sememangnya hubungan kami menjadi begini. Bukan atas dasar keterpaksaan tetapi, kerana saling memahami akan tanggungjawab masing-masing. Pada saat ini, aku rasakan toleransi memainkan peranan penting dalam relationship kami.

Andai kata, salah seorang dari kami tidak mampu meneruskan perjuangan ini, aku doakan keredhaan dari kedua belah pihak. Rasanya tidak perlu dipersoalkan rasa cinta dalam hubungan ini. Sudah jelas bahawa ianya wujud, namun rasanya pula berubah mengikur peredaran masa. Adakah ini bermaksud hubungan kami semakin rapat atau jauh?

Aku serahkan semua itu pada takdir. Sesungguhnya setiap perkara yang berlaku pasti ada sebab serta hikmahnya. Yang aku pasti kini, hatiku masih lagi padanya. Keinginanku untuk bertemu dengannya masih lagi membara.

Mana mungkin aku tidak sayang pada seseorang yang sanggup mengharungi dugaan yang datang bertalu talu. Mana mungkin aku lupakan gelak tawa yang kita kongsi bersama pada malam-malam yang hening. Kau dan aku, bahagia. Tetapi andai kata ada yang lebih baik untukmu, aku redha akan pemergianmu.

Aku sayang Si Dia.


2 comments:

Asyiqin Haulisah said...

kenapa sayang?

Arif Azmi said...

kerana kecantikannya dari segi akhlak dan kesabarannya dalam mengharungi dugaan hidup ini membuatku rasa kehadirannya saja cukup membuat aku lebih bersemangat untuk berusaha mencapai cita-cita. :)