Sunday, June 5, 2016

Manusia paling biadap dan sial

Bila aku fikir tentang kisah aku dan teman wanitaku, aku selalu akan teringat akan kisah seorang manusia yang aku namakan Dal yang cuba untuk menghalang aku dan dia. Aku rasa cerita ini penting kerana ia mengajarku bahawa bukan semua manusia di dunia ini bersifat murni.
*telefon bimbitku bergegar*
Kulihat terpapar mesej dari Dal.
"Boleh tak kita jumpa sekarang? Laptop I buat hal. Tak boleh guna wifi"
"OK", balasku ringkas.
"Tepi water cooler. 5 minit."
"Hi Dal. Mana laptop?"
"Ada sini, tapi sebelum tu, nak tanya. U serious ke dengan Emlyn?"
Aku garu kepala dan berkata, "Eh? Belum apa dah kena tanya macam-macam ni kenapa?"
"Takdelah, tanya je. Sebab I ada cerita pasal dia. U jaga-jaga tau bila dengan dia"
"Eh? Asal? Aku tengok macam takde apa pun", aku terus tanya soalan bertalu-talu. Bermacam-macam soalan mula timbul di benak kepalaku.
Pernah suatu ketika aku berkenalan dengan seorang yang aku akan namakan Emlyn dalam post ini. Waktu itu, baru beberapa minggu keluar dengannya dan semuanya okay sehingga lah Dal datang membawa cerita bagi memburuk burukkan Emlyn di mata ku. Dal ini pada ketika itu aku kira kawan rapat. Mungkin itu juga kesilapanku kerana tidak dapat bezakan kawan dan lawan. Ceritanya aku dah keluar dengan Emlyn untuk beberapa bulan jugalah. Tiba-tiba Dal meminta aku untuk membaiki laptopnya yang tidak boleh menggunakan wifi. Aku sudah biasa begini bila dia dalam kesusahan, memang akulah yang dipanggil. Tapi, waktu itu, aku tidak tahu apa akan terjadi, jadi bersetuju sahaja. Aku kira kawan, haruslah bantu membantu. Sekiranya aku tahu pada ketika itu tentang apa yang dia akan lakukan, sudah tentu aku tidak datang. Kerana sejak itu lah persepsi aku tehadap Emlyn berubah dek termakan kata kata Dal yang dengan sengaja datang untuk memburukkan orang. Disebabkan manusia bernama Dal jugalah aku dan Emlyn sering bertengkar selepas itu kerana kebodohan ku mempertahan Dal walaupun Emlyn yang dianiaya oleh Dal. Aku rasakan pada ketika itu, sememangnya dia tidak mahu aku bersama Emlyn.
Dulu, pernah juga ada kes semasa aku dengan bekas kekasihku di mana Dal merupakan punca keretakan dalam hubungan kami. Apa yang membuat aku teringat ialah pada penghujung perhubungan kami. Waktu itu kami keluar bertiga. Dal berada di tempat duduk depan dan bekas kekasihku di belakang. Entah kenapalah aku tidak menjaga perasaan bekas kekasihku padahal baru sahaja putus dengan membiarkan Dal yang duduk di sebelah ku. Aku masih ingat dengan jelas bagaimana semasaku memandu, Dal menoleh ke belakang dan berkata kepada bekas kekasihku, "Bagaimana jika aku bersama Arif selepas ini?". Aku terkejut. Mana tidak, soalan sebegitu selamba dilontarkan kepada bekas kekasihku. "Pasrah, redha dengan apa yang terjadi", jawab bekas kekasihku selepas beberapa saat berfikir. Aku kira dia juga terkilan dengan soalan itu. "OK", balas Dal dengan senyuman seolah tiada apa yang berlaku. Tak  sangka sebenarnya dia boleh berkata sedemikian. Walhal aku baru sahaja putus hubungan dengan bekas kekasihku. Ketika itu, aku tidak memikirkan sangat perkara itu. Tapi sekarang, bila difikirkan balik, manusia apakah yang sebegitu? Boleh bersahaja bercakap tentang itu pada seseorang yang baru putus cinta. Sepatutnya pada ketika ini aku dapat menangkap idea tentang perwatakan dia.
Selesai membantunya dengan laptopnya, aku keluar dengan Emlyn dan aku bertanyakan kepada Emyln tentang semua tuduhan dan fitnah Dal. Ternyata kesemuanya hanyalah fitnah atau cubaan menjatuhkan Emyln dihadapanku. Cuma itulah, aku masih tertanya apa niat Dal.
Dal sebenarnya mempunyai teman lelaki tapi aku tidak tahu sejauh mana mereka benar-benar bersama kerana setiap kali aku bertanya, Dal sentiasa seolah tidak yakin dengan kekasihnya itu. Suatu hari, dia memberitahuku,
"Sebenarnya, sekarang ni aku pun tak yakin betul ke nanti aku kahwin dengan dia", katanya secara tiba-tiba.
"Kalau macam tu, kenapa kau masih dengan dia?"
"Macam orang cakap. Going with the flow. Tapi selalu la juga fikir nak putuskan. Tak ada perasaan. Sekarang ni cuba test dia tengok, nak tahu dia tahan ke tak. Saja cari pasal once in awhile."
Itulah perwatakannya setiap kali perbualan berkisar tentang teman lelakinya.
"Haritu puji u kat depan dia. Saja nak tengok dia macam mana. Puji yang you ni lebih berpengetahuan berbanding dia. Marah betul dia."
Ketika ini aku dah mula berasa pelik. Kenapa dia ceritakan ini?
Kemudian adalah sekali ni cerita tersebar yang kata aku sebenarnya dengan dia. Aku tak nampak langsung mana asal usul idea ni. Tak masuk akal langsung.
Tapi aku dengar ceritanya tersebar dari rumah sewa si Dal. Yang aku hairan, satu hari, tiba-tiba teman lelakinya whatsapp aku dan berkata, "Aku tak suka kau cari Dal, aku cemburu. Tolong biarkan aku dan dia."
Eh? Bila masa pula aku yang mencari teman wanita dia? Sedangkan aku masih ingat berapa kali si Dal yang mengajak aku keluar, si Dal yang mencari aku, si Dal yang mahu meminjam aktaku, si Dal yang ini, si Dal yang itu. Semua dia tak mahu teman lelakinya tahu. Aku ingat lagi ada sekali tu, dia seperti cemas menelefonku memanggil aku datang membantunya kerena keretanya mempunyai masalah. Lepas sahaja aku dapat membantunya, ayatnya adalah jangan bagitahu teman lelakinya. Seakan dia tidak mengiktiraf perasaanku. Bila di media social, dia boleh katakan jangan bermesra lebih. Walhal bila berdepan denganku, bukan main merengek lagi dia. Kenapa kini aku pula yang dikatakan mencari dia? Inilah masa aku sedar yang dia memang kuat memutar belit cerita. Aku syak ini semua angkara dia. Tukang buat cerita, tukang menyebar fitnah. Semua untuk bagi celaru keadaan. Nampak la niat jahatnya untuk menyebarkan cerita palsu agar termasuk teman lelakinya dapat tahu cerita.
Natijahnya, dari si Dal ini, aku mempelajari bahawa manusia ini tak semua boleh diharap. Walaupun kita tidak mencari apa-apa hal dengannya, tiada halangan untuk dia berbuat jahat terhadap kita. Kadang kala manusia ini memang bertopeng. Dal merupakan salah seorang yang aku kira masuk dalam kategori ini. Aku akan lebih berwaspada selepas ini.
Namun begitu, mangsa sebenar dalam adalah Emyln. Aku pernah bercerita kepada Emlyn tentang Dal, dan betapa rapatnya kami. Tidak pernah sekalipun Emyln berkata buruk terhadap Dal. Aku sesal mengenali manusia bernama Dal ini. Kerana dia, aku dan Emelyn takkan mampu melupakan perkara yang terjadi. Aku beruntung berjumpa dengan Emyln. Pandai mengambil hatiku, seorang yang pemaaf dan seorang yang tabah.